Wednesday, 23 October 2013

Dua Maut, Beberapa Hilang Banjir Di Cameron Highlands

Cameron Highlands: Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat Cameron Highlands.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.

PANAS ! Pelajar 15 Tahun Ditahan Kantoi Ber++++++ Di Belakang Sekolah


Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di Kulim, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.
“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.
Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa
Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.
Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.
Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.
Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.
“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.
“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

PASANGAN KEKASIH MATI JATUH GAUNG KERANA ASYIK BERASMARA


AKIBAT LEKA BERASMARA, PASANGAN KEKASIH MAUT KERETA JATUH GAUNG | Akibat leka berasmara, sepasang kekasih telah ditemui mati dalam keadaan tragis apabila kenderaan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung.

Kejadian malang ini dilaporkan berlaku di Ukraine pada bulan Ogos lalu.

Menurut siasatan yang dijalankan pihak polis, kereta tersebut sebenarnya berada dalam keadaan parking.

Namun, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta sehingga brek tangan terlepas menyebabkan kenderaan mereka meluncur laju ke jurang gaung.

Hal ini dikuatkan lagi dengan penemuan mangsa perempuan yang ditemui dalam keadaan hampir bogel dan terdapat kesan air mani dalam kereta yang hancur remuk itu.

Mungkin sudah ajal mereka, tapi kalau boleh lain kali berhati-hatilah apabila berada di atas jalan raya, apa lagi bila anda sedang memarkir kenderaan di kawasan yang merbahaya hanya disebabkan untuk melampiaskan nafsu serakah pada saat itu.

Tak ke sia-sia perbuatan mereka itu?







(GAMBAR Foto Jururawat Bergambar Dengan ‘Zakar’ Tersebar

Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau sebagainya macam dah takde privacy dan malu dalam hidup.
Kalau boleh semua nak tayang. Semua nak cerita. Kalau boleh tu setiap inci apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang semua nak tayang.
Macam tu la yang terjadi pada budak-bakal bakal nurse ni.
Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar dan tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni.
Moral of the story, kadang-kadang kita je rasa benda tu kelakar tapi ramai orang rasa benda tu sangat mengaibkan dan memalukan. Jadi jangan memalukan diri sendiri dengan buat kelakar yang tak kelakar macam ni.