Saturday 7 September 2013

Apabila Banyak Minum Kopi (Video Pendek)



Video menunjukkan dua wanita yang terlebih minum kopi. Akibat terlebih minum kopi mereka merasakan cermin mata yang dipakai oleh salah seorang daripada mereka dapat menembusi baju. Mereka gembira dapat melihaat badan lelaki.

Tetapi sesuatu yang akan mengejutkan mereka akhirnya. Apakah itu?

Tonton di bawah untuk mengetahuinya.

SERIUS CUTE - SENI ROTI BAKAR COMEL DARI JEPUN (15 GAMBAR)


Kawaii rotii

Jepun semua benda harus comel. Dari poster subway hinggalah ke pornografi kesemuanya mempunyai elemen kawaii. Hari ini mari lihat seni roti bakar yang juga berasal dari Jepun. Almost too cute to eat.......


MAKANAN BERTEMAKAN HELLO KITTY (16 GAMBAR)


Dap!

Wah wah comel sungguh makanan bertemakan Hello Kitty ini? Too cute to be eaten. Makanan bertemakan Hello Kitty ini boleh dibeli di Toyoko Department Store yang terletak di Tokyo. Agaknya Hello Kitty Land di Johor sana ada jual tak? Kami tak pernah melawat so kami tak tahu.


TEWATASANAIINU : MASKOT COMEL ANTI JENAYAH POLIS TOKYO (7 GAMBAR)


LOL

Polis Metropolitan Jepun merasakan jenayah semakin meningkat diTokyo. Mereka mendapati kebanyakkan kempen kesedran masyarakat yang berjaya di Jepun menggunakan watak anime yang comel. Jadi merekapun memperlihatkan Tewatasanaiinu, maskot FURRY menentang jenayah mereka minggu lalu. Tewatasanaiinu ialah watak comel separuh manusia separuh anjing berambut hijau. Nama beliau ialah gabungan Tewatasanai (jangan sentuh) dan IInu (anjing). Adakah maskot ini akan membuatkan penjahat berhenti melakukan jenayah kerana kecomelannya? Kalau di Malaysia apakah maskot yang boleh digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menentang jenayah di seluruh negara?

IN B4 "Creepy!"





PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA (18SG)


Permainan yang raree!!

Untuk yang ada lemah semangat, lelah dan takot jangan tengok heheh...^^



VIDEO

SERIUS CUTE - DJ FAHRIA YASMIN : DJ COMEL DARI INDONESIA (16 GAMBAR)


Nora Danish clone?

Ini ialah DJ Fahria Yasmin (25) yang berasal dari Indonesia. Sekilas pandang nampak macam Nora Danish if Nora is sexier that is! Boleh follow di twitter @Dj_Yasmin ataupun instagram menggunakan nama yang sama. Go!

IN B4 "gambar paling last comel dan yizlumik"



Laporan asal Instagram 

DONNALYN BARTOLOME : AWEK GWIYOMI PALING COMEL (14 GAMBAR)

Cute!

Ini ialah Donnalyn Bartolome. Kami jumpa video beliau di Facebookdan ada orang kata beliau awek Subang. Nampak sangat bohong! Donnalyn ialah gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Filipina. Comel...... macam mash up Lisa Surihani dan Irma Hasmie.




JIKA MINIONS ADALAH WATAK - WATAK FILEM LAIN (12 GAMBAR)


Serius

Apakah terjadi jika Minions adalah watak dari filem-filem lain? Cuteness ensued. Even Hitler looks less evil.



Bantal Berbentuk Pastri Yang Comel (9 Gambar)


Noms Noms

Bantal berbentuk empat segi terlalu mainstream. Dapatkan bantal berbentuk pastri, roti bakar dan penkek di bawah. Noms! Satu set lengkap 4 bantal pastri di bawah dijual pada harga Yen 16000 (RM 544) dan boleh dibeli disini.


SUAMI MITHALI BELI 55 00 BAJU UNTUK ISTERI DALAM MASA 56 TAHUN! (11 GAMBAR)


Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California,  beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot.

I find this story crazy sweet. Kami hanya mampu membelikan makanan untuk isteri setiap hari. What a sweet guy Paul Brockman is! Untung isteri!



