Showing posts with label GOSIP ARTIS. Show all posts
Showing posts with label GOSIP ARTIS. Show all posts

Tuesday, 15 October 2013

Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali

Berkenaan isu terbaru yang melanda sepasang selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, ramai antara peminat dan juga pihak-pihak tertentu yang tertanya-tanya mengenai status pernikahan mereka.Bukan itu saja, malah ada yang mengecam mereka berdua kerana terlalu takut dengan David Teo sehingga merahsiakan perkara baik ini dari pengetahuan umum. Ini berikutan dari isu pernikahan mereka yang telah diadakan dua kali iaitu pada bulan Februari 2012 dan kemudian dibuat lagi sekali setahun kemudian.
Melalui penjelasan Aeril, dia dan Wawa telah sah bernikah pada kali pertama, 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Mereka berdua telah dinikahkan oleh seorang imam yang dibawa dari Sabah berwalikan bapa Wawa sendiri.
Namun, selepas mengetahui bahawa Wawa Zainal telah mengandung pada bulan Januari 2013, mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali mengikut undang-undang negara. Ini kerana mengikut undang-undang, pasangan perlu mendaftarkan perkahwinan di jabatan agama negeri masing-masing.
Video : Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali
Kelmarin, sebuah video penjelasan mengenai hukum nikah sebanyak dua kali oleh Ustaz Azhar Idrus telah dimuat naik ke laman Youtube.
Melalui penjelasannya, UAI memberitahu bahawa asalkan pasangan itu melepasi rukun dan syarat sah nikah, ianya tidak menjadi masalah.
Dan apabila mereka bernikah semula pada kali kedua untuk mendapatkan surat pendaftaran nikah, hukumnya tetap sah. Apa pun, buat anda yang tertanya-tanya, mari saksikan video penjelasan hukum nikah 2 kali oleh Ustaz Azhar Idrus selepas ini.

Kenapa sekarang mengaku tunang saya? – Wawa

BELUM reda isu pengakuan berkahwin, isteri pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal sekali lagi dilanda ‘badai’. Kali ini, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikatakan masih tunangan orang sewaktu bernikah dengan Aeril pada 25 Februari 2012.
Dakwaan tersebut dikeluarkan sendiri oleh individu yang dikenali hanya sebagai Rashid yang mendakwa dirinya sebagai tunangan Wawa itu tersiar dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.
Kosmo! berjaya menghubungi pelakon yang kini muncul dengan filem Longkai tersebut yang menegaskan ini merupakan kali pertama dia menjawab panggilan telefon pihak media selepas kali terakhir muncul bersama Aeril pada sidang akhbar, Jumaat 11 Oktober lalu.
Wawa tidak menafi atau mengiyakan status dirinya yang dikatakan masih ‘tunang orang ‘ seperti yang didakwa Rashid, namun dia mempunyai sesuatu untuk dijelaskan kepada umum berhubung isu tersebut.
Kosmo!: Benarkah Wawa adalah tunangan seorang guru sekolah bernama Rashid semasa anda bernikah dengan Aeril seperti yang didakwa seorang lelaki pada Ahad lalu?
WAWA: Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu.
Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?
Adakah benar dakwaan Rashid bahawa anda pernah menumpang di rumah adik perempuannya semasa anda kali pertama jejakkan kaki di Kuala Lumpur?
Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis. Bagaimanapun, sama seperti mana saya tidak berhubung dengan lelaki tersebut, begitu juga dengan adiknya. Kali terakhir saya berhubung dengan lelaki tersebut adalah kira-kira hampir empat tahun lalu dan kini memang telah terputus hubungan.
Beralih kepada soalan berkaitan perkahwinan Wawa dengan Aeril, apakah komen anda tentang kenyataan akhbar Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut yang mengatakan bahawa pasangan berkahwin hanya perlu hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan pernikahan mereka (dengan membawa saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah) tanpa perlu bernikah kali kedua?
Saya minta maaf, saya tidak arif untuk memberi komen tentang isu ini. Jadi saya kira lebih baik merujuk terus kepada peguam saya, Zulhasmi Zakaria.
Bagaimanakah dengan kehidupan Wawa selepas pendedahan status perkahwinan kalian?
Sejujurnya, saya masih dalam trauma dengan wartawan selepas dihentam dengan teruk sekali pada majlis sidang akhbar pada Jumaat lepas. Bagaimanapun, saya rasa lega dan bahagia kini dengan kehidupan bersama Aeril dan anak kami, Ahmad Fakhruddin Attar.
Adakah Wawa masih dengan keputusan untuk memberi fokus terhadap anak dan akan kembali aktif dalam dunia seni pada satu tempoh yang ditetapkan?
Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon daripada produksi luar (bukan MIG) dan drama daripada stesen televisyen TV3 dan TV9. Namun, seperti yang saya putuskan, saya akan tetap memberi fokus buat anak saya dulu dan merancang menjaganya sendiri sehingga dia berusia empat atau lima bulan sebelum kembali aktif.
Dari mana anda mendapat kekuatan berhadapan dengan kemelut ini?
Secara jujurnya, saya mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini daripada anak kami. Cuma, Aeril, buat masa ini, dia masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga tidak keluar rumah kecuali untuk penggambaran. – HAIKAL RAMAN
—-Kosmo.com.my

