Thursday, 3 October 2013

Silap mata paling Anjing di dunia. Deyyyyyy


#Kesian sebab aku gelak kuat




MATI JAMU KENDURI :MATI DIPERCAYAI KERACUNAN MAKANAN.

Alor Setar: “Arwah mengadu sakit perut sebaik pulang dari majlis kenduri kahwin sepupunya dan kami bercadang membawanya menerima rawatan, namun tengah hari tadi (semalam), dia ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri,” kata Hairul Azhar Harun, 33, sepupu kepada Nurshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia dipercayai keracunan makanan.


Hairul berkata, sepupunya itu mengadu demikian sejurus pulang menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi sepupu mereka di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Sabtu lalu.

Menurutnya, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam biliknya kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Bagaimanapun, setiba di HSAH, Nurshazana dari Kampung Tempoyak, Bedong, di sini, didapati sudah meninggal dunia di rumahnya dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.

Selain Nurshazana, dua lagi tetamu yang hadir pada majlis itu turut dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu sakit perut. —–>Hmetro

AWEK GERSANG CARI JODOH DI LAMAN SOSIAL!


GAMBAR PEREMPUAN GERSANG MENCARI JODOH DI LAMAN SOSIAL | Tak sangka betul ada juga wanita gersang yang sanggup menunjukkan gambar gersangnya untuk tatapan umum di laman sosial.

Semua disebabkan rasa gersang dan sangap yang terpendam di diri beliau yang sudah tidak mampu nak disembunyikan.

Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium untuk melepaskan kegersangannya.

Tak percaya?

Jom tengok gambar kat bawah.

W

A

N

I

T

A

.

G

E

R

S

A

N

G

.

Y

U

C

K

S

!

KEMARUK DIBELAI JANTAN LAMAN SOSIAL!


KEMARUK DIBELAI LELAKI LAMAN SOSIAL | KUALA LUMPUR: Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook (fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.

Gambar sekadar Hiasan.
Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.

Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang.

Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.

Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur.

SIAPA SEBENARNYA DI SEBALIK TOPENG 'PREDATOR MALAYSIA'


Gempar sebelum ini mengenai 'Predator Malaysia' yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.

Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?

Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.

Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.

GURAUAN TERLAMPAU PELAJAR DI LAMAN SOSIAL



LAGI GURAUAN MELAMPAU PELAJAR DI TWITTER | Dalam keghairahan anda memuat naik gambar di laman-lama sosial, harus diingatkan bahawa ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan jika anda tidak mahu menjadi sensasi dengan pelbagai kritikan negatif dari orang ramai.

Ini antara contoh mudah yang kami boleh kami berikan kepada anda di mana seorang pelajar kolej di Jepun merakam foto rakannya yang dikatakan sedang ‘mencuri makanan dengan gembira’ di sebuah koperasi sekolah dan memuat naiknya di laman Twitter.

Gambar tersebut disertakan dengan ayat:

“Seronok menghadiri sekolah sekarang. Hari ini, *nama dirahsiakan* sangat comel. lol. Mencuri di koperasi sekolah. Sangat comel.”

Kemungkinan besar kedua-duanya hanya bergurau kerana secara logiknya, ‘hood’ pada bajunya tidak mampu menyembunyikan ‘barang curian’ itu.

Namun, pada zaman yang serba paranoid ini, perkara sebegini boleh menyebabkan kedua-duanya ditangkap atas tuduhan mencuri walaupun mereka tidak melakukannya.

Pesanan penulis, bergurau pun ada batasnya. Jangan sampai memakan diri sudahlah ya.

Wanita Ditemui Mati Di Sebuah Rumah Di Gombak

Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai akibat dijerut di sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, wanita itu dikenali sebagai Kasmawati, 48, dari Indonesia ditemui mati oleh majikan suaminya di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan pada kira-kira 12 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati mangsa baru seminggu tiba di Malaysia dan datang ke negara ini untuk berjumpa dengan suaminya yang bekerja sebagai penjahit tudung,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada tuan rumah yang juga majikan suami mangsa.
Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa kali terakhir dilihat bersama suaminya pada pukul 11 malam semalam dan suami mangsa dipercayai telah melarikan diri.
Punca kejadian masih disiasat.

