Friday 2 August 2013

Hina Rasulullah: Mc Donald Tarik Balik Mainan Power Rangers





Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik mainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama pakej menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah paham akibat munculnya protes dari pelbagai kalangan atas mainan yang dianggap menodai Nabi Muhammad SAW.Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) tampak jelas terlihat di dasar mainan tempat pijakan kaki Power Rangers.
Ketika dimainkan, maka sambil berputar kaki tokoh super hero itu akan mengenai nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga terkesan nama Nabi Muhammad SAW diinjak oleh tokoh super hero tersebut.Hal ini mencetuskan protes keras dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang jeli melihatnya.
Mainan itu dibahagikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual untuk pelanggan-pelanggan kanak-kanak-kanak-kanak dengan harga 12 Riyal. Syarikat cepat saji itu membahagikan mainan tersebut di tengah gencarnya pelbagai aksi kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu.

BIAR BETIK- RUPA PELAKON ALAMAK TOYOL SEKARANG











SIOTT!!!!! - BUKTI MINIONS ADALAH 18SX


What???????????????????











Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak


Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.


Jom Kenali Blogger Tercantik Di Malaysia




Fatin Suhana - small girl with a big heart

Jom Kenali Blogger Tercantik Di Malaysia | Kini majoriti remaja sekarang sudah pandai membuat blog sendiri untuk sekadar dikongsi dan ada juga untuk menjadikan sebagai hobi untuk mendapat duit melalui pengiklanan dan satu pekerjaan.

Blog tidak asing dengan wanita kerana ia adalah satu untuk kita meluahkan sesuatu yang terpendam untuk dikongsi bersama. Kami ingin kongsikan antara penulis blog yang cantik-cantik dan comel-comel.

Meh Lihat =)

1. Blogger tercantik Malaysia adalah post yang terdapat di beberapa blog rakan rakan Pemikir. Terdetik juga nak share untuk pengetahuan bersama. Macam macam ketegori yang dibuat oleh para blogger sekalian. Adapun post ini hanyalah sekadar post yang santai sambil berkenalan dengan rakan rakan blogger yang baharu.

2. Adapun tajuk asal post ini adalah 19 Blogger tercantik Malaysia. Dari sudut mana penilaian dibuat tidaklah dapat Pemikir pastikan. Makanya, setuju atau tidak anda sekalian dengan tajuk ini, bukanlah menjadi satu kesalahan jenayah hehehe.

3. Namun Pemikir merasakan ramai lagi Blogger yang cantik di Malaysia ini. Apa kata kita kelaskan pula beberapa kategori blogger kepada beberapa kategori seperti; Blogger paling Ceria, Blogger paling Sopan, Blogger paling Informatif, Blogger paling Ilmiah dan sebagainya.






Arxar Nadhirah - Arxar Nadhirah



Bella Dela Rosa - bella dela rossa



Amirah Filzah - mirafilzah



Balqis Bahari balqis bahari...



Nathrah/CaMca Dan Garfu - blog tenet-tenet



Fatin Liyana - Fatin Liyana






Linda Roslan - lynda roslan



Sarazaqea - . Sarazaqea .



Syie Mazlan - GinCoMerahJambu



Hanis Zalikha - Hanis Zalikha Dah jadi Pelakon pun dia ni hasil populariti blog 



Shafinatul - fyna here!



MisSyuha - PuteriHati



Liyana Mardiana - Skema itu HOT



Zafirah Hanis - BITS OF BEADS



Yuyu Zulaikha - Yuyu Zulaikha











Video Kehebatan Sharp Shooter Dari ATM


Video Kehebatan Sharp Shooter Dari ATM | Mari kita lihat video kehebatan yang ada didalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga keamanan negara Malaysia. Bermacam gaya mereka dapat lakukan..Head Shot!!!


Pelajar Mengandung 20 Ekor Tikus Kerana Tuala Wanita ?


Pelajar Mengandung 20 Ekor Tikus Kerana Tuala Wanita ? | Kami terkejut sekejap tau saat membaca cerita ni….aduii…macam tak percaya sampai sekarang….Cerita ini betul atau tidak kami sangat sangsi.Meh baca cerita sebenarnya =)

Peringatan yang teramat penting untuk kaum hawa semua…cerita ini dishare oleh seorang sahabat di Fb….

Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini…

Kesahihan cerita tak dapat di pastikan namun mungkin boleh di jadikan iktibar dan panduan kepada kita kaum hawa ni…..



Cerita ni sebenarnya dalam bahasa Cina so di translate cerita nie dalam bahasa melayu….

