Sunday, 15 September 2013

Budak Berusia 1 tahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut




Sekali pandang, Aditya Kumar kelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai tumbuh di mukanya. Namun hakikatnya, Aditya belum pun mencapai usia dua tahun, namun disebabkan sejenis penyakit yang jarang ditemui, dia kelihatan lebih tua berbanding usianya. Dilahirkan dalam keluarga petani di Bihar, Aditya yang berusia 18 bulan menghidap sindrom Cushing iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan ketidaktentuan hormon sekali gus mengakibatkan bulu tumbuh di seluruh badan.

Namun ketika dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema seperti bayi yang lain namun selepas usianya mencecah setahun, tanda-tanda penuaan mula berlaku. Beratnya mula meningkat mendadak dan mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti lelaki dewasa yang lain. Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah membawa Aditya ke hospital.

Dia kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna oleh bapanya, Vinay Sao serta neneknya. Bagaimanapun Dr Krishna yang memeriksa Aditya memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia mungkin terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan radiation untuk menyembuhkannya.

Susulan itu, Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di Delhi untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan menghalang bayi itu dirawat di institut berkenaan. Sebaliknya ibu bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr Krishna. Dalam pada itu, Dr. Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa Aditya membawa kanak-kanak itu ke AIIMS.

“Penyakit ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang dijalankan mendapati terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas buah pinggangnya.


“Ia kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS.

PADAH SENTUH PUNGGUNG GADIS DIPASAR



VIDEO


Ada Apa Di Penghujung Tembok Besar China


Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban senibina dunia ..
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China .. Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming .. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan .. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China .. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama .. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara ..

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China ..

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan .. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou .. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai .. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil ..

Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing .. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai ..





Sanggup Celup Tangan Dalam Air Mendidih Bukti tidak bersalah


Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Kehormatan diri
Mangsa menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya.

Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di rumahnya di Lanang, di sini, jam 7 malam Jumaat lalu.

Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu.

“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.

“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,