Tuesday, 8 October 2013

Syamsul Yusof & Sharifah Amani Bergaduh Di Twitter

Nampaknya, isu cetak rompak yang menghantui filem KL Gangster 2 masih belum reda dan terus hangat diperkatakan. Terbaru, filem tersebut mendapat kritikan Sharifah Amani kerana tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih pihak tertentu.
Sepertimana yang korang boleh baca status Twitter terkini Sharifah di bawah, anak kepada Fatimah Abu Bakar itu mempersoalkan bagaimana filemnya boleh diketagorikan PG18 sedangkan babak di dalam filem KL Gangster 2 jauh lebih ganas berbanding babak di dalam filem arahannya.
Menjawab kenyataan pedas yang dilemparkan oleh pelakon filem Psiko : Pencuri Hati itu, Syamsul Yusof meminta agar Sharifah Amani tidak berlaku biadap dan menjaga budi bicara diri. Katanya, membuat kenyataan di Twitter tidak akan menyelesaikan masalah sistem pilih kasih yang wujud ketika ini.

Aeril Zafril Akan Dedah Siapa Dan Tujuan Sebenar 'Mereka'


Aeril Zafril Akan Dedah Siapa Dan Tujuan Sebenar 'Mereka' | SELEPAS mengetahui kisahnya dan aktres Wawa Zainal dipaparkan secara eksklusif menerusi akhbar sisipan Berita Harian, Bipop, hari ini, Aeril Zafril terus menulis di laman Twitternya seakan memberi bayangan akan menjawab segala dakwaan tersebut di kemudian hari.

Aeril menyatakan dia akan mendedahkan siapa dan apa tujuan sebenar ‘mereka’ berhubung artikel tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan siapa ‘mereka’ yang dimaksudkan oleh Aeril.

Aeril dan Wawa dikatakan sudah bernikah Februari lalu malah telah pun menimang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Adalah lebih baik sekiranya Aeril dan Wawa tampil ke depan menjelaskan perkara yang sebenar berhubung kisah ‘perkahwinan’ di antara mereka ini sebelum lebih banyak mulut-mulut orang luar berkata yang tidak baik mengenai kedua-duanya.


Pasangan ini dikatakan mula rapat selepas membintangi filem 99 Kali Rindu terbitan Metrowealth yang menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin bagi naskhah tersebut.-mynewshub

Semoga Dia Terus Tabah Sampai Masanya - Wawa Zainal


Semoga Dia Terus Tabah Sampai Masanya - Wawa Zainal | Nampaknya baik Aeril Zafrel mahupun Wawa Zainal, mereka lebih gemar untuk memberikan jawapan balas menerusi laman Twitter masing-masing daripada tampil kepada pihak media untuk menjelaskan kemelut ‘perkahwinan’ mereka yang kini sedang hangat diperkatakan ramai.

Wawa menulis di laman Twitternya mengharapkan Aeril terus tabah kerana sememangnya dari dulu lagi ada pihak yang cuba menjatuhkan aktor tersebut.

“Saya kenal Aeril Zafrel dan orang-orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia dan memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”.


Malah Wawa juga memberikan gambaran bahawa segala persoalan berhubung isu ini akan terjawab dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya dan dia. Semua persoalan kalian akan terjawab dalam masa terdekat,” katanya lagi.-mynewshub

Monday, 7 October 2013

Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki?


Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di’kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.
“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu —takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.
Shila Amzah yang dihubungi portal GUA baru baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta dimana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.
“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.
Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.
Hmmm.

