Showing posts with label GADGET TERKINI. Show all posts
Showing posts with label GADGET TERKINI. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

APABILA ARTIS MENGHASILKAN FIGURA IRON MAN VERSI MEREKA (12 GAMBAR)


Do Want!

Hot Toys ialah pengeluar figura aksi yang paling cool di dunia. Figura aksi keluaran mereka sudah banyak kali kami paparkan di laman sesawang ini. Semepan pameran Iron Man 300% mereka di Tokyo, Hot Toys meminta beberapa selebriti terkemuka di Jepun untuk menghasilkan figura Iron Man edisi mereka sendiri. Most of them are cool. Some are just LOLWUT.


Serius Cool - Ulasan Samsung Galaxy Mega (12 Gambar)


Mega!

Samsung Galaxy Mega ialah sebuah telefon pintar bersazi gergasi. Ia dilengkapi skrin 6.3" dan diperkasakan dengan pemproses 1.7 GHz 2 teras, 1.5 GB RAM, kamera utama 8 Megapixel dan muatan dalaman 16 GB. Adakah peranti bersaiz ini sebuah peranti yang bagus ataupun sebuah peranti gimik? Baca ulasan penuh peranti ini di AMANZ.MY





Saturday, 21 September 2013

AMBIL TAHU! BAHAYA MENGGUNAKAN POWER BANK MURAH & TIDAK BERKUALITI


powerbank
Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik. Kebayakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer‘ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion‘.
Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.
Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45 darjah Celcius ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85 darjah Celcius tanpa sebarang masalah.
Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.
powerbank

Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.
Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.
Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.
Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.
Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.
Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.
Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 4 = 12,000mAh.
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.
Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 6 = 18000mAh
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.
Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula.
powerbank

Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.
powerbank

Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut. Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.
Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.
powerbank

Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.
Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda.
Siapa kat sini ada pengalaman buruk dengan powerbank? Kongsilah di bahagian komen ya..

Friday, 20 September 2013

Apollon : Tablet Yang Boleh Berubah Menjadi Komputer Desktop (8 Gambar)


Dwi OS - Dwi Saiz

Di pasarn kini sudah ada tablet Android yang boleh berubah menjadi komputer desktop Windows. Transformer AIO ialah antara contoh peranti dengan dwi sistem operasi ini. Masalah utama yang ada ialah tablet terlaku kecil dan apbila ianya menjadi sebuah desktop saiz paparan skrin tidak memuaskan untuk penggunaan aplikasi Windows. Jadi apakah jawapan kepada masalah ini? Apollonialah sebuah konsep tablet yang boleh berubah menjadi sebuah desktop. Ianya rekaanJongha Lee seorang pelajar rekaan industri dari Korea Selatan. Saiz skrin Apollon boleh diubah mengikut kehendak dengan menggunakan teknologi skrin boleh lipat yang diperlihatkan Samsung. Dalam mod desktop anda hanya perlu menarik bahagian tepi Apollon untuk memanjangkan saiz skrin. Idea yang bagus tetapi adakah anda memerlukan peranti hibrid sebegini? 




Wednesday, 18 September 2013

STUDY CUBE : KUBIKEL UNTUK PELAJAR DI KOREA SELATAN (10 GAMBAR)



Di Korea Selatan saingan untuk mendapatkan tempat di IPT adalah sengit. Jadi ibu bapa di Korea Selatan sanggup bebelanja lebih bagi memastikan putera dan puteri mereka dapat belajar dengan suasana paling optimum. Kegilaan terkini di Korea Selatan ialah Study Cube. Ia merupakan bilik kecil yang dikatakan dapat memastikan pelajar tidak mudah diganggu ketika mentelaah. Study Cube dilengkapi para buku, lampu LED. meja belajar, sistem aliran udara dan pengurut kaki. Setiap satu dijual pada harga USD 2200 (RM 7133). Adakah anda sanggup membeli Study Cuba bagi memastikan anak anda menjadi pelajar cemerlang?  



SLYPHONE : MEMUDAHKAN ANDA AMBIL GAMBAR SECARA RAHSIA (7 GAMBAR)


Skodengs

Ada awek cun depan anda di dalam LRT tetapi anda takut nak ambil gambar dan kantol? Mahu ambil gambar secara rahsia menggunakan telefon pintar anda? Belialah Slyphone. Ianya aksesori yang berfungsi seperti periskop yang membenarkan anda mengambil gambar orang dihadapan anda secara rahsia. Ianya dijual disini pada USD 19 (RM 62) sekeping



Tuesday, 17 September 2013

PLUMAGE : TELEFON PINTAR WINDOWS DENGAN KEKUNCI FIZIKAL (7 GAMBAR)


Nice!

