Wednesday 16 October 2013

Pengantin Tersilap Suami, Pengapit Jadi ‘Mangsa’



Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.

Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.

Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkah.

Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.

Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.

“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.

Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.

Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.

Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.


Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. 

Video Remaja Kantoi Lakukan Seks Dalam Semak


Jika sebelum ini ada beberapa video ‘bodoh’ yang dimuatnaik di internet melibatkan remaja kita menjadi viral kerana merayu cinta dan bercium pipi, ini jauh lebih dahsyat lagi. 


Seks

Boleh sakit jantung mak bapak dibuatnya kalau tengok. Mana tidaknya, dalam semak berduri penuh pokok mengkuang pun ada pasangan dipercayai masih remaja tergamak buat projek.

Nasib tak baik… mungkin aktiviti tak bermoral ini dah lama diketahui si polan yang merakam video ini maka intipan dan rakaman pun dilakukan.

Jika didengar pada audio di akhir video masa pasangan ini kucar kacir lari, macam dialek pantai timur tapi kami tak beranilah nak sahihkan. Apa kata anda tonton sendiri dan nilaikan.

Apa-apa pun, sebelum tonton sila pandang kiri kanan dulu dan pastikan tak ada budak bawah umur berada berdekatan anda! Sumber: Mynewshub

Suami 'Korek' Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Jantan Lain


Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar. 

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun. 

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat. 

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Tuesday 15 October 2013

Budak 14 Tahun Rela Dirogol Kerana Takut Putus Cinta

Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di Dungun, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.

“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu. 

“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.

Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Kemalangan Ngeri Pemuda Maut Di Lebuh Sg Udang

KRUBONG – Tidak dapat digambarkan perasaan seorang remaja apabila sempat memangku abangnya yang sedang nazak dalam kemalangan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), awal pagi semalam.
Muhammad Afiq Berhanudin, 18, bagaimanapun reda apabila abangnya, Muhammad Arif, 20, menghembus nafas akhir sebelum sempat dibawa ke hospital.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang Muhammad Arif yang juga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil merempuh bahagian kiri belakang sebuah Perodua Kancil sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi motosikal ditunggang Mohd Izzat Borhan, 18.
Akibat pelanggaran itu, Perodua Kancil yang dipandu Razalee Tompang, 44, dari arah sama iaitu Sungai Udang menghala persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat berpusing sebelum terbalik dalam keadaan mengiring di laluan kanan.
Arif atau lebih mesra dipanggil Angah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Izzat yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawa-tan lanjut. Sementara Razalee tidak mengalami sebarang kecederaan.
Muhammad Afiq berkata, dia menaiki motosikal lain sudah berada jauh di hadapan dan hanya mengetahui kejadian selepas diberitahu rakan mereka, menyebabkan dia berpatah balik.
“Sampai di situ, Angah sudah nazak dan dadanya berombak. Saya sempat bacakan kalimah syahadah sebelum dia pergi,” katanya.
Menurutnya, abangnya itu sebenarnya ketika di rumah berasa berat untuk keluar, namun menukar fikiran selepas diajak rakan-rakan.
Sementara itu, bapa mangsa, Berhanudin Abd Rahman, 51, yang menetap di Padang Sebang, Alor berkata, anaknya memberitahu mahu ke Tampin, sebelum keluar antara 8 dan 9 malam kelmarin.
“Dia yang tinggal bersama keluarga berulang-alik setiap hari dari rumah untuk ke kelas di ILP Bukit Katil.
Kebiasaannya dia akan keluar malam jika keesokan hari cuti atau pada hujung minggu dan balik ke rumah kira-kira satu dan dua pagi,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian. – SH.

Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali

Berkenaan isu terbaru yang melanda sepasang selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, ramai antara peminat dan juga pihak-pihak tertentu yang tertanya-tanya mengenai status pernikahan mereka.Bukan itu saja, malah ada yang mengecam mereka berdua kerana terlalu takut dengan David Teo sehingga merahsiakan perkara baik ini dari pengetahuan umum. Ini berikutan dari isu pernikahan mereka yang telah diadakan dua kali iaitu pada bulan Februari 2012 dan kemudian dibuat lagi sekali setahun kemudian.
Melalui penjelasan Aeril, dia dan Wawa telah sah bernikah pada kali pertama, 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Mereka berdua telah dinikahkan oleh seorang imam yang dibawa dari Sabah berwalikan bapa Wawa sendiri.
Namun, selepas mengetahui bahawa Wawa Zainal telah mengandung pada bulan Januari 2013, mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali mengikut undang-undang negara. Ini kerana mengikut undang-undang, pasangan perlu mendaftarkan perkahwinan di jabatan agama negeri masing-masing.
Video : Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali
Kelmarin, sebuah video penjelasan mengenai hukum nikah sebanyak dua kali oleh Ustaz Azhar Idrus telah dimuat naik ke laman Youtube.
Melalui penjelasannya, UAI memberitahu bahawa asalkan pasangan itu melepasi rukun dan syarat sah nikah, ianya tidak menjadi masalah.
Dan apabila mereka bernikah semula pada kali kedua untuk mendapatkan surat pendaftaran nikah, hukumnya tetap sah. Apa pun, buat anda yang tertanya-tanya, mari saksikan video penjelasan hukum nikah 2 kali oleh Ustaz Azhar Idrus selepas ini.

Kenapa sekarang mengaku tunang saya? – Wawa

BELUM reda isu pengakuan berkahwin, isteri pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal sekali lagi dilanda ‘badai’. Kali ini, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikatakan masih tunangan orang sewaktu bernikah dengan Aeril pada 25 Februari 2012.
Dakwaan tersebut dikeluarkan sendiri oleh individu yang dikenali hanya sebagai Rashid yang mendakwa dirinya sebagai tunangan Wawa itu tersiar dalam sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu.
Kosmo! berjaya menghubungi pelakon yang kini muncul dengan filem Longkai tersebut yang menegaskan ini merupakan kali pertama dia menjawab panggilan telefon pihak media selepas kali terakhir muncul bersama Aeril pada sidang akhbar, Jumaat 11 Oktober lalu.
Wawa tidak menafi atau mengiyakan status dirinya yang dikatakan masih ‘tunang orang ‘ seperti yang didakwa Rashid, namun dia mempunyai sesuatu untuk dijelaskan kepada umum berhubung isu tersebut.
Kosmo!: Benarkah Wawa adalah tunangan seorang guru sekolah bernama Rashid semasa anda bernikah dengan Aeril seperti yang didakwa seorang lelaki pada Ahad lalu?
WAWA: Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa komen berkaitan dengan isu ini kerana saya sendiri juga tidak tahu untuk menjelaskan keadaan kami. Ini kerana perbincangan tersebut (hubungan) berlaku antara ibu bapa saya dan juga ibu bapa pihak lelaki itu.
Saya akui, saya memang mengenali lelaki tersebut, namun kami juga sudah hampir empat tahun tidak berhubung dan saya hairan kenapa baru sekarang dia muncul dan mengaku bahawa dia adalah tunang saya. Atau mungkin dia diminta untuk tampil secara sengaja dan diminta untuk timbulkan isu ini?
Adakah benar dakwaan Rashid bahawa anda pernah menumpang di rumah adik perempuannya semasa anda kali pertama jejakkan kaki di Kuala Lumpur?
Ya, saya mengaku pernah menumpang di rumah adik lelaki tersebut seperti yang didakwa. Saya memang datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010, sebelum saya menjadi artis. Bagaimanapun, sama seperti mana saya tidak berhubung dengan lelaki tersebut, begitu juga dengan adiknya. Kali terakhir saya berhubung dengan lelaki tersebut adalah kira-kira hampir empat tahun lalu dan kini memang telah terputus hubungan.
Beralih kepada soalan berkaitan perkahwinan Wawa dengan Aeril, apakah komen anda tentang kenyataan akhbar Penasihat Agama Johor, Datuk Noh Gadut yang mengatakan bahawa pasangan berkahwin hanya perlu hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan pernikahan mereka (dengan membawa saksi termasuk wali dan bukti mengatakan mereka sudah bernikah) tanpa perlu bernikah kali kedua?
Saya minta maaf, saya tidak arif untuk memberi komen tentang isu ini. Jadi saya kira lebih baik merujuk terus kepada peguam saya, Zulhasmi Zakaria.
Bagaimanakah dengan kehidupan Wawa selepas pendedahan status perkahwinan kalian?
Sejujurnya, saya masih dalam trauma dengan wartawan selepas dihentam dengan teruk sekali pada majlis sidang akhbar pada Jumaat lepas. Bagaimanapun, saya rasa lega dan bahagia kini dengan kehidupan bersama Aeril dan anak kami, Ahmad Fakhruddin Attar.
Adakah Wawa masih dengan keputusan untuk memberi fokus terhadap anak dan akan kembali aktif dalam dunia seni pada satu tempoh yang ditetapkan?
Sebenarnya, saya ada mendapat tawaran berlakon daripada produksi luar (bukan MIG) dan drama daripada stesen televisyen TV3 dan TV9. Namun, seperti yang saya putuskan, saya akan tetap memberi fokus buat anak saya dulu dan merancang menjaganya sendiri sehingga dia berusia empat atau lima bulan sebelum kembali aktif.
Dari mana anda mendapat kekuatan berhadapan dengan kemelut ini?
Secara jujurnya, saya mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah ini daripada anak kami. Cuma, Aeril, buat masa ini, dia masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga tidak keluar rumah kecuali untuk penggambaran. – HAIKAL RAMAN
—-Kosmo.com.my