Guru Di Negeri Sembilan Lesap Angkara Satu Email

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.
Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit.
“Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin. Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama,” katanya.
Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun.
“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Himpunan Gambar Hantu Seram (15 Gambar)


Himpunan Gambar Hantu Seram (15 Gambar) | Berikut merupakan himpunan gambar-gambar hantu yang banyak tersebar di Internet. Kisahbest.my menasihatkan anda supaya tidak terlalu mempercayai. Kalau dah bersedia, jom tengok himpunan gambar hantu seram ini. P.S – Takut lah pada Allah yg Maha Esa. Jaga solat kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditanya kelak.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

KEPALA ABANG DALAM PETI BEKU


Mallorca: Seorang pemotong daging Sepanyol memotong tubuh abangnya dan menyimpan cebisan daging mangsa dalam peti pembeku selama setahun sebelum menyerah diri kepada polis, semalam.

Aurele Al-manza, 48, mendakwa membunuh abangnya, Olmas kerana mempertahankan diri.

Lelaki itu membungkus anggota badan yang dipotong termasuk kepala abangnya sebelum disimpan dalam peti pembeku.

Foto

Almanza menyerah diri dan mengaku membunuh abangnya kepada polis tempatan di Pulau Mallorca, semalam setahun selepas kejadian itu.Polis yang melancarkan pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui cebisan anggota mangsa dalam peti pembeku. Kepala dan beberapa anggota lain dibungkus rapi dan diletakkan bersama makanan segar.


Almanza mendakwa abangnya, Osmas cuba menyerangnya dengan penukul ketika mereka bergaduh.

Lelaki itu mengajak abangnya tinggal bersamanya ketika susah, tetapi mereka kerap bertelingkah.

Dia mendakwa dihantui kejadian itu dan menyerah diri setahun selepas kejadian. 

BERITA MR. BEAN MASUK ISLAM ADALAH PALSU


KHABAR ANGIN ROWAN ATKINSON MEMELUK AGAMA ISLAM ADALAH PALSU | Nampaknya berita Mr Bean memeluk agama islam hanya khabar angin dan palsu.

Pada mulanya khabar Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson masuk Islam disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh.


Berita ini akhirnya tersebar dengan begitu meluas sehingga mendapat perhatian dunia Islam.

Untuk membetulkan keadaan, portal tersebut telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih lagi belum memeluk agama islam.

Isu Tipu Bayaran Artis K-pop, Ini Jawapan Menteri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWGLmz43gxygR0R-7_xRw5MqyLjkUwxxjHAwex3dntDtgdoSIHHwMcIJv6O-Qs_3i634D8I97frj_2rvGbo0FQPOzKMOR6XccMXZP3-nDKu9Nivv_mech9yQ1B3XFo8OCufrd5aAxCJyyn/s1600/khairy-jamaluddin.jpgDakwaan bahawa wujud penipuan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sebelum ini mendakwa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu dijawab Menterinya, Khairy Jamaluddin.
Berkenaan kenyataan KBS pada tahun lalu bahawa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta berkenaan, Khairy menjelaskan bahawa KBS sebenarnya terpaksa menanggung jumlah itu selepas syarikat swasta yang berjanji mahu membayar kos konsert berkenaan gagal membuat pembayaran.
“Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.
“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,” katanya di sini hari ini.
Menurut Khairy, walaupun perkara itu berlaku ketika beliau belum mengetuai kementerian berkenaan, namun atas prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility, maka beliau memilih untuk menjelaskan dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian itu.
Untuk rekod, Menteri yang bertanggungjawab ketika isu konsert K-pop berkenaan adalah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Tambah Khairy, tidak akan ada lagi sebarang konsert K-pop sempena sambutan Hari Belia bermula tahun ini.
Dalam pada itu, mengenai kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia di mana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan dan ia telah sampai peringkat terakhir.

Duduki PMR selepas lahirkan anak

  • Duduki PMR selepas lahirkan anak
  • Nor ketika menjalani peperiksaan PMR di hospital semalam.

KOTA BHARU – Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini semalam, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit wad sebuah hospital di bandar ini, selepas melahirkan anak akibat terlanjur dengan teman lelaki.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.
Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.
Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.
“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.
“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.
“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu,” katanya.

