Saturday 12 October 2013

10 Sikap Wanita Idaman Para Lelaki

i.

Hiasan
Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatap

1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

5 Sikap Wanita Melalui Bantal

WANITA merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang agak mencabar seseorang lelaki. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka?
1. Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2. Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3. Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tidak suka berusaha.


5. Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur'an

Luarbiasa! Video Lelaki Bisu Sembuh Dengan Ayat Al-Qur’an
Kelebihan ayat Al-Quran dalam menghindar dan merawat pelbagai jenis penyakit sememangnya tidak boleh dipertikaian.
Kitab suci ini merupakan mukjizat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat manusia.
Video yang bakal anda tonton ini merupakan salah satu kaedah rawatan penyakit menggunakan ayat suci Al-Quran oleh seorang yang kami yakin cukup berpengetahuan dalam mengubati pesakit.
Tidak diketahui tarikh atau tempat yang rawatan ini dilakukan, namun anda boleh jadikan ia sebagai iktibar jika ada yang gemar mempersoalkan kebesaran-Nya.
Dalam video ini, seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran.

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Diserbu Ketika Memadu Asmara

TELUK INTAN – Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi, malam kelmarin.
Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.
Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.
“Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.
Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.
“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.
“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. —->Sinar Harian

Remaja Rakam Adegan Cumbu Rakan Sendiri

Sepasang kekasih telah merakamkan aksi cumbu rayu mereka di sebuah taman. Klip mereka kemudiannya dimuat naik ke dalam Youtube hingga menyebabkan mereka menerima kecaman yang hebat dari penonton.

Klip berdurasi hampir 9 minit itu menyaksikan pasangan ini sedang duduk dibawah pokok sambil merakamkan aksi mereka melalui kamera dari telefon bimbit yang diletakkan di hadapan mereka. 

Teman lelakinya dilihat sengaja melakukan rakaman tersebut kerana berdasarkan perlakuannya beliau cuba menyembunyikan wajahnya dengan memakai topi dan juga kerudung bajunya.

Video ini merupakan perlakuan dari remaja negara seberang, Indonesia berdasarkan dari dialek yang dipertuturkan.

Di Malaysia juga terdapat video-video sebegini malah ada juga yang lebih teruk.

Diharapkan ibu bapa tidak sewenang-wenangnya melepaskan anak-anak masing secara bebas membabi buta kerana tidak semua yang ada diluar sana mempunyai akhlak yang baik walaupun dari segi fizikalnya seperti ulama!

Kisah Di sebalik Pegawai JKM ‘Kejam’

KULIM – Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.
Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.
Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, ‘OKU ketuk pintu JKM buat tak tau’, ‘Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM’ malah ada yang menggunakan tajuk, ‘Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga’.
Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya. —–Sinar Harian Online

‘Kaya’ 15 Minit

Ipoh: Empat perompak yang melarikan barang kemas bernilai RM1.8 juta dari sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya, di sini, lolos untuk cuma 15 minit sebelum tiga daripada mereka ditembak mati, semalam.
Selepas melakukan rompakan pada jam 10.50 pagi itu, tiga suspek lelaki ditembak mati berhampiran Pasar raya Mydin Bandar Meru Raya, di sini, manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejurus menerima maklumat kes rompakan itu pihaknya segera menjejaki suspek sebelum mengesan Proton Waja perak dinaiki mereka pada jam 11.05 pagi.
Menurutnya, tindakan pantas polis membolehkan kereta dinaiki suspek disekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Meru Raya tidak jauh Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini.
“Ketika cuba ditahan, kenderaan dinaiki empat suspek itu terus memecut laju dan seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan yang mengenai bonet kenderaan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.-Hmetro

Wanita Dikunci Dengan Mangga, Elak Berlaku Curang

Mexico – Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.
Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.
Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu,.
Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.
Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa.Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.
Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.
“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.
“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya.

Jeritan Sayu Seorang Gadis Meminta Tolong

Melaka: “Saya terdengar jeritan sayu seorang gadis meminta tolong dari dalam kereta yang hampir terputus dua.
“Pilu hati saya apabila gadis yang tersepit dalam kereta itu semakin lemah sebelum tidak bergerak beberapa saat kemudian,” kata pelanggan sebuah kedai makan dikenali sebagai Rohani, 39, di sini, semalam.
Rohani antara orang terawal tiba di lokasi kemalangan ngeri yang mengorbankan seorang pelajar Kolej Universiti Islam Melaka di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin, Balai Panjang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi, Teh Arifah Hanani Mohd Nasri, 20, beralamat di Serendah, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala rakannya yang memandu Perodua Kancil dikenali Mohd Zul Akmal, 19, patah kaki kanan dan tangan kiri.
Kedua-dua mangsa yang parah pada anggota badan tersepit dalam kereta yang remuk dan melekat pada pokok,” katanya. -Hmetro

Orang Makan Orang Di China (GAMBAR)

Sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun menjelang tahun baru, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran. Kerana bagi mereka, daging merupakan makanan mewah yang susah untuk diperolehi.