‘Bang…saya takut mak marah’

BATU PAHAT – “Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.
Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.
Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.
Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.
“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.
“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.
“Operasi ini turut disertai beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas rutin operasi mencegah maksiat di daerah ini, semalam.
Menurut Saiful, walau apa juga alasan diberikan, pemuda dan pasangannya tetap melakukan kesalahan kerana berdua-duaan secara berkurung sehingga menimbulkan syak.
Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997,
“Pasangan ini akan dihadap ke mahkamah selepas siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.
“Operasi ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang makin menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan semenjak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya. ———> Sinar Harian Online

Monday 14 October 2013

Serius : Status yang akan buat anda ingin sepak laju2.


hahahahah terbaik lah.. ^_^

Patut la orang tua tak bagi main dekat pokok pisang waktu senja


Wanita ke Lelaki ??



Patut la orang tua tak bagi main dekat pokok pisang waktu senja 

Kakijub0 Melayu Bangga Kongsi Gambar Di FB


Terbaru, terdapat sepasang gay dengan bangganya mengakui orientasi songsang mereka di laman Facebook.
Gay
Penulis percaya perkara sebegini bukanlah baru terjadi, namun diharapkan budak-budak generasi sekarang cepat-cepat kembali ke pangkal jalan yang benar.
Tidak terlambat rasanya untuk berubah, yang penting tetapkan hati dan segera bertaubat agar kesilapan sama tidak berulang di kemudian hari.
Lagipun tiada faedahnya menjalinkan hubungan sejenis kerana perbuatan itu dilaknat Allah SWT serta Nabi tidak mengaku umat jika mengamalkan cara hidup sebegitu.
Oleh itu insaflah wahai adik-adik semua.

'Takut dengan Tuhan, bukan dengan saya' - David Teo



Kuala Lumpur: “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.

“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.

“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.

“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG David Teo.

David mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.

