Showing posts with label PRODUCT & REVIEW. Show all posts
Showing posts with label PRODUCT & REVIEW. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Video: ‘Drop Test’ iPhone 5S dan 5C


iphone5s-iphone-5c-iphone-5-comparison_0
iPhone 5S dan 5C baru sahaja mula dijual hari ini dan ramai yang tertunggu-tunggu video ‘drop test’ kedua-dua iPhone ini. Setiap kali iPhone baru dikeluarkan, pasti ada video seperti ini ditunjukkan untuk melihat ketahanan iPhone tersebut.
Drop test iPhone 5 tahun lepas menunjukkan ketahanan yang hebat kerana ianya tidak rosak apabila dijatuhkan berkali-kali, diletakkan di dalam ais dan dicelup di dalam air.
Hari ini, pihak Android Authority melakukan drop test untuk kedua-dua model baru iPhone 5S dan 5C. Adakah iPhone 5S tahan lasak seperti iPhone 5 sebelum ini dan mampukah plastik polikarbonat iPhone 5C bertahan apabila dijatuhkan berkali-kali?
Lihat video drop test tersebut di bawah.

Thursday, 19 September 2013

SERIUS COOL - SHEPHERD MIL : UAV BERBENTUK HELANG (8 GAMBAR)


Pesawat Tanpa Juruterbang

Penggunaan pesawat tanpa juruterbang (UAV) semakin berkembang selepas pihak tentera mendapati ianya mampu membantu  mereka menjalankan misi dengan baik. UAV AVENGER milik Amerika Syarikat sebagai contoh bukan sahaja menjadi mata di udara tentera di darat tetapi mampu melakukan serangan misil dan bom keatas posisi musuh. Masalah utama UAV seperti Avenger ialah ialah besar dan boleh dikesan musuh. Sudah ada beberapa UAV yang ditembak jatuh di Afghanistan kerana  pihak Taliban menyedari betapa bahayanya UAV. Oleh ituShepherd MIL menghasilkan sebuah UAV mini yang kelihatan seperti seekor bulung helang. Ia juga dilengkapi dengan motor elektrik yang senyap bagi memastikan ia bukan sahaja kelihatan seperti helang di udara tetapi juga senyap seperti helang. Yang menariknay tentang Shepherd MIL ialah pada awalnya ia dicipta sebagai sistem menhalau burung di lapangan terbang. Siapa sangka pesawat mini anti burung kini boleh digunakan dalam medan perang.




SERIUS COOL - AVENGER : UAV CANGGIH TERBARU TENTERA AMERIKA (10 GAMBAR)


Modern Warfare Fags will like this..

Predator............ Reaper......... ini semua jargon yang biasa anda dengar jika anda bermain permainan Modern Warfare. Pesawat tanpa juruterbang ini digunakan seara meluas di Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika dalam "Peperangan Menentang Keganasan" mereka. P46 Avenger ialah pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) generasi keempat mereka. Jika sebelum ini kebanyakkan UAV menggunakan enjin berkipas, Avenger keluaran General Atomics ini menggunakan enjin jet. Avenger juga dilengkapi teknologi tangkis radar disamping menggunakan sistem avionik yang hampir serupa dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike Fighter. Ia mampu beroperasi selama 12 jam tanpa perlu mendarat dan membawa senjata sebanyak 2000 pound. Inilah masa depan kita. Peperangan kawalan jauh dan menghala kearah SKYNET. Harga sebuah pesawat ini ialah USD 15 juta
Link






Saturday, 14 September 2013

Review Filem: Lagenda Budak Hostel Menghiburkan!