Sistem operasi Windows Phone 8 bukanlah sistem operasi mobil yang popular di Malaysia. Sungguhpun sudah memotong Blackberry sebagai sistem operasi mobil ketiga paling popular kami tidak mempunyai rakai teman yang menggunakan sistem operasi Microsoft ini. Jet Chong seorang pereka grafik dariShenzen China menghasilkan konsep Plumage di bawah. Ia merupakan telefon WP8 yang dilengkapi kekunci fizikal. Yang menarik ialah ia juga berfungsi sebagau penutup skrin peranti apabila tidak digunakan. Konsep yang menarik tetapi adakah anda mahu papan kekunci fizikal boleh lipat sebegini? 





Wacom Intuous : Tablet Tanpa Wayar Dengan Skrin Sesentuh (11 Gambar)


Nak!

Tablet lukisan Wacom ialah tablet lukisan terbaik di pasaran. Siapa budak yang pernah ambil graphic design mesti ada at least satu Wacom bagi memudahkan kerja. Wacom memperlihatkan tablet terbaru mereka ialah Wacom Intuous. Tidak seperti tablet mereka sebelum ini, Intuous terkini kini berfungsi tanpa wayar. Tidak perlu menyambung tablet anda ke PC menggunakan kabel USB. Tambah menarik tablet ini kini boleh membaca gerakan jari untuk melakukan putaran, menetapkan tahap zoom dan tatalan kanvas di dalam aplikasi grafik kegunaan anda. Awesome! Terdapat dua versi Intous ini. Satu versi kecil dan satu versi sederhana. Harga bermula dari USD 99 sebuah. DO WANT!




Saturday, 14 September 2013

ANDIOS7 : UBAH ANTARAMUKA ANDROID ANDA UNTUK KELIHATAN SEPERTI IOS7 (7 GAMBAR)


Skin!

Benda paling best tentang sistem operasi mobil Android ialah kemampuan untuk melakukan kustomasi. AndIOS7 ialah theme pack yang mengubah antaramuka peranti Android anda untuk kelihatan seperi antaramuka Apple IOS7. Anda boleh muat turun theme pack ini di Google Playstore



Friday, 13 September 2013

SKYCHAIR : KERUSI MALAS TERGANTUNG YANG COOL (8 GAMBAR)


Santai

Kerusi malas ialah antara perabot yang wajib ada di rumah kami. In fact kami suka kerusi Poang IKEA yang kami rasakan adalah kerusi malas paling selesa untuk diduduki. Tetapi hari ini kami terjumpa Sky Chair, kerusi malas yang tergantung yang nampak lebih comfy. Terasa macam nak beli. Kerusi Sky Chair sudah dijual sejak 1977 dan setiap satunya adalah handmade. Surprisingly kami tak pernah nampak ianya dijual di Malaysia. Setiap Sky Chair dijual pada harag USD 109.90 (RM 362). Do want



Sunday, 8 September 2013

Kemaskini Software Apple TV Baru Minggu Hadapan?


OhGeekz-AppleTV
Mengikut beberapa laporan, Apple masih belum bersedia untuk memperkenalkan Apple TV model baru pada acara 10 September ini tetapi mereka akan mengeluarkan kemaskini software dengan fungsi-fungsi baru untuk pengguna sedia ada.
“Beberapa laporan mendedahkan kemaskini software terbaru Apple TV akan membolehkan pengguna yang membeli apa sahaja kandungan (filem, siri tv, musik) akan boleh dimainkan pada Apple TV milik orang lain menggunakan AirPlay. Ini bermakna jika anda membeli filem pada Apple TV melalui iTunes anda, ianya boleh ditonton di rumah kawan-kawan menggunakan iPhone anda ‘stream’ kepada Apple TV di rumah mereka.”
Software terbaru Apple TV juga membenarkan penggunaan iTunes Radio, tetapan Apple TV menggunakan Bluetooth dan sokongan ‘multi-display’ yang terdapat di dalam OS X Mavericks.
Beberapa khabar angin mendedahkan Apple sedang melakukan perubahan terhadap Apple TV seperti mengawal menggunakan ‘motion/gestures’ dan lain-lain tetapi pengumumannya dijangka pada tahun hadapan.
OhGeekz-AppleTV-iOS7-GUI
Baru-baru ini, Apple TV mendapat beberapa saluran baru untuk ditonton seperti Vevo, Disney dan ESPN. Adakah kemaskini terbaru nanti akan mengubah rekaannya mengikut iOS 7? Sama-sama kita nantikan.