Sehingga mereka hanya boleh memakannya setiap tahun sekali saja dan hanya pada hari istimewa tersebut. Desa terpencil ini berada di negara China. Walau terpencil, namun setiap pelancong yang ingin ke salah satu tempat pelancongan di china, bakal melewati desa tersebut. Jika ada pelancong perseorangan yang melakukan perjalanan, mereka biasanya akan tumpang menginap di rumah warga desa tersebut.

Jika mereka mendapati pelancong wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut kemudian diikat dan dilarang keluar rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal percuma oleh warga. Sekiranya wanita tersebut masih dara, mereka juga boleh mendekati lelaki lain. Kerana bagi mereka, bahagian sensitif wanita akan lebih wangi berbanding yang bukan virgin. Sehingga harus menjaga mereka supaya tidak ditindas oleh laki-laki lain. 

Ketika menjelang imlek(hari istimewa), wanita tersebut akan dibunuh dan badan dia akan dijadikan daging oleh warga mereka. Wanita yang tadinya diculik oleh warga akan dicuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu di badannya.

Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan.

Desa tersebut mempunyai peraturan, jika lelaki yang mahu berkahwin, mereka mesti berkahwin dengan wanita dari kampung sendiri. Kerana perempuan diluar hanya digunakan untuk dimakan sahaja. Anggapan warga desa tersebut, wanita dari luar hanya boleh dimakan tak boleh dinikahi. Haram bagi mereka.

Wanita ini akan dipotong dan dia hanya mampu menangis tanpa jeritan. Kerana mereka tahu tiada orang yang akan menyelamatkan diri mereka. Wanita tersebut akan dipotong lehernya terdahulu supaya berhenti bernafas.

Wanita yang dipotong tersebut berumur 20-an. Dia rupanya adalah seorang pekerja di bandar. Kerana dia berhenti dari pekerjaannya dan setelah 1/2 tahun masih belum mendapatkan pekerjaan yang sesuai, sehingga dia mengambil keputusan untuk bercuti seketika bagi menikmati hidup dan berakhir dengan kecelakaan begini.

TEKAP MUKA PADA KEMALUAN SYARAT USTAZ BOMOH!


TEKAP MUKA PADA KEMALUAN MERUPAKAN SYARAT PELIK USTAZ BOMOH | KUALA TERENGGANU : Dia menggunakan teknik perubatan pelik dengan meraba, menekap muka pada kemaluan selain mensyaratkan pesakit tidak memakai seluar dalam ketika bertemu sebelum meminta mangsa mencium pipi selepas rawatan selesai.

Walaupun pelik, mangsa yang percaya dengan teknik rawatan itu itu tidak membantah kerana percaya ia amalan perubatannya namun kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang gadis juga pelajar sebuah sekolah menengah di Gong Badak, dekat sini, merasakan dirinya terpedaya dengan perbuatan jijik ‘bomoh miang’ berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun itu sebelum ini mengadu masalah mengenai teman lelakinya yang mengalami gangguan pada sarafnya kepada penceramah motivasi yang bertandang ke sekolahnya.

Kesempatan itu digunakan lelaki digelar ‘ustaz’ berusia 38 tahun itu untuk menghubunginya dan menawarkan diri bertandang ke rumah mangsa, 21 Mei lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, lelaki berkenaan turut meminta mangsa tidak memberitahu kedatangannya kepada sesiapa kerana mendakwa rumahnya didiami jin dan perlu dihalau segera.

“Akibatnya, mangsa diminta menyediakan dua botol air dan tidak memakai seluar dalam sementara menunggu mangsa tiba di rumah mangsa di Gong Badak kira-kira jam 4.30 petang ketika ahli keluarga lain tiada di rumah,” katanya.

Harian Metro difahamkan, sebaik lelaki berkenaan tiba, mangsa terus membuka pintu sebelum suspek meletakkan tangan di dada lalu memeluk, memegang punggung dan meramas buah dada serta mengusap kemaluan gadis berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek menekap mukanya pada kemaluan mangsa sebelum meminta dua botol air disediakan untuk dijampi.