Murid Lakukan Seks Oral Selepas Tonton Video Lucah

Akhbar The Star melaporkan, dua orang adik beradik yang mana masing-masing di tahun empat dan tahun dua telah didakwa memaksa soerang pelajar perempuan tahun satu untuk lakukan seks oral selepas kedua-dua mereka menonton filem lucah di komputer sekolah.
Menurut laporan tersebut, si abangnya telah menonton filem lucah tersebut di makmal komputer sekola dan kemudiannya menjemput budak perempuan tersebut ke rumah mereka di Tanjung Minyak Utama untuk melakonkan semula apa yang telah ditonton.
Ibu budak perempuan tersebut, 25, kemudian telah membuat laporan polis setelah diberitahu oleh anaknya.
Dalam laporannya, si ibu telah mendakwa pasangan adik beradik lelaki itu telah ‘menggoda’ anak perempuannya dengan menghantar SMS mengatakan mahu menolongnya membuat kerja sekolah.
Sumber memberitahu The Star, budak lelaki tersebut berjaya menonton filem lucah di laman web yang tidak dapat ditapis oleh perisian yang tersedia.
Pegerusi Malacca Action Group for Parents (Magpie), Mak Chee Kin menggesa Jabatan Pelajaran Negeri supaya melakukan siasatan segera ke atas kejadian yang mengejutkan ini.
“Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) patut menyiasat sama ada murid-murid di sekolah menonton bahan-bahan lucah atau tidak,” katanya dan menambah pihak sekolah harus memasang perisian yang dapat menghalang daripada murid-murid dari terus melayari web-web tidak senonoh.
“Magpie mendapat aduan ada sekolah yang tidak tegas dalam perkara ini.”
Magpie juga berkata murid-murid zaman sekarang sangat bijak hingga dapat menembusi sekatan dalam internet, tetapi tambahnya, pihak sekolah boleh memasang perisian yang secara automatik memaklumkan kepada guru jika perkara di atas berulang.

'PALING MEMALUKAN KELUARGA'

KUALA TERENGGANU - “Terus terang saya katakan, kejadian ini paling memalukan keluarga dan mengaibkan hidup saya sepanjang bergelar ibu kepada dia. Selepas peristiwa itu, saya dan suami memang memantau gerak gerinya dan jika hal ini berulang lagi, saya sendiri yang akan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,”.

Demikian luahan hati seorang ibu selepas anak gadisnya berusia 18 tahun mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama kekasihnya yang dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.


Wanita berusia 40-an berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas dipanggil bersama suaminya bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka.

Sementara itu, bapa kepada lima anak itu berkata, mereka tidak menyangka anak ketiganya itu tergamak menghancurkan kepercayaan diberikan selepas membenarkan keluar bersama lelaki tersebut sebelum kejadian.

“Sebelum itu, dia ada memberitahu hendak ke bandar untuk urusan pendaftaran di sebuah kolej swasta dengan ditemani lelaki itu.

“Disebabkan lelaki itu ada juga pertalian hubungan kekeluargaan dengan kami, jadi saya memang tidak menyimpan sebarang syak dan meletakkan kepercayaan kepada mereka sepenuhnya agar dapat menjaga diri,” katanya.

Selain itu, anak gadisnya yang masih menuntut di sebuah kolej turut membuat rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan bertaubat dengan melakukan solat sunat Taubat.

Terdahulu, dia mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang, pada 5 Jun lalu.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Kamalruazmi juga dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan gadis itu dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa di sisi agama.

“Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat,” katanya.

Pasangannya memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.
18 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan fak kes, pasangan remaja itu ditahan pegawai penguat kuasa syariah di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang pada 5 Jun lalu.

Ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang melakukan rondaan di sekitar bandar raya ini sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Sebaik menghampiri, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mereka bukan pasangan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut

Kesian Kat Pempuan ni..Sanggup Pencuri buat mcm ni dalam Masjid...(Video)

Kesian Kat Pempuan ni..Sanggup Pencuri buat mcm ni dalam Masjid.

Jenayah: Budaya misogini di India


INSIDEN rogol kejam pelajar perubatan di New Delhi, Disember lalu menyebabkan India dicop sebagai negara paling berbahaya untuk golongan itu tanpa mengira peringkat umur dan didakwa turut mengamalkan budaya misogini (tidak suka kepada perempuan).

Tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang dan hukuman tegas dikenakan ke atas individu melakukan jenayah seksual tidak membawa perubahan, sebaliknya episod keganasan ke atas wanita dilaporkan terus meningkat.

Ia tidak hanya melibatkan rakyat tempatan, malah pelancong asing turut menjadi mangsa nafsu serakah segelintir lelaki di negara itu yang tidak mengenal erti belas ihsan.

Peningkatan kes tersebut menyebabkan banyak pihak termasuk negara antarabangsa khuatir dengan keselamatan dan nasib golongan wanita di India.

Menurut Dewan Perniagaan dan Industri India, jumlah pelancong berkunjung ke negara itu selepas tiga bulan insiden rogol beramai-ramai pada Disember lalu dilaporkan berkurangan kepada 35 peratus berbanding tahun lalu.

Aktivis hak asasi manusia turut mengkritik kerajaan selepas didakwa gagal melindungi rakyat mereka sendiri.

Mereka mengecam sikap sambil lewa pihak berkuasa dan badan sistem kehakiman serta menuntut kerajaan India memberi layanan lebih baik kepada golongan wanita di negara itu.

Data rasmi menunjukkan, kes rogol di negara itu meningkat hampir 875 peratus sejak 40 tahun lalu iaitu 2,487 pada 1971 kepada 24,206 pada 2011.

Statistik berhubung kes rogol dan keganasan seksual di India cenderung menjadi kurang tepat kerana stigma masyarakat, sekali gus menjadi faktor utama menyebabkan ia sukar dibandingkan dengan negara lain.

Secara keseluruhannya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, jumlah keganasan seksual atau fizikal adalah 35.6 peratus.

Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan menyifatkan, keganasan ke atas wanita di negara terbabit sebagai satu masalah ‘kesihatan’ dan ‘wabak’ dalam masyarakat.

Sementara itu, pemerhati berpendapat, perkara itu berlaku kerana sistem patriarki iaitu sistem tradisi dipegang atau dikuasai lelaki yang telah lama diamalkan di India.

Selain itu, pornografi dan filem Bollywood sering memaparkan aksi ghairah juga dilihat sebagai punca utama keganasan seksual berleluasa.

Menurut aktivis wanita, masalah keganasan dan ketidakadilan ke atas wanita dikatakan bermula sejak dalam kandungan.
Pengguguran bayi berdasarkan jantina diteruskan, walaupun ia melanggar undang-undang negara itu dan bancian 2011 menunjukkan bilangan perempuan adalah rendah berbanding lelaki dengan nisbah 940:1,000.

Kebanyakan ibu bapa lebih suka mendapat anak lelaki kerana mereka tidak mahu membayar dowry (wang hantaran) dan menganggap anak perempuan sebagai bebanan.

Pengasas ApneAap, sebuah organisasi pembela hak wanita, Ruchira Gupta berkata, anak perempuan dalam sesebuah keluarga di India sering mendapat layanan berbeza berbanding adik-beradik lelakinya yang lain.

“Mereka terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga di rumah atau dipaksa berkahwin. Masyarakat seperti lebih menghargai lelaki berbanding wanita,” menurutnya.

Peguam Mahkamah Tinggi, Kirti Singh memaklumkan, kebanyakan kes rogol berprofil tinggi melibatkan golongan muda dan penganggur.

Susulan itu, kerajaan berikrar untuk menangani masalah itu termasuk melanjutkan tempoh hukuman.

Kementerian Pelancongan turut melancarkan kempen ‘Saya Hormat Wanita’ di seluruh negara selepas insiden rogol melibatkan pelancong warga Switzerland dan AS beberapa bulan lalu.

Pakar berpendapat, pertumbuhan pesat bandar di India mewujudkan jurang masyarakat didominasi lelaki dan ia turut menjadi penyumbang kepada permasalahan tersebut.

Walaupun pelbagai bantahan dan kempen dilakukan, penindasan dan keganasan seksual ke atas wanita serta budaya misogini masih sukar dihentikan.

Siapa harus dipersalahkan?