Saturday, 7 September 2013

Bantal Berbentuk Pastri Yang Comel (9 Gambar)


Noms Noms

Bantal berbentuk empat segi terlalu mainstream. Dapatkan bantal berbentuk pastri, roti bakar dan penkek di bawah. Noms! Satu set lengkap 4 bantal pastri di bawah dijual pada harga Yen 16000 (RM 544) dan boleh dibeli disini.


Serius LOL - Prank Hari Kiamat


SeemsLegit

Looks fake as hell but still cool


Friday, 6 September 2013

10 Tips Pengguna iPhone Perlu Tahu

iphone-5-teaser-1
iPhone adalah sebuah smartphone yang mengubah landskap dunia teknologi pada tahun 2007. Sehingga kini, ratusan juta pengguna iPhone di seluruh dunia tetapi masih ramai yang tidak tahu beberapa perkara penting mengenai iPhone.
Berikut kami kongsikan 10 tips penting untuk pengguna iPhone.
1. Hard Reset – Jika iPhone anda tiba-tiba mempunyai sebarang masalah, hard reset selalunya akan membantu menyelesaikan apa sahaja perkara. Anda hanya perlu menekan ‘Power button’ dan ‘Home button’ serentak untuk beberapa saat. Tunggu sehingga keluar logo Apple dan lepaskan kedua-dua button tersebut. Selepas itu, semuanya akan pulih semula.
2. Screenshot – Apa yang anda perlu buat adalah tekan ‘Power button’ dan ‘Home button’ serentak selama satu saat sahaja. Skrin anda akan berkelip dan gambar tersebut akan disimpan secara automatik ke dalam galeri.
3. Pass Code – Meletakkan passcode kadang-kala menyusahkan tetapi ia akan menjaga data-data peribadi anda jika iPhone dicuri. Buka Setting > General > Passcode lock.
4. Find My iPhone – Jika anda mahu mengesan semula iPhone anda yang hilang atau dicuri, pastikan anda ‘ON’ find my iPhone ini di dalam setting iCloud. Kemudian, muat turun aplikasi Find My iPhone di App Store secara percuma.
5. Emoticons – Ramai pengguna suka menggunakan emoticons ketika berbual dengan rakan-rakan mereka. Ramai yang tidak mengetahui emoticons yang popular di seluruh dunia iaitu Emoji ada di dalam iPhone dan tidak perlu dimuat turun. Klik Setting > General > Keyboard > International Keyboards > Add New Keyboard > Emoji.
6. Purchased Apps – Setiap aplikasi yang pernah anda beli akan menjadi milik anda selama-lamanya walaupun anda membeli iPhone atau iPad yang baru. Buka App Store > Updates > Purchased untuk melihat aplikasi yang pernah dibeli dan dimuat turun oleh anda selama ini.
7. Fix Home Button – Kadang kala, home button iPhone anda kurang respon dan tidak berfungsi bukan bermakna ianya rosak dan perlu ditukar. Anda boleh mencuba dahulu cara mudah ini. Buka apa-apa aplikasi, tekan power button selama beberapa saat sehingga keluarnya ‘slide to power off’, lepaskan power button tersebut, tekan home button selama beberapa saat sehingga aplikasi tersebut tertutup sendiri.
8. Save Battery – Terdapat banyak cara untuk menjimatkan bateri. Antaranya adalah menurunkan kecerahan (brightness) skrin, menutup wifi/bluetooth apabila tidak digunakan dan tutup notifikasi yang tidak penting. Selain itu, buka ‘Airplane Mode’ ketika tidak mahu menggunakan iPhone anda atau di tempat yang tidak ada liputan.
9. Shortcut to Top Of Page – Jika anda di dalam Safari atau sedang membaca sesuatu, anda hanya perlu ‘tap’ pada bahagian atas skrin untuk kembali ke bahagian atas sekali secara automatik.
10. SIRI – Apple memperkenalkan pembantu peribadi pintar, SIRI pada iPhone 4S. Buka Setting > General > Siri > My Info. Selepas SIRI mempelajari siapa anda dan dimana lokasi anda, ia boleh membantu banyak perkara seperti menunjukkan jalan melalui peta, notifikasi peringatan jika sampai ke sesuatu tempat, membacakan mesej, email dan banyak lagi.