Manoharan berkata, mangsa memberikannya dan lelaki berkenaan membaca sesuatu sebelum dia keluar dari rumah sebaik saja meminta gadis terbabit mencium pipinya.

“Mangsa tidak melawan ketika itu kerana percaya ia syarat perubatan, namun beberapa hari selepas itu dia menceritakan teknik rawatan itu kepada seorang fasilitator dan dimaklumkan perbuatan itu satu penyelewengan dalam perubatan Islam.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dimaklumkan lelaki terbabit sudah ditamatkan perkhidmatan kerana masalah disiplin menyebabkan dia berasa tertipu lalu membuat laporan di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu lalu,” katanya.

Ekoran laporan berkenaan, sepasukan anggota polis menjalankan gerakan memburu dan mangsa serta beberapa kakitangan agensi terbabit memasang jerat meminta bomoh terbabit kembali ke rumahnya untuk berubat kali kedua.

Difahamkan, suspek yang bertandang ke rumah mangsa kira-kira jam 2 pagi kononnya untuk meneruskan ‘rawatan’ ditahan di rumah mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

Friday 11 October 2013

KISAH SEGULUNG IJAZAH....JANGAN LA TERUJA CEPAT SANGAT....!!! HAMBEEKK...!!!


Tau la dah amik segulung ijazah....dah graduate...nak teruja sangat pon jangan la kat atas pentas ni jugak kau nak joget...kan dah HAMBEK HUBAAAAAAATTTT..............!!!!!!!!!!!!!!!


Girl graduation ceremony celebration fail animated gif

Thursday 10 October 2013

Video Parodi Paling Murahan Di Alam Semesta

Anda pasti sudah sedia maklum akan video-video ‘terbitan’ pelakon, Sharifah Sakinah di yang kerap mencetuskan kontroversi murahan di laman Keek, bukan?
Antara yang cukup popular pastinya video ‘spender dan bra merah’nya itu.
Akibatnya, ramai yang mengambil peluang untuk merakamkan video parodi berunsur sinikal bagi menyindir pelakon itu.
Tetapi, dalam banyak-banyak video parodi yang kami temui, rasanya yang inilah paling hebat di alam semesta dan mampu membuatkan sesiapa yang menontonnya ‘muntah hijau’.
Tiada maklumat mengenai si pondan yang membuat parodi ini, namun gayanya memang berganda-ganda melampau daripada Sharifah Sakinah.
Berikut merupakan kata-katanya:
“Hai semua, Fifiyana here. To all my haters, sesiapa yang tak suka saya dalam video tu, pergi mampus. And hari ini saya nak cakap saya tak pakai coli, tak pakai apa-apa, cuma pakai seluar dalam merah je pasal hari ini i rasa kinky sekali! So sesiapa yang tak suka saya kat dalam Facebook ke apa, pergi la mampus, pergi la mati. Go to hell to all of you. Dan saya nak cakap hari ini saya nak buat publisiti murah, publisiti yang paling murah sekali. Pasal saya tak pakai coli..papa jahat.. Go to hell to all my haters!”
Fuh, memang berpeluh jika menonton aksi gediknya itu. Bukan berpeluh suka, tapi berpeluh geli ya.
Kami pun tak mahu komen banyak-banyak, cuma kesimpulannya, inilah video parodi paling murahan di abad ini!
          

Berita Pelajar Kolej Dirogol 13 Warga Asing Tidak Benar


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman rasmi akaun Facebooknya menafikan penyebaran khabar angin yang mendakwa seorang pelajar sebuah kolej telah dirogol oleh 13 orang warga asing di sebuah stesen LRT sehingga menyebabkan kematian.
Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan penyebaran berita palsu itu dibuat oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Berita yang tidak benar tersebut disebarkan secara meluas di laman sosial sejak Rabu malam (9 Oktober 2013) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengatakan seorang pelajar perempuan dari KPTM KL meninggal dunia akibat dirogol oleh 13 orang yang dipercayai warga Bangladesh di LRT Pandan Jaya.


