Wednesday, 16 October 2013

Suami 'Korek' Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Jantan Lain


Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar. 

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun. 

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat. 

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Tuesday, 15 October 2013

Budak 14 Tahun Rela Dirogol Kerana Takut Putus Cinta

Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di Dungun, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.

“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu. 

“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.

Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Kemalangan Ngeri Pemuda Maut Di Lebuh Sg Udang

KRUBONG – Tidak dapat digambarkan perasaan seorang remaja apabila sempat memangku abangnya yang sedang nazak dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), awal pagi semalam.
Muhammad Afiq Berhanudin, 18, bagaimanapun reda apabila abangnya, Muhammad Arif, 20, menghembus nafas akhir sebelum sempat dibawa ke hospital.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang Muhammad Arif yang juga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merempuh bahagian kiri belakang sebuah Perodua Kancil sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal ditunggang Mohd Izzat Borhan, 18.
Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil yang dipandu Razalee Tompang, 44, dari arah sama iaitu Sungai Udang menghala persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat berpusing sebelum terbalik dalam keadaan mengiring di laluan kanan.
Arif atau lebih mesra dipanggil Angah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Izzat yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawa-tan lanjut. Sementara Razalee tidak mengalami sebarang kecederaan.
Muhammad Afiq berkata, dia menaiki motosikal lain sudah berada jauh di hadapan dan hanya mengetahui kejadian selepas diberitahu rakan mereka, menyebabkan dia berpatah balik.
“Sampai di situ, Angah sudah nazak dan dadanya berombak. Saya sempat bacakan kalimah syahadah sebelum dia pergi,” katanya.
Menurutnya, abangnya itu sebenarnya ketika di rumah berasa berat untuk keluar, namun menukar fikiran selepas diajak rakan-rakan.
Sementara itu, bapa mangsa, Berhanudin Abd Rahman, 51, yang menetap di Padang Sebang, Alor berkata, anaknya memberitahu mahu ke Tampin, sebelum keluar antara 8 dan 9 malam kelmarin.
“Dia yang tinggal bersama keluarga berulang-alik setiap hari dari rumah untuk ke kelas di ILP Bukit Katil.
Kebiasaannya dia akan keluar malam jika keesokan hari cuti atau pada hujung minggu dan balik ke rumah kira-kira satu dan dua pagi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian. – SH.

Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali

Berkenaan isu terbaru yang melanda sepasang selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, ramai antara peminat dan juga pihak-pihak tertentu yang tertanya-tanya mengenai status pernikahan mereka.Bukan itu saja, malah ada yang mengecam mereka berdua kerana terlalu takut dengan David Teo sehingga merahsiakan perkara baik ini dari pengetahuan umum. Ini berikutan dari isu pernikahan mereka yang telah diadakan dua kali iaitu pada bulan Februari 2012 dan kemudian dibuat lagi sekali setahun kemudian.
Melalui penjelasan Aeril, dia dan Wawa telah sah bernikah pada kali pertama, 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Mereka berdua telah dinikahkan oleh seorang imam yang dibawa dari Sabah berwalikan bapa Wawa sendiri.
Namun, selepas mengetahui bahawa Wawa Zainal telah mengandung pada bulan Januari 2013, mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali mengikut undang-undang negara. Ini kerana mengikut undang-undang, pasangan perlu mendaftarkan perkahwinan di jabatan agama negeri masing-masing.
Video : Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali
Kelmarin, sebuah video penjelasan mengenai hukum nikah sebanyak dua kali oleh Ustaz Azhar Idrus telah dimuat naik ke laman Youtube.
Melalui penjelasannya, UAI memberitahu bahawa asalkan pasangan itu melepasi rukun dan syarat sah nikah, ianya tidak menjadi masalah.
Dan apabila mereka bernikah semula pada kali kedua untuk mendapatkan surat pendaftaran nikah, hukumnya tetap sah. Apa pun, buat anda yang tertanya-tanya, mari saksikan video penjelasan hukum nikah 2 kali oleh Ustaz Azhar Idrus selepas ini.