Info Lebih Detail Mengenai Kamera Sony ‘Smart Shot’

Sebelum ini, kami ada menyiarkan laporan mengenai lens kamera ciptaan Sony yang boleh disambungkan kepada peranti iOS dan Android. Hari ini, lebih banyak info mengenainya dilaporkan termasuk pilihan warna putih-keemasan yang cukup cantik jika digunakan bersama iPhone 5S berwarna emas.
SonyAlphaRumors mengeluarkan gambar-gambarnya serta lebih banyak detail mengenai Sony Smart Shot ini.
OhGeekz-SonySmartShot
1) Lens ini akan dinamakan ‘Smart Shot’, gabungan smartphone dan cybershot.
2) Smart Shot mempunyai ‘in lens stabilization’ (penstabilan terbina dalam).
3) Boleh digunakan bersama iOS dan Android menggunakan aplikasi PlayMemories. Sambungan melalui Wifi atau NFC.
4) Kualiti rakaman video HD penuh 1080p, 30fps. Rakaman video kurang ‘noise’ walaupun pada tempat gelap.
5) Gambar yang ditangkap disimpan secara automatik ke dalam memori lens tersebut dan ke dalam peranti anda.
6) Anda boleh mengawal zoom, exposure, white balance, dan fokus melalui skrin peranti anda.
7) Model pertama dengan nama QX10 dengan 1/2,3 inci 18 megapiksel CMOS sensor dan f/3,3-5.9 lens, berharga $250 (RM 820).
8) Model kedua dengan nama QX100, menggunakan lens yang sama dengan kamera RX100MII, antara yang terbaik di pasaran. Harganya adalah $450 (RM 1480).
Sony akan melancarkan kedua-dua model lens ini bersama flagship smartphone terbaru mereka, Xperia Z1 (Honami) pada 4 September ini.
Sumber : SonyAlphaRumors
OhGeekz-SmartShot1OhGeekz-SmartShot2

Kamera Xperia Z1 Lebih Hebat Berbanding Lumia 1020?

OhGeekz-Sony-xperia-Z1
Xperia Z1 yang dinantikan ramai telahpun dilancarkan secara rasmi semalam dengan spesifikasi hebat dan kamera yang dikatakan terbaik di dalam smartphone ketika ini.
Berdasarkan ujian awal, hasil gambar kamera 20.7 megapiksel Xperia Z1 ketika kurang cahaya jauh lebih baik berbanding kamera 41 megapiksel Lumia 1020, kamera pureview Lumia 925, kamera Ultrapixel HTC One dan kamera iPhone 5.
Lihat perbandingan gambar-gambar tersebut di bawah (klik untuk besarkan).
OhGeekz-1
OhGeekz-2
OhGeekz-3
Kualiti Xperia Z1 pada waktu malam nampak lebih terang dan lebih baik berbanding yang lain. Walaubagaimanapun, kami ada membaca beberapa review yang mengatakan kamera Xperia Z1 ini banyak ‘noise’ dan kadang-kala gambarnya ‘blur’.

Samsung Melancarkan Galaxy Note III Secara Rasmi

OhGeekz-Note-3
Dalam acara IFA hari ini, Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi.
Galaxy Note III ini mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Badannya agak nipis, iaitu 8.3mm sahaja dan beratnya adalah 168 gram. Rekaannya nampak lebih premium, bahagian belakangnya masih menggunakan plastik polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.
Kapasiti baterinya pula dipertingkatkan kepada 3,200 mAh. Selain itu, kamera utamanya 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi ‘Smart Stabilization’ dan ‘high CRI LED flash’, membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahayaan. Apa yang menarik, kameranya menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.
OhGeekz-Galaxy NOte 3
Dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan berkuasa. Memorinya pula adalah 32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.
Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak. 

Sony Xperia Z1, Lens Kamera QX10 dan QX100 di Malaysia Awal Oktober

OhGeekz-Xperia-Z1
Sony hari ini baru sahaja melancarkan flagship mereka yang dinantikan ramai, Xperia Z1 serta lens kamera yang boleh disambungkan kepada peranti iOS dan Android, QX10/QX100.
Sebentar tadi, Cheong Wah Tong, ‘Head of Market’ Sony Malaysia mengesahkan Xperia Z1 akan mula dijual di Malaysia pada minggu pertama bulan Oktober.
Bersama-sama Xperia Z1, lens yang boleh disambung iaitu QX10/QX100 juga akan mula dijual pada masa yang sama. Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan.
OhGeekz-Sony QX100
Kami akan kemaskini info mengenai harganya apabila mendapat pengesahan beberapa hari lagi.