Ekoran penyebaran maklumat palsu secara meluas di internet itu sekali gus telah mencetuskan kekecohan di laman sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

‘Datuk Seri Kasanova’ BOLOS Dari Tahanan, ASP Wanita Ditahan Bantu Siasatan

Polis Pulau Pinang sedang memburu seorang kasanova selepas meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen Georgetown, petang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pada kejadian pukul 2 petang itu suspek, Prabaharan Kesavan, 45, dalam perjalanan pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands pada Selasa lepas.
“Ketika dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring Orang Kena Tuduh (OKT) itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta lelaki itu dibawa ke biliknya dengan alasan untuk soal siasat satu lagi kes ugutan,” katanya.
Beliau berkata pegawai kanan wanita berpangkat ASP itu telah ditahan kerana dipercayai telah membantu OKT itu melarikan diri.
Abdul Rahim berkata wanita itu direman hari ini bagi membantu sisatan mengikut Seksyen Seksyen 223, Seksyen 224 dan 225 Kanun Keseksaan kerana cuai menjalankan tugas.
Katanya suspek yang mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari lepas kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai ‘Datuk Seri’ dan doktor.
Abdul Rahim berkata suspek dengan ketinggian 165 sentimeter, mempunyai berat badan 50kg serta berambut pendek dilihat pada kali terakhir memakai baju-T berkolar bulat warna ungu dan seluar pendek warna coklat.
Beliau berkata polis yakin lelaki yang beralamat terakhir di nombor 26 Taman Mas Ipoh, Perak masih berada di Pulau Pinang dan Ops Tutup melibatkan seluruh laluan keluar masuk ke negeri ini telah dilaksanakan bagi mengesan suspek.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan.

(VIDEO) British Airways Siasat Pramugari Beraksi Lucah

Sebuah rakaman video berdurasi 8 minit memaparkan dua wanita seksi beraksi ghairah dalam persalinan uniform British Airlines tiba-tiba mendapat perhatian ramai di laman maya sejak akhir-akhir ini.
Meskipun telah muncul di laman youtube sejak Julai 2012, baru sekarang video ini menjadi isu apabila ia kembali dinaikkan oleh penonton di laman berkenaan.
Dalam video tersebut, seorang pramugari kononnya membantu seorang lagi pramugari mencuci uniform dan mandi di dalam tab.
The Sun melaporkan, video ini dipercayai dirakam di bilik hotel tempat pramugari menginap sementara menunggu penerbangan berikutnya.
Ekoran hangat diperkatakan, British Airlines turut merasa tempiasnya apabila ia dikaitkan dengan moto syarikat mereka iaitu ‘to fly, to serve’.
Syarikat penerbangan itu bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kakitangan atau pramugari mereka terlibat setelah disiasat.
Pun begitu, mereka mengakui siasatan lanjut masih diteruskan.

Teguran Seorang Ustaz Kepada Isteri Mat Yo

norshahrul
Pendakwah bebas Tuan Asmawi Tuan Umar menegur kelakuan Siti Aisya Adam, isteri kepada pemain bolasepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki seorang pengawal keselamatan 12 September lalu.
asmawi-300x300
Dalam satu post di laman Facebook Tuan Asmawi Tuan Umar, beliau mengakui kasihan dan menyayat hati bila pengawal keselamatan itu Azman Mohd Nayan dimaki hamun oleh isteri Mat Yo dengan pelbagai kata cacian.
“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.
“Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.
tuan-asmawi
Tuan Asmawi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata tetapi tidak di pandangan Allah.
“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.
Baru-baru ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.
Video selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’
Kami kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya.

TERGEMPAR: GAMBAR MASWINGS TERHEMPAS DI KUDAT SABAH


GAMBAR KAPAL TERBANG MASWINGS TERHEMPAS DI KUDAT SABAH | KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.




Kejadian berlaku lebih kurang pada  2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. 

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.








Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

images
Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru. Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja.
Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.

Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Subhanallah! Dari Kolam Renang Ke Masjid (24 Foto)



jamemasjid
Birmingham England dan melihat Masjid Green Lane. Masjid ini pada asalnya adalah sebuah perpustakaan dan rumah mandian awam (bath house) yang dibuka pada tahun 1902. Sekitar 1970an ianya diambil alih oleh komuniti islam dan diubah menjadi sebuah masjid. Kolam renang disimen dan ruang yang terhasil diubah menjadi ruang solat. Kini Masjid Green Lane menjadi pusat pengajian Islam, pusat khidmat komuniti dan juga rumah mayat untuk pengurusan jenazah umat Islam di Birmingham. Hanya bahagian dalaman masjid ini boleh diubah suai kerana bangunan dari era Victorian ini tersenarai sebagai sebuah banguan bersejarah.

Bunuh Diri Live


Bunuh Diri Live

BODOH : Perempuan Ini Paling Bangang Abadi


Masih sekolah mungkin, pakai tudung dan update status di Fb.. Ini lah status paling bangang dan memalukan.. terserlah kebodohan disitu

168807_601330656562318_1943444932_n