Ini Ialah Iklan TV Pertama Di Dunia


Ini ialah iklan jam Bulova. Iklan ini ditayangkan pada tahun 1 Julai 1941dan ianya adalah iklan pertama yang ditayangkan di kaca TV. Kos pembikinan iklan pendek ini ialah sekitar USD 9 dollar pada waktu itu ataupun USD 143 (RM 471) sekarang untuk dihasilkan.

Serius LOL - The Fox : Lagu Paling Best Minggu Ini


LOL!

Yvils Brothers adalah pasangan komedi yang terkenal daripada Norway. Ini ialah video muzik mereka yang bertajuk The Fox yang merupakan parodi kepada lagu pop moden sekarang yang mempunyai lirik yang bangang tetapi masih diminati orang ramai. Lagu ini genius!



PELEKAT KERETA YANG PALING SYARIA COMPLIANT


Yeah!

Ini dia sticker kereta yang paling syaria compliant ever. Prasangka baik dengan meletak sticker ini pemilik kereta ini bawa kereta dengan berhemah


NIPPON MOON : KONSEP RODA FERRIS TERBESAR DI DUNIA (7 GAMBAR)


Roda Roda Nippon!

Roda Ferris terbesar di dunia sekarang ialah Singapore Eye dengan ketinggian 165 meter. Tetapi rekod ini mungkin dipecahkan oleh Nippon Moon yang kini di dalam proses penghasilan konsep. Nippon Moon dijangka lebih tinggi dari Taiwan Tower yang dikatakan bakal mempunyai ketinggian 300 meter. Keunikan Nippon Moon ialah ia mempunyai 32 kapsul penumpang dua tingkat. Tambah menarik lagi anda tidak perlu beratur untuk menunggu giliran untuk menaiki Nippon Moon. Apa yang anda perlu lakukan ialah memuat turun aplikasi Nippon Moon kedalam telefon pintar anda dan apabila giliran anda tiba anda akan menerima notifikasi secara terus. Cool idea! 




Serius LOL - Prank Hari Kiamat


SeemsLegit

Looks fake as hell but still cool


JIKA SELEBRITI BERGAMBAR DENGAN DIRI MEREKA DI WAKTU MUDA (10 GAMBAR)


Nice!

10 gambar selebriti terkemuka bergambar dengan diri mereka versi muda. Paling best Keeanu Reeves.


Rogol Anak Tiri: Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun, 10 Kali Sebatan


Bekas anggota kumpulan hip-hop dibawa anggota penguatkuasa ke Penjara Kajang selepas gagal membayar wang jaminan RM80,000.
KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

'Pak Guard' gesel janggut celah peha murid



Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendakwa pengawal keselamatan sekolah meletakkan kepala serta menggeselkan janggut di paha selain memeluknya dalam dua kejadian berasingan pada Ogos lalu.
Ibu kanak-kanak berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainab, 35, berkata, anaknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan kejadian itu kepadanya selain tidak mahu ke sekolah sejak kejadian terbabit.

“Saya bekerja di sekolah tempat anak saya belajar dan Amira akan menunggu saya habis bekerja di pondok pengawal keselamatan berkenaan setiap hari.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana turut mengenali pengawal keselamatan itu. Bagaimanapun, ada guru dan rakan sekerja menasihati berhati-hati selain tidak membenarkan anak saya menunggu di situ,” katanya, semalam.

Menurut Zainab, dia bagaimanapun tidak mengendahkan nasihat itu sebelum terkejut apabila Amira memaklumkan kejadian terbabit kepadanya pada 28 Ogos lalu.

Zainab berkata, sebelum itu, Amira secara tiba-tiba tidak mahu ke sekolah selain menangis.

“Amira memaklumkan seorang pengawal keselamatan lingkungan 50-an meletakkan kepala selain menggesel janggutnya di atas pahanya.

“Bimbang perkara sama berulang, saya melaporkan kejadian di Balai Polis Larkin pada 29 Ogos lalu,” katanya.

Menurut Zainab, selepas dipujuk, Amira akhirnya ke sekolah, tetapi pergerakannya sentiasa dipantau ahli keluarga bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.

Zainab turut berharap pengawal keselamatan terbabit dikenakan tindakan di atas perbuatan tidak bermoral itu demi keselamatan murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Kami sudah merekodkan keterangan individu berkaitan dan setakat ini, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Gambar Wanita Yang Gemar Makan Daging Manusia



Memang Gila!!! wanita ini telah membunuh 30 orang termasuk suaminya lebih kejam lagi daging mereka disimpan dalam peti ais baca info penuh dibawah