Harian Metro

Sunday 13 October 2013

Cara Terbaik Mengorat Awek

Panduan cara mengorat awek ini diperturunkan kepada lelaki yang belum mempunyai girlfriend. Mengaku saja lah..ada yang memang fail tahap gaban dalam bab mengorat ni. Bagi yang dah ade ramai makwe, abaikan saja entry ini dan teruskan dengan aktiviti Facebook anda.
Ada banyak sebab kenapa lelaki tak pandai mengorat;
1. Tak belajar – mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat?
2. Pemalu – ini mungkin sifat semula jadi..tak perlu risau semua boleh diperbaiki
3. Takde adik beradik lelaki dalam keluarga – kira takde role model la..kalau tanya bapak mau kena jawab dengan tangan…
4. Kurang bergaul – ini bukan masalah sebenarnya…ramai lelaki (nak2 zaman IT ni) yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun dengan geng2 lelaki je..
5. Malas nak pikir – ramai yang tergolong dalam golongan ni…malas nak pikir pasal perempuan. Buat sesak kepala je…tapi bila tiba masanya, hati kita akan terbuka juga untuk menerima kehadiran perempuan…Nak buat camana ni?
Tip ini adalah berdasarkan pengalaman aku…bukan dari expert, tapi cukuplah sekadar aku nyatakan yang aku tak pernah ada problem dalam area ni…Dan di zaman jahiliyahku dulu, selalu menerima jambangan bunga dan kad ucapan di Hari Valentine..(tak tau sapa yang hantar).
1. Straight to the point – cakap terus terang je
Ini cara paling macho sekali tetapi memerlukan semangat dan perasaan confident yang tinggi. Kalau nampak awek yang ko berkenan, approach dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape dsb. Tapi jangan terlalu banyak tanya nanti dia meluat dan ingat ko nak menggatal pulak. Tanya sikit-sikit je…simpan untuk lain kali bila terjumpa dia…jangan gopoh. Tapi bab meluat ni sebenarnya kadang-kadang boleh jadi suka…mula-mula dia meluat, lelama jadi sayang pulak…banyak dah jumpa kes camni…tengoklah nasib korang camana. Satu peringatan untuk yang guna cara ni, bersedia untuk menerima rejection..kalau dia reject sebab dah berpunya atau sebab dia memang tak suka, terima aje..cinta tak boleh dipaksa..huhuhu..
2. Pakai posmen – antar surat, nota cinta
Cara ini kurang macho berbanding dengan yang pertama tapi amat sesuai untuk yang kurang keyakinan diri. At least kalau kena reject pun, tak lah malu sangat..dan dia tak nampak macamana muka kita berubah bila kena reject.. Seeloknya tulis la sendiri nota tu..yang paling biasa orang buat (aku pun pernah buat gak), ialah dengan menulis seni kata lagu jiwang popular..kat bawah tu buat la nota sket..teknik ni masih diguna pakai hingga sekarang..Kalau tak reti tulis surat cinta, outsource kan lah part ni (suruh orang lain tulis kan). Jangan lah tulis jiwang lelebih nanti awek tu takut plak…untuk permulaan buat sesimple mungkin. Bila dah dapat nanti baru lah sesuaikan ikut personaliti awek tuh..
3. Jadi Joker
Biasanya perempuan suka kepada lelaki yang kelakar so, kalau ko jadi joker ni secara tak langsung akan meningkatkan populariti di kalangan satu-satu kumpulan. Joker ni selalu boleh buat lawak dengan apa sahaja bahan secara spontan. Bila joker approach perempuan yang dia suka, naluri lawak dia akan menolong mengatasi masalah gemuruh dan boleh menceriakan keadaan. Jangan buat lawak melampau, dan warnanya pulak janganlah biru. Lain pulak jadinya nanti. Kalau anda memang tak lawak, cara ini memang tak sesuai langsung.
4. Jadi gentleman – lelaki budiman
Perempuan sangat suka kepada lelaki bersifat gentleman. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip (ala-ala Ali Setan la pulak…). Kalau awek tu yang terjatuh, janganlah gelakkan dia (walaupun dalam hati ketawa) sebaliknya pergi lah tolong apa yang patut. Tunjukkan yang kita care. Sifat-sifat begini boleh memikat hati perempuan..
5. Jadilah diri sendiri
Ini yang paling penting sebenarnya. Jangan cuba berlagak alim, baik, ataupun berpengetahuan sedangkan diri kita sebaliknya. Nanti orang ingat kita poyo pulak. Mana-mana kelemahan, kita perlu perbaiki. Tak guna kita berpura-pura hanya untuk memenangi hati perempuan kerana lambat laut tembelang kita akan diketahui juga. Kalau setakat nak buat hit and run punya relationship mungkin boleh..tapi jika inginkan yang berpanjangan, jadilah diri sendiri. Itulah sebenarnya yang membezakan anda dan orang lain..

‘Tuisyen’ Abang, Sayang Buat Pelacur China & Vietnam

Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.
Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul. Setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

Bagaimana Untuk Mengelak Saman Parking (5 Gambar)


Tempat parking adalah satu keperluan bagi setiap kawasan dan tempat - tempat tumpuan. Jika tempat parking ini tidak disediakan secukupnya, mulalah pihak berkuasa hendak menyaman mereka yang parking tidak pada tempatnya. Baru parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin depan. 




















Cara Pertama:

Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana kereta anda berada di luar kotak parking.


Cara Kedua:

Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.


