Wednesday, 25 September 2013

Fanpage Facebook Yang Mampu Mengugat Lelaki


Memang Meleleh!!!  admin tak pasti apa tujuan fan page ini diwujudkan.Setiap post yang dibuat mampu menghairahkan setiap lelaki.Mungkin ada dikalangan pembaca mengatakan biarlah itu hak dia.Jadi admin terfikir sesuatu tentang page ini.

Cuba anda tengok gambar-gambar awek yang dipost dalam page ini,agak-agak dari mana datangnya gambar ini?.admin cuma dapat rasakan ia diambil dari wall Facebook anda tapi entahlah mungkin di kirim dari pihak tertentu.

Berjuta kali amaran diberi jangan meng upload gambar yang seksi atau mendedahkan aurat namun ada juga yang berdegil bila gambar diambil dan disebarkan mula nak menunding jari menyalahkan  orang lain disini admin sempat ambil beberapa gambar yang dipost dalam page tersebut

Jika mahu lihat banyak lagi tengoklah sendiri di page tersebut silap-silap gambar anda pun turut ada disana.Kepada lelaki yang lemah iman jangan buka nanti terjebak susah.



semua telah dikirimkan melalui page dibawah


Pensyarah Syiah Buat Projek Dalam Bilik Pejabat


Kuala Lumpur: Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya

Pelajar Universiti Didakwa Ugut Sebar Gambar Bogel Wanita

Seorang pelajar sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas tiga pertuduhan termasuk mengugut seorang wanita serta memiliki gambar lucah pada bulan lalu.
Mohd. Hidayat Abd. Ghani @ Mukhtar, 23, dari Batu Buruk, Terengganu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan terhadap wanita berumur 22 tahun itu dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa dengan tujuan mangsa menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas miliknya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Bukit Beruang Permai kira-kira pukul 2.27 pagi antara Ogos dan 2 September lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Hidayat didakwa melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bukit Beruang pada pukul 10.41 pagi, 17 September lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di Pangsapuri Bukit Beruang Permai pada pukul 1 petang, 19 September lalu.
Mohd. Hidayat yang merupakan pelajar kursus kejuruteraan elektronik didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan sebutan kes pada 22 Oktober ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Safri Mohammed Na’aim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Ketua Polis Pulau Pinang Diugut

GEORGETOWN: 'Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best'," itu antara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi daripada individu tidak dikenali, kelmarin.
Kiriman SMS terbabit diterima ketika beliau berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 9 pagi, kelmarin . 
Selain itu, pengirim SMS terbabit turut memberi amaran supaya beliau menjaga diri dan mengugut akan 'mengambil' Abdul Rahim atau jika tidak boleh pengirim misteri itu memberitahu akan 'mengambil' rakan beliau. 

Berikutan bimbang dengan ancaman itu dan atas faktor keselamatan diri, keluarga serta pegawai dan anggota polis lain, beliau membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini kira-kira jam 9 malam tadi.
Foto
KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.