Gadis seminggu couple kena penyakit panau




Gadis seminggu couple kena penyakit panau - Korang masih ingat tak kontroversi seorang pelajar perempuan yang mengaku mahu sehidup semati dengan kekasihnya walaupun baru seminggu couple? Terbaru, si gadis kecik molek itu mendakwa dirinya kini sedang menghidap penyakit panau di bahagian mulutnya. Kesian ke tak budak ni?

Anyway, korang baca sendiri pengakuannya di bawah yang dicopy n paste secara terus dari laman blog miliknya.

"Haihai! :) Assalamualaikum, Ape khabar? Baik tak? Wani tak sihat sangat ni. Semalam kene amik darah sebab ade jangkitan kuman. Apepepun bukan itu yang Wani nak kongsikan, Harini Wani nak kongsikan untuk anda semua spertimana tittle entri wani kat atas tu :D

Ahaa, memang tidak adil kadangkala apa yang kita mahukan tidak mungkin dimiliki oleh kita kan? Kadangkala apa yang kita tidak jangka kan itu lah yang nak berlaku kan? Jadi perlulah berhatihati daam melakukan sesuatu okay? 

Memang ada kalanya ape yang kite nak tak tercapai tapi kite kena lah yakin bahwa mesti ada hikmah disebalik semua itu kan?

Wani nak ambil contoh dan ikbar untuk semua pada diri Wani sendiri. Okay, cube tengok picture kat bawah ni, Tengok lame2.

Okay, tengok muke wani tu? Kat disebelah mulut tu? Ade warna putih kan? Ituu adelah fungi in the lower layers of the skin. Sekarang ni, Parents Wani lebih rancak mengubati. Kami hanya mampu berusaha tapi yang mengubahnya adalah Allah S.W.T 

Ramai jugak yang cakap bukanbukan tentang muke ni tapi Wani kuat, Wani yakin mesti ada something yang akan Allah tunjukkan.

Okaylah, Setakat ni je kot. Otak pun tak berfungsi sangat sebab sakit kepala lagi. Doktor bagi cuti 2 hari jee. Hm, Besok dah kene kesekolah. Apepepun korang takecare. Jangan sesekali bagi nyamuk dekati anda. Takot denggi nanti kene amik darah macam saya. Sakit tauu. Byebye :)"




Mr Bean aka Rowan Atkinson Peluk Islam?

Memang sebuah berita yang mengejutkan apabila media Asia Barat melaporkan yang bintang komedi terkenal, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean dikatakan telahpun memeluk agama Islam.
Meskipun berita ini belum disahkan oleh media barat, namun menurut beberapa sumber, Mr Bean dikatakan terbuka untuk memeluk Islam selepas menonton filem penuh kontroversi kerana menghina Rasulullah S. A. W iaitu Innocent Of Muslim arahan Nakoula Basseley Nakoula.
Menurut media Indonesia iaitu Islampos.com:
“Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.”
Setakat nie, ianya hanyalah spekulasi tapi kalau betul, tahniah kepada Mr Bean yang telahpun diberi hidayah oleh Allah S.W.T. Semoga dengan penghijrahan Mr Bean, lebih ramai warga dunia membuka mata atas keindahan Islam. Sama-sama la kita nantikan.

Wednesday, 2 October 2013

Nora Danish Masak Sup Ayam Pun Berbaju Nipis

 

SS rasa, ni kali pertama gambar Nora Danish diambil dengan memakai baju tidur yang tersebar di internet. Sebelum ni tak ada rasanya gambar macam tu..

Ketika gambar diambil, Nora Danish sedang memasak sup ayam seperti yang tertera di laman Twitternya. Mak aihhh..., masak kat dapur pun macam tu punya seksi?.Menurut sumber,gambar ini di upload ketika twitter Nora Danish di hack pihak tertentu.
Inilah sup ayam itu...mesti sedap ni.


Siapalah yang menge-hack tu.Kesian Nora Danish yang popular dengan cerita PUTERI suatu ketika dulu.Rindu nak dengar ayat Nora Danish dalam drama tu "YANG PENTING KITA ENJOY".hehe

Gambar Testis Lelaki Digoreng Dan Di Makan





Memang Pelik!! ada juga orang sanggup makan testis lelaki.admin tidak dapat pastikan dimana kejadian ini berlaku namun seperti anda lihat gambar-gambar dibawah testis lelaki ini dipotong dan digoreng serta dimakan