_MG_8790
Melihat tajuk filem ini pasti ada yang berpendapat ianya adalah sambungan kepada filem adaptasi novel Ahadiat Akashah berjudul Lagenda Budak Setan.
Walaupun tajuknya lebih kurang sama, namun filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG) ini menampilkan jalan cerita yang berbeza dan menghiburkan.
Lagenda Budak Hostel mengisahkan tentang Haikal Putra a.k.a Kodan (Along Cham) dan Ahmad Danial a.k.a Put (Along Eyzendy) yang merupakan pelajar tingkatan enam dan senior di sebuah hostel sekolah berasrama penuh.
_MG_0053
Kodan dan Put paling digeruni oleh pelajar-pelajar lain kerana sikap mereka yang suka membuli namun aktiviti nakal mereka tidak pernah dikesan oleh warden asrama iaitu Cikgu Rahim (Rahim R2).
Dalam diam, Put dan Kodan menyimpan perasaan terhadap anak Cikgu Rahim bernama Seroja (Nora Danish). Setiap hari ada sahaja kerenah yang dilakukan oleh Put dan Kodan untuk mencuri tumpuan Seroja.
Namun sikap mereka mula berubah ke arah kebaikan apabila seorang pelajar baru, Jaszle Isaac a.k.a Kicap (Epy Raja Lawak) menasihati mereka supaya menunjukkan kehebatan dengan cara yang betul.
_MG_2587
Dalam masa yang sama, Seroja turut menyatakan yang dirinya menyukai lelaki berperangai baik. Sejak dari itu, Put dan Kodan mula bertanding merebut kerusi ketua pelajar.
Demi membuktikan bahawa mereka layak memenangi hati Seroja, Put dan Kodan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi undi di kalangan pelajar hingga timbul persengketaan.
Tidak cukup dengan itu, ada sahaja halangan yang mematahkan semangat mereka dalam usaha mendapatkan Seroja.
_MG_1935
Berjayakah Put dan Kodan mendapatkan cinta Seroja? Dan siapa pula yang akan bergelar Ketua Pelajar di sekolah mereka? Segala-galanya akan terjawab bila anda menonton Lagenda Budak Hostel nanti.
Secara peribadi, filem ini memang menghiburkan dan mampu membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak sepanjang tayangan.
Padanan antara Along Cham dan Along Eyzendy sebagai senior pembuli memang tepat kerana mereka dilihat berjaya membawakan watak itu dengan baik sekali.
Malah, adegan bergaduh dan pukul-memukul antara pelajar juga seakan menjadi dan tidak dibuat-buat.
Walaupun begitu, penulis berpendapat aksi-aksi tersebut tidaklah terlalu ganas hingga mampu mempengaruhi fikiran pelajar sekolah untuk membuli dan sebagainya.
Bagi yang ingin menghilangkan tekanan dengan bergelak ketawa, anda bolehlah menonton Lagenda Budak Hostel pada hujung minggu ini di pawagam berhampiran.
Sementara itu, di sini OHBULAN! sertakan trailer filem berkenaan untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

Tuesday, 10 September 2013

Tudung Norjuma Diperaga Di Pentas Persada Fesyen New York


Siapa sangka fesyen Islamik juga mampu terpilih untuk diperagakan di pentas fesyen di New York. Bertuah sekali bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed apabila tudung-tudung rekaannya telah terpilih untuk diperagakan bersempena PLITZ New York Fashion week 8 September yang baru berlalu.



Rekaan yang menarik dan ceria oleh Norjuma nampaknya berjaya menaikkan kembali permintaan pasaran terhadap tudung bawal yang menurun populariti disebabkan kemunculan tudung ‘sarung’ yang memiliki awning. Tambahan pula harga tudungnya sangat berpatutan.

Kepada yang berminat, apa lagi, lepas ni boleh borong tudung bawal Norjuma banyak-banyak untuk dipakai ke mana saja. Kredit gambar, Facebook Aidijuma.

Monday, 9 September 2013

PATUNG AKSI STRIKER EUREKA PACIFIC RIM (8 GAMBAR)


THIS!

Pacific Rim ialah antara filem paling best musim panas ini. Jaeger yang paling cool sebenarnya ialah Striker Eureka dan Cherno Alpha. Tetapi kerana propaganda Amarika mereka lebihkan Gypsy Danger. Sungguh tak adil! Oleh itu kami teruja apabila Sideshow Collectible menjual patung aksi Striker Eureka setinggi 50 cm di bawah. Ianya dijual pada harag USD 399 (RM 1322) sebuah. Just take my money and kaiju brains! Sila buat patung aksi Cherno Alpha pula. For mother Rassha! 



Sunday, 8 September 2013

IKLAN GENIUS MINGGU INI (3 GAMBAR)


GEEEEEEEEEENIUS!

Holy crap! Ini ialah siri iklan yang genius untuk German Crafts Organization. Ianya iklan yang cuba menunjukkan kepada orang ramai pekerjaan kolar biru seperti mekanik, tukang paip dan pemasang sistem dandang adalah lebih "attractive" dari yang disangkakan selama ini. Iklan ini mungkin agak NSFW maka sila klik link berita penuh. Ini adalah genius! Sila sesiapa yang ada kedai print baju buat rekaan serupa dalam Bahasa Malaysia. Sila photoshop gambar Lana Nordin untuk edisi lokal ok!





Laporan asal I Believe in Adv

MONOREL BUATAN INDONESIA YANG GAGAL (16 GAMBAR)


Made In Indo

Jakarta ialah antara bandaraya yang mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta kereta dan 8.3 juta motosikaldipandu di Jakarta setiap hari. Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan73% daripada 82 000 bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak digunakan dan menjadi sumber pencemaran. Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini kerana ianya perlu bagi memastikan "macet" Jakarta dapat dikurangkan.

Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah   PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka  boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa.

Malang bagi  PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter baru.

Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel. Amacam? Kami rasakan monorel buatan PT Melu Build General Wiwekanampak macam keretapi mainan!




Friday, 6 September 2013

Multidock : "Rumah Pengecas" Pelbagai Peranti Milik Anda (8 Gambar)


Do Want!