Cara Ketiga:

Lakukan double parking dengan meletakkan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.


Cara Keempat:

Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman anda kerana kereta anda berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.


Cara Kelima:

Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam.


Cara Keenam:


Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun.

Abdallah Said Al- Bishi…Kisah Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu. Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006. Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.
Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia. Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.
Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang. Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter. Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.
”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.
Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala. Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz. Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.
” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,”  ujarnya.
Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri. Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh. Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.
Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.
Bagi memuluskan tugasnya,  Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala. Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.
Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan. Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati. Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.
Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung
” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

Anak ‘Cuti’ Untuk Selama-Lamanya

“Makcik benar-benar terkejut hingga tertolak tong sampah berhampiran ketika menerima berita kejadian yang menimpa anak daripada rakannya.
“Ketika itu makcik sedang bekerja sebagai tukang sapu di Bandar Kuala Berang,” kata RokiahChe Jusoh, 52.
Rokiah ialah ibu Saharudin Shahar Alam, 35, dari Kampung Pauh, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi semalam, di Kilometer 8 Jalan Tajin-Telemong, di Kuala Akob, membabitkan dua motosikal jenis  EX5 dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menurut Rokiah, sebelum dia ke tempat kerja kira-kira jam 7 pagi, anak sulung daripada sembilan beradik itu sempat menegurnya dan memaklumkan akan beraya ke Kampung Buluh Gading, Manir, memandangkan dia masih bercuti raya dan belum mendapat arahan majikan untuk ke Kemaman.
“Melihat makcik bersiap-siap untuk ke tempat kerja, dia bertanya makcik sama ada makcik sudah mahu pergi kerja dan makcik hanya mengiyakan sahaja.
“Tidak sangka itulah perbualan yang terakhir dan makcik benar-benar terkejut apabila mendapat tahu dia maut dalam kemalangan,” katanya.
Sedia juadah kegemaran anak
Rokiah berkata, anaknya bekerja di bahagian pendawaian di Kemaman dan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.
“Dia masih bercuti dan sedang menunggu arahan majikannya untuk ke Kemaman pada bila-bila masa. Rupa-rupanya dia bercuti untuk selama-lamanya.
“Sebelum kejadian, tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan dan sebagaimana biasa, sempena raya, makcik sediakan juadah kegemarannya iaitu nasi himpit. Apa pun, makcik reda dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Jenazah Allahyarham Saharudin Shahar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pauh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Tajin-Kuala Telemong terlanggar sebuah motosikal di hadapannya dari arah belakang.
“Sebelum kejadian, terdapat sebuah motosikal jenis EX5 ditunggang Mohd Anuar Kassim, 41, dari Kampung Kuala Akob yang berhenti dan menyalakan lampu isyarat membelok ke kanan untuk masuk ke satu lorong.
“Berkemungkinan mangsa tidak perasan dengan isyarat lampu tersebut lalu cuba memotong motosikal berkenaan hingga menyebabkan kemalangan. Mohd Anuar terjatuh ke sebelah kiri jalan, manakala mangsa ke kanan jalan iaitu laluan bertentangan,” katanya.
Terseret sejauh 15 meter
Menurutnya, ketika itu terdapat sebuah kereta jenis Perodua MyVi dari arah Kuala Telemong menghala ke Kampung Tajin dipandu Mukminah Mohd, 29, berasal dari Kampung Baru Tetambah Manir.
“Pemandu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa, yang kemudiannya terseret sejauh kira-kira 15 meter.
“Kereta tersebut terbabas ke dalam parit dan turut merempuh tiang telefon. Mangsa maut di lokasi kejadian, sementara Mohd Anuar pula cedera parah. Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan sentiasa mengawasi jarak kenderaan masing-masing bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terutama sepanjang musim perayaan ini.

Ngeri! Separuh Badan Hancur, Perut Terburai Dihempap Lori Tangki

Seorang lelaki maut dalam keadaan badannya separuh hancur dan perut terburai selepas lori tangki dipandu terjunam dari jejambat di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Nilai, semalam.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, G Perumal, 59, dari Port Dickson maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Seremban selepas menghantar muatan gas petroleum cecair (LPG) ke Balakong, Selangor.
“Siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam dari jejambat.
“Mangsa kemungkinan tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dihempap kepala lori berkenaan dan diseret sejauh beberapa meter,”.