Thursday, 24 October 2013

(VIDEO) Rakaman CCTV Saat Norazita Abu Talib Ditembak Di Kepala

Ini adalah video yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) ketika pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di kepala oleh pengawal keselamatan bank tersebut dalam kejadian rompakan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.
Suspek, Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
Tembakan berkenaan mengenai wajah mangsa menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai.
Saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.
Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.

INFO SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.

Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, manakala mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, ialah seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

Dari sibuk2 share gambar Arwah Puan Norazita bt Abu Talib tu, baik kita semua share gambar ni banyak2. PDRM ingatkan kepada kita agar berhati2 kerana beliau bersenjata. Ardi tu kemungkinan nama samaran sahaja. So kita panggil dia Beruk sahaja. 

Sebarkan dan cari BERUK sampai dapat. Untuk Makluman dia belum lagi di tangkap.

MOHON SEBARKAN!!!!

Operation Officer Ambank ditembak pecah kepala dalam rompakan bank

IMG-20131023-WA0063-picsay-1
Subang Jaya- Berlaku satu kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya yang telah menyebabkan seorang staff Ambank terbunuh dalam kejadian tersebut pada pukul 6.18 petang tadi
Mangsa yang bekerja sebagai operation officer ambank nama Noazita bt Abu Talib,37 telah ditembak mati oleh suspek yang bernama Ardi Bin Hamza,37 di bilik kebal ketika mangsa membuka peti besi kebal suspek telah melepaskan 1 das tembakan jenis pumpgun mengenai muka mangsa dan meninggal di tempat kejadian.
Suspek telah melarikan wang dengan jumlah yang tidak diketahui dengan mengunakan motosikal suspek, semasa kejadian 5 staf Ambank masih berada di tempat kejadian.
Sebarang maklumat kejadian yang boleh membantu pihak polis membuat siasatan diharap dapat menghubungi balai polis berdekatan.
Maklumat suspek
Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah.

Wednesday, 23 October 2013

(VIDEO) Bukan Main Laju Lagi Dia Punya Akad Nikah!!!

Video sensasi yang bakal anda saksikan ini mampu membuatkan anda tercengang seketika. Apa tidaknya, pengantin lelaki mengucapkan lafaz nikahnya dengan kepantasan yang cukup maksima dan lantang sekali.
Lebih melucukan, wajahnya kelihatan tegang dan cuak sebelum tok kadi dan saksi mengesahkan lafaznya itu.
Hanya selepas itu barulah dia tersenyum sambil menoleh berkali-kali isterinya yang sudah tersipu-sipu di belakang.
Hai, jangan gelojoh sangat ya cik abang!