Adalah normal sekarang untuk memiliki pelbagai telefon pintar dan tablet. Kami yakin ramai diantara pembaca Blogserius juga seperti kami. Kerap kami apabila mahu mengecas tablet, kami tidak ada power outlet untuk disambungkan.Griffin Multidock cuba menyelesaikan masalah yang dialami pemilik pelbagai peranti seluruh dunia. Rumah pengecas pelbagai peranti ini hanya memerlukan satu palam kuasa tetapi mampu mengecas 10 peranti pada satu-satu masa. Ia diperbuat daripada aluminium dan dijual pada harga USD 700 (RM 2200) sebuah. Agak mahal tetapi damn does it look good dan lagi cantik dari ada wayar berselirat di dalam bilik. Do want!



Wednesday, 4 September 2013

Katalog IKEA 2014 Percuma


Adakah anda salah seorang penggemar produk-produk daripada IKEA? Dapatkan sekarang secara percuma Katalog IKEA bagi tahun 2014 secara percuma. Katalog ini membariskan pelbagai produk hebat, menarik dan sangat memberikan inspirasi kepada kediaman anda.

Katalog IKEA 2014 Percuma

Katalog IKEA 2014 Malaysia Percuma
Katalog IKEA 2014 Malaysia Percuma
Katalog IKEA 2014 Malaysia Percuma

Untuk lihat versi digital Katalog IKEA 2014 Percuma (klik) 

Memang seronok kalau dapat shopping di IKEA ni, ada macam-macam aksesori kediaman termasuklah perabut, pinggan mangkuk, kerusi meja, dapur, periuk belanga, dekorasi kecil, dekorasi eksklusif ..... yang adakala tu nampak unik dan tak pernah jumpa di tempat lain.

Saya sendiri andai ada peluang akan ke IKEA untuk cari idea hias rumah selain mencari produk-produk yang menarik dengan harga terbaik.

Rasa nak tengok apa yang bakal anda lihat di IKEA dan produk-produk 2014 yang pastinya best, boleh lihat katalog IKEA 2014 di sini - Katalog IKEA 2014 Malaysia Percuma (klik)

Selamat menjamu mata.

Friday, 16 August 2013

Sakitnya Cinta Novel Terbaru

Sakitnya Cinta Novel Terbaru Dari Pengarang Ramlah Rashid


Sakitnya Cinta
Ramlah Rashid

Link kepada Penulis:
-Facebook
-Blogspot


RM 27.90 per item
RM 5.00 penghantaran 1 Malaysia
total: RM 32.90
~672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2013

Berminat?
fb: Bantal Ilmu Fan Page
email : Futurwall89@gmail.com




Sinopsis
Kegagalan cinta pertama membuatkan hati Neor tertutup pada cinta. Selepas memenangi rancangan realiti tv tempatan, Neor melangkah menjadi pelakon, menyanyi untuk drama dan? lem serta mencipta lagu. Ditakdirkan dia berjumpa dengan Mutiara, seorang peguam syariah. Senyuman dan matanya mirip Fifei. Buat kali pertama selepas putus cinta, Neor jatuh cinta lagi. Perkenalan singkat itu akhirnya diakhiri dengan perkahwinan tanpa sempat mengetahui dan mengenali kerjaya dan keluarga masing-masing. Selepas berkahwin barulah diketahui latar belakang Mutiara dan Kristal Ezeti. Neor tidak menyangka keluarga Mutiara tidak menyukainya kerana dia seorang artis. Lebih malang, gosip-gosip liar telah menyebabkan rumah tangga mereka berantakan. Mutiara menerima tamparan dahsyat kerana bapanya mendesaknya supaya bercerai dengan Neor. Neor akhirnya dapat menjejaki Fifei yang mencipta lagu untuknya dan mahu menyambung cintanya dengan bekas kekasihnya itu. Namun, bagaimana dengan tunang Fifei dan perasaan cinta sahabatnya, Kristal Ezeti? Mahukah Fifei memutuskan pertunangannya dengan Firdaus dan mampukah Kristal Ezeti memendam perasaannya demi kebahagiaan Neor? Tak mustahil sahabat yang kita sayangi itu melahirkan rasa cinta yang sejati.

“Dalam masa yang tak sampai sejam awak dah jatuh cinta? Apa makna cinta pada awak?”- Kristal Ezeti

“Dia kata dia paling sayang Ira, katanya tak akan jatuh cinta pada wanita lain. Tapi Ira pernah baca kenyataan dia, dia pernah bercinta sebelum ini. Konon perempuan itu cinta pertamanya. Dia kecewa ditinggalkan.”- Mutiara 


“Tapi saya cemburu kalau awak baik pada lelaki lain, kalau nanti awak berkahwin dengan lelaki lain, bukan saya.”

Baca seterusnya: ramlah-rashid blogspot