Hati-hati bila pakai Tuala wanita..check dulu expired date kualiti dan paling penting kebersihannya…

takut2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu…

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ….

Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual tuala wanita…disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..

Almaklumlah kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi…so anak2 dgn bini dia pon pakaila tuala wanita tu…..

lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu…

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah mengandung….

maka hairanlah si anak..

Dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 ekor anak tikus yang dikandungkan oleh pelajar terbabit…

MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINNN…..

Doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut….

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu….
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu…


P/S : Walau tidak sahih sekalipun….kaum hawa perlu berhati2 dalam soal ini…dan paling penting jagalah kebersihan….


Gambar Comel Misha Omar Dan HEROnya




Gambar Comel Misha Omar Dan HEROnya | Nampaknya Misha Omar dah pun bertunang dengan seorang pilot (MAS) bernama Firos Ezzwa Rossly. Tahniah diucapkan. Moga bahagia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.

Menurut sumber majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup dimana Misha Omar menerima lima dulang hantaran dan berbalas lima juga dari pihak tunang lelaki. 

Dan difahamkan majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun ini juga. Lagi gambar sempena pertunangan mereka di bawah! 



Punca Sebenar Abby Abadi Nikah Di (Thailand)




Punca Sebenar Abby Abadi Nikah Di (Thailand) | Tahniah diucapkan pada pengantin baru ini iaitu Abby abadi bersama suaminya. Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.

“Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro.

“Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik”

“Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa,” tambah Abby Abaid lagi.

Suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pula kongsikan yang majlis persandingan mereka akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala di Tumpat, Kelamtan pada 6 September depan. 







Gambar Zarina Zainuddin Dulu Vs Sekarang

Gambar Zarina Zainuddin Dulu Vs Sekarang | Diakui ramai artis kini menggunakan alat suntikan untuk mengekalkan kecantikan pada wajah-wajah mereka.

Jika kita lihat kini, memang mantap rupa artis-artis nie. Jika masih kekal ditakuk lama, sukar untuk sesiapa terpikat..apatah lagi nak berlakon drama..berlakon depan cermin bule kot..

Inilah kehebatan make up, hairdresser dan plastic surgery. Pakaian gakk kena jaga..Jangan harapkan gunung ganang jekk..heheh 



Zarina Zainuddin pernah menggemparkan kita semua dengan tersebarnya gambar bogel beliau di internet yang dilakukan sewaktu muda-muda dahulu..Sekarang semaking mantap, mantepp dan mantopp nampaknya..selalu keluar tv rancangan memasaklah..ibu-ibulah dan sewaktu denganya..




Foto Bukti Syiah Pengaruh Kuat Di Kedah




Foto Bukti Syiah Pengaruh Kuat Di Kedah | Penyebaran ini amat meluas sekarang di sekitar Malaysia. Kenapa tidak pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang tegas kepada yang mengamalkannya.

Nampaknya fahaman Syiah yang ramai dok heboh sekarang ni dah menular dengan giat sekali di Kedah.. Dan gambar diatas ni katanya diambil disebuah kawasan di Jitra Kedah..

Kami terfikir jugak apa motif pemilik kedai makan tu letakkan gambar pemimpin-pemimpin Syiah di kedai dorang.. Adakah dorang saja-saja letak sebab pemimpin Syiah tu hensem?

Ataupun dorang sengaja letak kerana muka pemimpin Syiah tu dapat melariskan perniagaan dorang? Senang cakap.., sebagai tangkal pelaris lah kannn...

So gua harap Muhkriz sebagai MB baru Kedah dapat mengambil tindakan sewajarnya lah.. Banteras Syiah ini di Malaysia !!!

Wednesday 31 July 2013

Candy Crush Untung RM 2 Juta Sehari ?


Candy Crush Untung RM 2 Juta Sehari ? | Wow..AMAZING !! Permainan maya yang sangat popular dalam kalangan pengguna telefon pintar dan tablet pada hari ini. Bagai mempunyai magnet, sekali cuba pasti pemain akan berasa seperti ketagih untuk terus merentas level demi level teratas.

Sungguh pun permainan ini boleh dimuat turun secara percuma, tanpa disedari ramai pengguna terjebak untuk mengeluarkan belanja akhirnya semata-mata demi kepuasan hati dan hilang sabar.

Hal ini kerana semakin tinggi level permainan akan bertambah tinggi kesukaran untuk menyudahkannya. Tidak hairanlah pengguna mudah terumpan untuk mendapatkan ‘nyawa’ tambahan dan lain-lain kelebihan bagi memenangi permainan dengan cara membayar sedikit kos. Perkara ini dimaklumi oleh semua peminat permainan maya termasuk Candy Crush.

Di sebalik fenomena dicetuskan Candy Crush, pihak paling untung sudah tentulah pembangunnya, King.com Limited. Bagi permainan yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada September 2012 ini, syarikat berkenaan mengaut sebanyak USD633,000 sehari (RM2,018,853) atau bersamaan USD6.7 juta (RM21 juta) setahun.

Jika mengambil kira sebanyak 6.7 juta pemain aktif Candy Crush, secara purata seorang pemain membelanjakan sebanyak USD2.84 atau RM9.05 untuk permainan ini setiap hari.

Candy Crush Saga boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan boleh digunakan di iPhone, iPad dan iPod.


Apa pun, berhati-hatilah! Daripada permainan yang hanya percuma pada mulanya, tidak mustahil anda mungkin salah seorang penyumbang jutaan ringgit keuntungan harian King.com Limited selepas ini. 

Info Kenaikan Gaji Dan Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam 2013

Info Kenaikan Gaji Dan Bonus Raya Untuk Kakitangan Awam 2013 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. Kami ingin kongsikan info terbaru dan berita gembira kepada kakitangan kerajaan yang akan mendapat Bonus Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2013.

Disini kami berikan maklumat atau info kenaikan gaji dan juga bonus raya buat penjawat awam =). Lihat dibawah.

MAKLUMAT TERKINI BONUS KAKITANGAN AWAM : BONUS RAYA 2013

 Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
  • Kakitangan Awam : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013


  • Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
  • Hari : Rabu
  • Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)


Terbaru sejak 2 hari lepas iaitu bermula 22 Julai 2013, seorang demi seorang kakitangan awam sudah boleh membuat semakan kenaikan gaji terbaru (KGT) melalui slip gaji online mereka. Kemudian tidak lama lagi, akan ada pula masuk bonus raya 2013.
  • Setakat ini hari ini, hanya masuk dan dipaparkan di penyata gaji online sahaja.
  • Esok, 25 Julai 2013 baru boleh buat semakan di ATM yang berdekatan pula seperti yang tertera dalam jadual gaji 2013
Kenaikan gaji tahunan lazimnya adalah pada bulan 1, bulan 4, bulan 7 dan bulan 10. Tetapi untuk tahun ini ada sedikit penambahan apabila bulan 7 diberikan satu lagi kenaikan gaji tahunan.
  • Oleh itu, jika anda menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan 1 dan bulan 4, bermakna bulan 7 ini anda akan menerima satu lagi kenaikan gaji tahunan 2013.
  • Yang mana kenaikan gaji tahunan berlaku pada bulan 7 dan bulan 10, akan dapat kenaikan gaji pada bulan 7 ini.
P/S : Korang yang terdiri daripada kakitangan awam sudah buat semakan slip gaji online? Ada masalah? Bincangkan bersama di sini? Bagaimana dengan kenaikan diterima anda kali ini?


Harga Tiket Running Man Di Malaysia Bermula Daripada RM169



Akhirnya yang dinanti-nanti sudah tiba. Harga tiket untuk sesi bertemu peminat oleh Running Man sudah pun diketahui. Bermula daripada RM169 sehingga RM689, tiket-tiket ini dijangka akan habis dijual seperti pisang goreng panas.

Perlu diingatkan hanya 4 orang ahli Running Man iaitu Haha, Seok Jin, Gary dan Jong Kook yang akan hadir pada 7 September ini. Pembeli tiket turut sama akan mendapat hadiah ekslusif seperti di bawah:-
Pakej Premium 
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah – 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media
 
Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
 
Pakej RM169
Poster RM edisi terhad



37 Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri



37 Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri | Assalamualaikum buat pembaca, kami ingin kongsikan koleksi pantun hari raya aidilfitri buat anda untuk menghantar kepada siapa-siapa yang istimewa atau sahabat andai. Semoga terhibur ;). Jom lihat dibawah.



Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.


Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.

Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.

Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.

Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.

Pantun 21:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Pantun 22:
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Pantun 23:
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Pantun 24:
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Pantun 25:
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Pantun 26:
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.

Pantun 27:
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.

Pantun 28:
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Pantun 29:
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

Pantun 30:
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Pantun 31:
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Pantun 32:
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.

Pantun 33:
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Pantun 34:
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.

Pantun 35:
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.

Pantun 36:
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Pantun 37:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.