Nora Danish Nafi Terima Hadiah Rumah Mewah, Ferrari Dari Kekasih


Nora Danish sekali lagi memberi kenyataan tidak mengiyakan hubungan cinta antara beliau dan Nedim Nazri selain terbuka dengan apa apa persepsi orang ramai terhadap hubungan mereka berdua yang rapat ketika ini.
Ketika hubungan Nora Danish & Nedim Nazri menjadi perhatian ramai, timbul khabar angin yang mengatakan anak lelaki seorang VVIP itu telah membeli rumah mewah bernilai RM7.2 juta untuk di’hadiahkan kepada Nora Danish selain sebuah Ferrari.
Bercakap kepada GUA baru baru ini, Nora Danish menafikan ada menerima hadiah semewah itu dari Nedim Nazri & tidak merasakan yang lelaki itu sanggup membelikan hadiah semahal itu untuk dirinya selain menganggap semua ini hanya fitnah.
“Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia hendak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora Danish.
“Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata”

Cinta Semakin Utuh, Keluarga Redzwani Puteri Terima Semula Shahz Jaszle


Pertengahan tahun ini nama Shahz Jaszle menjadi bualan ramai selepas ditangkap khalwat dengan seorang gadis bernama Farah dan insiden ini menyebabkan pelakon popular ini putus tunang dengan Redzwani Puteri selepas keputusan dibuat keluarga.
Walaupun mendapat tentangan keluarga, nampaknya cinta pasangan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri tetap kukuh sehingga sampai satu masa pelakon ini seakan nekad ingin kahwin lari jika keluarga masih tidak merestui hubungan mereka berdua.
Namun perkembangan terbaru melaporkan yang Shahz Jaszle kini bersyukur apabila keluarga Redzwani Puteri telah menerima kembali dirinya & kembali menaruh kepercayaan untuk menjalin hubungan dengan gadis itu.
“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.
“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” ujar Shahz Jaszle.
Pelakon ini menambah yang kontroversi ini sebenarnya tidak menganggu perjalanan kariernya ketika ini dan beliau sedang giat mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani Puteri.

Thursday, 3 October 2013

Mr Bean aka Rowan Atkinson Peluk Islam?

Memang sebuah berita yang mengejutkan apabila media Asia Barat melaporkan yang bintang komedi terkenal, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean dikatakan telahpun memeluk agama Islam.
Meskipun berita ini belum disahkan oleh media barat, namun menurut beberapa sumber, Mr Bean dikatakan terbuka untuk memeluk Islam selepas menonton filem penuh kontroversi kerana menghina Rasulullah S. A. W iaitu Innocent Of Muslim arahan Nakoula Basseley Nakoula.
Menurut media Indonesia iaitu Islampos.com:
“Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.
Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.”
Setakat nie, ianya hanyalah spekulasi tapi kalau betul, tahniah kepada Mr Bean yang telahpun diberi hidayah oleh Allah S.W.T. Semoga dengan penghijrahan Mr Bean, lebih ramai warga dunia membuka mata atas keindahan Islam. Sama-sama la kita nantikan.

Tuesday, 1 October 2013

Saiful Apek Bebas Tuduhan Ambil Ganja


Pelawak terkenal, Saiful Apek gembira dan bersyukur selepas dirinya dilepas & dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan mengambil ganja, tiga tahun yang lalu.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan serupa terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff bersama rakan lain didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sunday, 29 September 2013

CONCHITA WURST : PENYANYI WANITA BERJANGGUT AUSTRIA (11 GAMBAR)


Tranny

Conchita Wurst ialah penyanyi "wanita" Austria dengan imej yang unik dan penuh kontroversi. Beliau sebenarnya seorang penyanyi lelaki bernama Tom Neuwirth (24). Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat kedua sebuah pertandingan nyanyian realiti. Selepas bertahun menghilangkan diri, Tom muncul semula pada tahun 2011 dengan imej baru beliau Conchita Wurst lengkap dengan janggut Wak Doyok. Sungguhpun kelihatan seperti Kim Kardhasian berjanggut beliau mempunyai ramai peminat dan terpilih mewakili Austria di dalam pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini. FABULOUS! 



Wednesday, 25 September 2013

Gambar Mesra, Nora Danish Tidak Kisah Akan Persepsi Orang Ramai


Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi.
Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar.
Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini.
“Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya.
Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta.
“Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.
Oleh kerana Nora Danish tidak kisah, boleh kiranya anda semua kini nikmati gambar perjalanan aktres ini bersama Nadeem Nazri ke Myanmar baru baru ini. Enjoice!

