Sunday, 22 September 2013

KEJAM!!! 10 Hukuman Mati Paling Kejam Di Dunia..



1) Ditanam Hidup-hidup

Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga China.Tahukah anda berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!



2) Snake Pit

Ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Mangsa dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.



3) Cakar Sepanyol

Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.



4) Dihiris Perlahan Lahan

Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.



5) Dibakar

Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.



6) Necklacing

Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan.Necklacing masih sangat umum hari ini. Necklacing dimasukkan pada mangsa dan lengan, dan kemudian dibakar menyebabkan tubuh akan berubah.



7) Dipijak Gajah

Di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Gajah telah menjadi bentuk hukuman mati selama ribuan tahun.Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dua cara. Perlahan-lahan, dalam cara yang panjang, menyiksa atau menghancurkan hingga mangsa mati dengan sekelip mata.



8) Guillotine

Guillotine adalah salah satu bentuk penyiksaan yang paling terkenal .Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai dan kemudian pisau dijatuhkan dan menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta!



9) Digantung, ditusuk, dan dicincang

Hukuman ini biasanya dijalankan kepada seorang pengkhianat di Inggris. Mangsa akan digantung, ditarik dan dipotong-potong pada abad pertengahan. Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.

Prosesnya hukuman ini dijalankan :

a)Mangsa diseret pada bingkai kayu yang disebut rintangan ke tempat penyiksaan akan dijalankan.
b)Mangsa digantung dengan leher untuk waktu yang singkat sampai hampir mati.
c)Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh terbelah menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal!



10) The Brazen Bull

The Brazen Bull dikenali juga dengan Banteng Sisilia merupakan salah satu bentuk penyiksaan paling kejam. Dimulakan di zaman Yunani kuno, kuningan padat dilemparkan ke dalam bentuk banteng kosong, dengan pintu di bahagian samping yang terbuka dan terkunci.

Untuk memulakan penyiksaan, mangsa ditempatkan dalam bekas kuning dan api telah dinyalakan dibawahnya. Api logam dipanaskan hingga benar-benar kuning, menyebabkan mangsa di kukus sampai mati.Bekas itu direka sedemikian rupa supaya jeritan mangsa akan terdengar seperti muzik.

Gangster Wanita Paling Ditakuti di Dunia



1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)


Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh sesekali dan mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar "family matriarch".


2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)


Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.


3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)


Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar membayangkan Sandra Beltran seolah dirinya seorang lanun. Singkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "godmother" Mexico.Bapa saudaranya adalah Godfather seorang penyeludup dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara ketika menghadapi pertuduhan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .


4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)


Wanita ini menjadi gangster kerana rasa peduli dan berduka ketika saudaranya ditangkap oleh polis Itali. Dia kemudian meneruskan perniagaan yang diceburi oleh saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah markasnya diserbu polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.


5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)


Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah membimbingnya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.


6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)


Seorang ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin kedengaran tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia mengatur perniagaannya pada saat dia memberikan pendidikan bagi anaknya.

8 juta penonton saksi peserta Realiti dirogol secara ‘Live’ di kaca TV!



Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung di dalam kaca televisyen.

Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.

Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk.

Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.

Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.

Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun jika disabitkan dengan kesalahan.

PEKERJA LOMBONG GEMPAR TEMUI ARTIFAK SEJARAH

BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.

Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.

Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.

Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.

Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah

“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.

Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.

“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.

“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya