Saturday 21 September 2013

KEJAM!! Anak Berusia 4 Tahun Mati Kelaparan, Mayat Dibiarkan Dalam Rumah Sampai Reput..




LONDON – Seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan sanggup membiarkan anaknya yang berusia empat tahun mati kelaparan dan menyembunyikan rangka berkenaan dalam rumah selama dua tahun.

Dalam tempoh dua tahun itu, dia terus memungut wang kebajikan atas nama kanak-kanak itu iaitu Hamzah Khan.

Wanita tersebut, Amanda Hutton, 43, juga membiarkan rangka Hamzah di atas katil bayi dengan anak patung beruangnya.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kekurangan makanan.

Malah bedah siasat yang dijalankan mendapati pembesarannya juga terbantut dan dia masih memakai baju bayi berusia enam hingga sembilan bulan ketika mayatnya ditemui.

Selepas beberapa jam Hamzah meninggal dunia, wanita tidak berhati perut itu memesan pizza.

Perkara berkenaan didedahkan dalam kes perbicaraan ke atas Amanda yang didakwa membunuh anaknya sendiri di Mahkamah Bradford.

Ketika membentangkan kesnya, pendakwaraya Paul Greaney memberitahu mahkamah bahawa Hamzah meninggal dunia pada 15 Disember 2009 dan mayatnya ditemui pada 21 September 2011.

Mayat itu ditemui selepas dua anggota PCSO melawat rumah mangsa di Crofton Road, Bradford, bagi menyiasat dakwaan mengenai penemuan lampin pakai buang di kawasan kejiranan berkenaan.

Menurut Greaney, keadaan di rumah berkenaan juga amat teruk dan dipenuhi dengan sampah sarap, najis serta lalat.

“Pendakwaan kes ini adalah mudah. Amanda Hutton gagal memberi makanan berkhasiat kepada anaknya hingga menyebabkan budak berkenaan jatuh sakit. Ia juga menunjukkan dia membunuh Hamzah.

“Pembesaran Hamzah telah terbantut dan dia juga meninggal dunia akibat kebuluran,’’ katanya.

Beliau juga memberitahu, Hamza sering dikurung dalam bilik oleh ibunya yang juga seorang pemabuk dan penagih dadah.

Perbicaraan kes itu bersambung.

AMBIL TAHU! BAHAYA MENGGUNAKAN POWER BANK MURAH & TIDAK BERKUALITI


powerbank
Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama. Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik. Kebayakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer‘ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion‘.
Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.
Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45 darjah Celcius ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85 darjah Celcius tanpa sebarang masalah.
Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.
powerbank

Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.
Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.
Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.
Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.
Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.
Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.
Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 4 = 12,000mAh.
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.
Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :
3000mAh x 6 = 18000mAh
Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.
Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula.
powerbank

Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.
powerbank

Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut. Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.
Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.
powerbank

Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.
Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda.
Siapa kat sini ada pengalaman buruk dengan powerbank? Kongsilah di bahagian komen ya..

KEJAM..!!.2 WANITA DI HUKUM TEMBAK DI KEPALA DI CHINA



China memang termasuk salah satu negara yang paling berani menjalankan hukuk secara konsekwen. Yang paling terkenal adalah hukum gantung yang dikenakan kepada para koruptor di negara tersebut. Di awal kemerdekaanya terjadi kes rasuah secara besar – besaran, dan 10 koruptor terbesar di negara itu di hukum gantung di depan umum dan tanpa di sidangkan. Dan itu cukup membuat kesan jera kepada semua barisan kerajaan, sehingga menurunkan kes rasuah di cina sebanyak 5%, banyak negara-negara anggota PBB, khususnya Amerika Syarikat yang menentang hukuman yang di lakukan oleh China, dengan alasan “PELANGGARAN HAM”, tetapi China tetap tidak bergerak, China merasa mempunyai martabat, dan harga diri, dan itu semua di lakukan semata mata untuk rakyatnya. Apa gunanya menyelamatkan seorang koruptor sementara masih ada ratusan juta rakkyatnya yang menderita kerana wangnya di curi oleh sang koruptor.Semoga Malaysia berani melakukan hal seperti ini.
Tidak hanya bagi koruptor, negeri tirai buluh ini melakukan hukuman mati dan di lakukan di depan umum. Seperti gambar-gambar di bawah ini, tidak tahu dua orang ini tersangkut oleh masalah apa, dua orang perempuan di eksekusi dengan cara di tembak di kepalanya, gambar ini boleh Sampeyan lihat kerana peristiwa ini dilakukan di depan awam sehingga dapat di abadikan oleh wartawan dan akhirnya boleh kita lihat. Oiya … Saya juga pernah mencatat tentang detik-detik terakhir perempuan China menjelang di eksekusi mati, Sampeyan boleh melihatnya kembali dalam posting berjudul 12 Jam Menjelang Hukuman Mati Terpidana Dadah atau KLIK DISINI.
Berikut ini foto-fotonya.



TUN DR MAHATHIR BAKAL BERLAKON FILEM



Tun Dr Mahathir Bakal Berlakon Filem.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dijangka bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik berjudul ‘Kapsul’ arahan Martias Mohd Ali.
Usaha mendapatkan Tun M masih dalam perbincangan antara pihak penerbit iaitu Two Tones Sdn. Bhd. bersama beliau.
Filem yang dijangka menjalani penggambaran pada Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.
Lebih menarik, Faizal Hussien sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan internet, Irfan Khairi.

GAMBAR SEKSI PERUT YASMIN HANI SEDANG HAMIL DIKRITIK



Hangat pagi ini apabila seorang lagi selebriti tanah air menjadi mangsa kritikan peminat. Yasmin Hani menjadi mangsa terbaru kritikan pedas daripada para peminat selepas beliau memuat naik gambar seksi perut nya yang sedang hamil.
Difahamkan, gambar tersebut merupakan ‘maternity shoot’ Yasmin Hani sebagai tanda gembiranya bakal melahirkan anak hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.
Walaubagaimanapun gambar yang diambil tersebut tidak sesuai dengan norma masyarakat kita di negara ini selain ianya bercanggahan dengan agama dan budaya rakyat Malaysia.
Jadi ramai peminat yang prihatin memberikan komen dan kritikan pada gambar beliau di akaun Instagramnya. Berikut merupakan beberapa gambar yang menjadi topik hangat baru-baru ini:
yasmin hani
Oh wait, adakah…. Yasmin Hani tindik pusat? Fuuuu
yasmin hani

PEREMPUAN BERBAJU KURUNG CENDERUNG MENJADI MANGSA ROGOL



Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.
Menurutnya, pakaian itu juga boleh dijadikan peralatan untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja. Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.
Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.
“Klip rambut, beg tangan, kerongsang boleh digunakan penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.
Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.
“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.
“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

INFO : Dari Seorang Pengemis Jalanan, Sekarang Artis Kecil Terkenal


TEGAR Seorang Pengemis Jalanan, Dulu Ditendang Sekarang Artis Kecil Terkenal




TEGAR Seorang Pengemis Jalanan, Dulu Ditendang Sekarang Artis Kecil Terkenal



Profil  dan Biodata Lengkap Tegar Pengamen Cilik dari Subang



NAMA LENGKAP :TEGAR SEPTIAN

NAMA PANGGILAN :TEGAR
KOTA KELAHIRAN : PEMALANG
TANGGAL LAHIR : 19 SEPTEMBER 2001
ANAK KE- : 1 DARI 4 BERSAUDARA
KELAS : 3 MADRASAH
SEKOLAH :YAYASAN AS SALAFI
 


Kisah Perjalanan Hidup Tegar sampai menjadi Terkenal


Profil Tegar pengamen cilik dari subang, Tegar, namanya kian popular akhir-akhir ini. memang harus di akui, siapapun yang mendengarkan suara emasnya akan kagum dan memujinya. Memang dulunya dia adalah seorang pengamen jalanan, tetapi setelah ada seseorang yang mengabadikan suara emas tegar saat mengemen kemudian menguploadnya di youtube, video yang di unggahpun mendadak terkenal begitu juga dengan sang penyanyi tersebut.

Tegar hanyalah pengamen cilik yang hidup serba kekurangan. Keluarganya yang sedianya mendukung semua cita-cita Tegar, terhalang kondisi ekonomi yang cenderung pas-pasan. Seusai mengamen, Tegar berlabuh pada sebuah rumah petak berukuran sekitar 4x6 meter. Di rumah itu,Tegar hidup bersama kedua orang tua dan tiga orang adiknya yang masih kecil-kecil. Ibunya adalah seorang pengamen di kereta api di kawasan Stasiun Pegaden, sedangkan bapak tirinya hanyalah seorang buruh lepas. Hidup dengan serba keterbatasan, Tegar tetap komitmen dalam menyanyi dan menari. Semua dia pelajari secara autodidak. ”Saya sudah belajar menyanyi dari usia empat tahun,”kata Tegar yang mulai menjadi pengamen pada usia tujuh tahun itu.

Tegar tidak tahu seperti apa tangga nada, atau bahkan notasi yang biasa dia nyanyikan. Tapi, insting seni dalam menyanyi dan bermain musik membuat dia mampu bernyanyi. Menurut Tegar, bakatnya dalam menyanyi bisa jadi diturunkan dari sang ibu yang tak lain mantan sinden pada zamannya dulu. ”Ibu saya dulu seorang sinden. Mungkin bakat itu turun dari ibu saya,” ucapnya. Meski begitu,Tegar mengaku sangat jarang diajari menyanyi oleh ibunya.Tapi bagi dia, warisan seni yang tertanam dalam diri sangatlah cukup untuk bekal kelak. Buktinya pada usianya yang belum mencapai 11 tahun,Tegar telah menciptakan beberapa lagu.

Satu buah lagu di antaranya berjudul "Temanku Ini Mabok Cinta", sebuah lagu yang agak berbau dewasa, namun cukup friendly untuk seukuran pengamen jalanan di Subang. Lagu ini juga yang membuat Tegar cukup dikenal masyarakat Indonesia. Penampilannya yang di-upload di Youtube dengan keynote ”Tegar Si Pengamen Subang” telah disaksikan lebih dari 13.000 viewer pada akhir pekan kemarin. Rekor tertinggi terjadi pada minggu lalu, dari 8.000 viewer melonjak menjadi 13.000 dalam waktu sekitar empat hari. Alfas Hermansyah, lelaki yang pertama kali mengikutkan Tegar pada kompetisi XL, optimistis atas masa depan bocah cilik ini. Suaranya yang merdu dan kemampuannya membuat lagu menjadi modal penting bagi dia meniti masa depan. ”Hidup di jalanan dari usia tujuh sampai 11 tahun cukup membuat dia memiliki mental kuat,” ungkap dia. Saat ini, Alfas sedang berusaha membuat album kompilasi yang berisi lagulagu ciptaan Tegar dan lagu publik tanpa hak paten. Album tersebut akan dikomersialkan untuk keperluan pendidikan Tegar dan menopang ekonomi keluarganya.

Setelah kemunculan video di youtube, akhirnya ada pihak yang mengangkat tegar dan sekarang, tegar yang dulu seorang pengamen bisa menjadi seorang artis terkenal. Siapa yang menyangka, kehadirannya di ranah hiburan indonesia akan sedemikian bersinar. Artis papan atas pun juga sudah yang banyak berduet dengan tegar. Beberapa waktu yang lalu, tegar sempat duet dengan NOAH, Setia band, delima dsb. Inilah kisah perjalanan hidup seorang yang bukan siapa-siapa menjadi orang terkenal dan sekarang menjadi siapa?. Sekali lagi, Orang terkenal atau artis yang lahir dari youtube. Meskipun terkenal karena video di youtube, Tegar bukanlah artis youtube yang hanya terkenal sesaat karena tegar memang memiliki nilai jual yang tinggi. Mungkin ini akan berbeda dengan orang terkenal karena youtube sebelumnya. Tegar memang memiliki bakat seni dan memang siap untuk bertarung di ranah hiburan tanah air.

Tegar lahir di subang jawa barat, dan besar disana. Keluarga tegar adalah keluarga yang kurang mampu, sehingga tegarpun menjadi seorang pengamen mengikuti jejak ibunya. Ibunya tegar juga seorang pengamen yang mengamen di kereta. Soal nada, jelas tegar kurang begitu tau, dia cuma mungkin pertama kali menyanyi ikut orang-orang. Tapi siapa yang menyangka, seorang pengamen cilik yang lahir di keluarga tak mampu ini kini menjadi seorang bintang.










p/s :  From Nobody To Somebody


Video: ‘Drop Test’ iPhone 5S dan 5C


iphone5s-iphone-5c-iphone-5-comparison_0
iPhone 5S dan 5C baru sahaja mula dijual hari ini dan ramai yang tertunggu-tunggu video ‘drop test’ kedua-dua iPhone ini. Setiap kali iPhone baru dikeluarkan, pasti ada video seperti ini ditunjukkan untuk melihat ketahanan iPhone tersebut.
Drop test iPhone 5 tahun lepas menunjukkan ketahanan yang hebat kerana ianya tidak rosak apabila dijatuhkan berkali-kali, diletakkan di dalam ais dan dicelup di dalam air.
Hari ini, pihak Android Authority melakukan drop test untuk kedua-dua model baru iPhone 5S dan 5C. Adakah iPhone 5S tahan lasak seperti iPhone 5 sebelum ini dan mampukah plastik polikarbonat iPhone 5C bertahan apabila dijatuhkan berkali-kali?
Lihat video drop test tersebut di bawah.

VIDEO: Jom Tinjau Lokasi Di Mana Suspek Bakar Kekasih Bersembunyi


Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.
Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.
Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.
Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Apakata kita tinjau lokasi di mana suspek tersembunyi bersembunyi…

Suspek bakar teman wanita ditahan



SHAH ALAM – Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.’
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.
“Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.
“Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.
Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.

Wanita ditahan bersama 129 paket kondom



  • Wanita ditahan bersama 129 paket kondom
  • Wanita yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin, yang disyaki terlibat dalam perlakuan tidak bermoral.

KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.
Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.
Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu.  Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.
Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.
“Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.
“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.
Katanya, serbuan di hotel bajet berkenaan adalah sempena Op Cantas Khas (Op Cantas) di daerah ini.
“Serbuan dibuat, selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kita masih lagi menjalankan siasatan mencari jika terdapat lagi wanita muda menjadi pelacur di daerah ini serta kemungkinan wujud sindiket pelacuran,” katanya.
Azham berkata, dalam perkembangan ops terbabit di Kota Bharu, seramai 5,125 orang dan 2,234 kenderaan diperiksa, manakala 108 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah sejak ops terbabit dijalankan di daerah ini pada 18 Ogos lalu sehingga kelmarin.

Elfira Loy Berlumuran Darah, Kereta Masuk Sungai.



Pelakon remaja berbakat besar, Elfira Loy berkongsi gambar dengan wajahnya yang berlumuran darah setelah kereta yang dipandunya terjun ke sungai.
Elfira Loy Berlumuran Darah,Kereta Masuk Sungai

Wah! Memang ngeri wajahnya.Namun itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku kerana ianya adalah salah satu adegan dalam filem terbaru beliau. (Mengenai filem atau drama, kami masih kurang pasti)

Nyata kehebatan jurusoleknya berjaya ‘menconteng’ wajah jelita pelakon ini hingga benar-benar seperti baru lepas kemalangan.


17 Nyaris Maut Bas Jatuh Gaung Lagi.


SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

17 nyaris maut bas jatuh gaung

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil.

“Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera.

Katanya, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya.

-Sinar Harian Online

FILEM VIKINGDOM KRU DIKRITIK HEBAT


ISU FILEM VIKINGDOM KRU DIKRITIK HEBAT | Pembikin filem tempatan, KRU Studio mendapat maklum balas negatif setelah membelanjakan jutaan ringgit ke atas Vikingdom untuk mendapat perhatian antarabangsa dan memasuki Hollywood.



Malah, pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian menyifatkan kandungan cerita itu menghina dan menyongsang cerita asal mitos berkenaan.

Lebih buruk lagi, Karl EH Seigfried, pengajar Universiti Loyola di Chicago menyamakan karya Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim itu dengan Innocence of Muslims yang dikritik seluruh dunia kerana menghina Islam.


“Video itu (Innocence of Muslimm) memutar mesej yang dibawa Nabi Muhammad dan menghina masyarakat Islam seluruh dunia.

“Begitu juga filem tersebut (Vikingdom) telah menukar dan menyongsang peranan Thor,” katanya menerusi surat terbuka kepada KRU studio di Facebook.

“Saya berharap anda tidak menghina dan mengembalikan memori ramai pengikut yang telah diseksa dan dibunuh kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan lama.”

Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia.

KRU Studio sebaliknya didakwa memaparkan dewa Viking itu sebagai penakluk.

“Saya faham bahawa ia semata-mata fantasi dan aksi pengembaraan, disasarkan untuk pasaran yang besar.

Bagaimanapun, budaya pop boleh memberikan kenyataan yang serius juga. Apa kenyataan yang mahu kamu buat dengan filem ini? soalnya.

Filem Vikingdom dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Dominic Purcell dan mula ditayangkan mulai 12 September lalu.

P/s : Korang percaya tak, ramai penonton keluar awal dari pawagam kerana kecewa dengan filem yang indah khabar dari rupa ini?

The "Dark Truth" Behind E-Cigarettes


Benarkah Bahaya?

Kerap kita dengar kebelakangan ini shisha dan rokok elektronik adalah bahaya untuk kesihatan. Kami tak pasti tentang shisha tapi di bawah ialah beberapa fakta tentang e-cig. Memang bahaya ke?



Ashraf Muslim & Noor Dayana Berbulan Madu Di Sabah


Ini Ashraf Muslim yo! Ketika orang ramai menumpang gembira atas berita kehamilam isteri kedua beliau, nampaknya pelakon ini tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab untuk membuatkan hati isteri pertamanya gembira.
Bantal ilmu ingin kongsikan beberapa keping gambar Ashraf Muslim bersama isteri pertamanya, Noor Dayana yang di’lihat sedang gembira menikmati masa berdua mereka di Pulau Pom Pom, Sabah baru baru ini.
Noor Dayana turut menulis kata kata positif di laman Facebook beliau menunjukkan dirinya sudah redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk mengahwini Wan Sakinah.
“Alhamdulillah. Thank you Allah for the rezeki and time given for us spending our time together — Subhanallah, the underwater live is so amazing, learning new experiences throughout the journey. Back to reality, face every dugaan dengan tabah dan sabar. Allah is always there. He knows the best insyaAllah. Our never ending honeymoon trip”
Berikut beberapa keping gambar sekitar percutian Ashraf Muslim & Noor Dayana di Sabah baru baru ini. Semoga kebahagiaan mereka berdua kekal & harmoni hendaknya. Enjoice!



Aril AF Akui Kecewa Lagu Baru Tidak Banyak Diterima Stesen Radio Lain



Penyanyi yang mulai popular menerusi lagu Menatap MatamuAril (AF7) atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 28 tahun mengakui agak kecewa lagu barunya tidak dimainkan di stesen radio swasta yang lain.
Akui Aril yang kini sudah tiga bulan menjalankan tugas sebagai juruhebah radio Era FM yang keudara setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 12 malam dia berasakan artis sepertinya patut diberi peluang.
Di sebalik kekecewaan itu ujar Aril yang kini tampil duet buat kali kedua bersama penyanyi yang berasal dari Indonesia, Terry atau nama sebenar Terryana Fatiah, 29 tahun apabila lagunya dapat dimainkan di Era FM ianya adalah satu bonus untuk dirinya.
“Sejujurnya saya kecewa lagu baru saya tidak dimainkan apatah lagi setelah beberapa tahun tidak keluarkan single sendiri. Terima kasih diucapkan kerana kini saya bekerja bersama mereka (Era FM) secara tidak langsung boleh gunakan medium tersebut untuk mempromosi lagu baru”
Lagu Tulus yang kini sudahpun dimainkan di Indonesia dan mendapat sambutan dari pendengar lagu bergenre balada merupakan duet kedua Aril selepas lagu Kau & Aku bersama Mila Jirin sebelum ini yang mana Aril telah dipilih sendiri oleh Terry kerana suara Aril yang lebih menyerlah berbanding tiga pilihan lain.
“Selepas mendengar suara Aril saya dapat merasakan emosinya sampai dan jangkaan saya apabila kami berduet amat tepat, dia membawakan lagu itu penuh emosi,” ujar Terry yang di temui di Ben’s Publika, semalam.
Di dalam perkembangan lain, album penuh Aril AF7 dijangka bakal dipasarkan pada penghujung tahun depan dan kini masih lagi di dalam proses pembikinan.

Sham Kamikaze Kini Bahagia Dengan Isteri Baru, Bakal Timang Anak



Okay. Bukanlah isteri baru kerana mereka sudah bernikah sejak Sham Kamikaze masih bersama dengan isterinya yang terdahulu sebelum berpisah secara sah pada September 2012 yang lalu.
Menariknya ketika khabar mengatakan beliau sudah berkahwin lain, Sham Kamikaze menafikan perkara ini selain melahirkan rasa kecewa kerana dirinya masih dilanda gossip sebegitu walaupun sudah tidak terlibat dengan dunia hiburan.
Apa pun, itu semua cerita lama. Setahun sudah berlalu dan mereka di forum Cari ada kongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan Sham Kamikaze kini sedang berbahagia dengan isteri dan juga keluarga barunya.
Khabarnya juga, pasangan ini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka yang di’jangka tidak lama lagi. Tahniah buat Sham Kamikaze & Nurul Halimin sekeluarga atas berita ini. Jika anda peduli, berikut beberapa keping gambar terbaru mereka.

Majlis Malam Berinai Fouziah Gous Dan Md Zhafran



Ketika ini sedang berlangsung satu majlis malam berinai untuk bakal pasangan pengantin baru Fouziah Gous & Md Zhafran yang berlangsung di kediaman bakal pengantin perempuan.
Fouziah Gous memaklumkan yang majlis malam berinai mereka bertemakan Pakistan kerana beliau mempunyai darah kacukan dari sana selain pernikahan malam esok juga akan gunakan tema yang sama — kesinambungan katanya.
Fouziah Gous dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September 2013 di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8.00 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis menyambut menantu akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran yang dirakam serta dikongsi secara langsung oleh CST Production. Enjoice!

Friday 20 September 2013

Cara Extrem Tangkap Ular Sawa Guna Umpan Kaki



Dalam sebuah video yang dimuat naik di Youtube kelihatan beberapa lelaki yang tengah cuba menangkap ular sawa. Salah satu dari orang tersebut menjadikan kakinya sebagai umpan. Sebelum lelaki itu memasukam kakinya ke dalam lubang persembunyian ular sawa, ia menyapu kakinya dengan sesuatu dan membungkus dengan kain.


lihat video dibawah