‘Love You Mr. Arrogant’ Gantikan Cinta Jannah Mulai Hari Ini


Selepas Cinta Jannah yang berjaya menjadi perhatian ramai menutup tirainya pada malam tadi, TV3 melalui slot Akasia memperkenalkan satu lagi drama bersiri Love You Mr. Arrogant.
Dengan kehadiran muka baru seperti Azlee Khairi dan juga Zara Zya, gandingan pertama mereka di dalam drama yang diadaptasi dari novel, Love You Mr. Arrogant ternyata satu anjakan bagi slot Akasia untuk menjadikan stesen TV3 medium pertama di dalam memperkenalkan muka-muka baru bagi pelakon.
Drama rangkaian 26 episod ini mengisahkan tentang dua hati yang disatukan tanpa rasa cinta akhirnya terpaksa mengakui bahawa perasaan tersebut mulai timbul setelah mereka berdua disatukan dan Azlee Khairi (Irham) anak orang kaya yang luarannya tampak sombong namun jauh di sudut hatinya tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sedemikian oleh ibunya lakonan Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya (Sherry) yang kecewa tidak dapat berkahwin dengan Irham.
#02 ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini - ROTIKAYA
Dari situlah bibit-bibit cinta mulai tersimpul apabila Zaraa (Zara Zya) dapat merasakan bahawa Irham mulai sayangkan dirinya.
Baru sahaja kecapi bahagia setelah masing-masing mengakui perasaan cinta mula bersemi, dugaan mulai muncul apabila kehidupan rumah tangga mereka diganggu oleh Faisal lelaki yang psiko dan juga Hardy sepupunya yang cuba mendekati Zaraa.
Tekanan Irham bertambah apabila Puan Sri Maryam disahkan mengalami masalah sakit jantung.
Mampukah Irham menyelamatkan rumah tangganya setelah ibunya meminta untuk dia berkahwin dengan Sherry sebagai permintaan terakhirnya sebelum pergi.
Irham tersepit dengan keadaan yang menghimpit dirinya. Adakah Irham akan mengotakan hajat terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang baru dicintainya itu?
#03 ‘Love You Mr. Arrogant’ Ganti Cinta Jannah Mulai Hari Ini - ROTIKAYA
Diarahkan oleh sutradara Eoon Shuhaini dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob ini turut dibintangi Keith Foo, Anzalna Nasir, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias.
Nantikan drama yang sarat dengan emosi yang bakal menemani petang anda bermula pada 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 petang di TV3.

Fizz Fairuz, Almy Nadia Kembali Bersama & Bakal Nikah Tahun Hadapan


Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama.
Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan.
Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu.
Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.
“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”
Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy.
Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama.
Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula.
“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi.

Adam AF: Wajah Fiza Sentiasa Muncul Dalam Solat Saya


Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.
Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.
“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”
“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” ujar Adam AF.
Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.
Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut. Pasangan ini bakal bernikah esok.

Tuesday, 24 September 2013

Isteri Mat Yo Turut Tendang Pengawal Keselamatan?

Masih kisah isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan.
Jika isteri Mat Yo mengeluarkan komen tentang kejadian di laman Facebook dengan mendakwa dirinya pihak teraniaya, seseorang yang mengaku sebagai isteri kepada saksi dari awal hingga akhir kejadian turut tampil memberikan komen.
Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.
saksi Mat Yo (wm)
Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.
Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.
Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.
Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.
Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang.

Luahan guard yang dihina bini Mat Yo






Gambar Hairul dan kakaknya - CUN!


Hairul sedang bergambar dengan akaknya. Pasti ada yang belum pernah lihat akak kepada hairul nih. Mmng CUNNN habis akak Hairul. Ada yang tergoda ke? hahah...


Sunday, 22 September 2013

Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak

  • Rita Rudaini

    • Rita Rudaini

    SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, memfailkan pindaan terhadap tuntutan hak penjagaan anak-anaknya yang dibuat sebelum ini semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, dekat sini, semalam.
    Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil selaku plaintif dalam proses tuntutan hak penjagaan Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, selepas pasangantersebut bercerai 5 September lalu.
    Plaintif turut mengemukakan surat cadangan penyelesaian secara baik kepada Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.
    Rita Rudaini, yang diwakili peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memohon satu tarikh sebutan baru bagi membolehkan pihaknya meneliti tuntutan dan surat terbabit sebagai persediaan pembelaan.
    Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, menetapkan 13 November 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
    Mohd Aidil tidak hadir kerana ada komitmen kerja di Pahang.

    Gambar bayi lelaki Jue Aziz yang comel dan tembam.
    Rupa-rupanya bayi comel tersebut merupakan anak angkat Jue dan pelakon itu turut mengaku telah menjadi ibu susuan Darwish. Jom usha beberapa keping gambar Jue Aziz di bawah bersama bayi angkatnya. #