Assalamualaikum semua
Pengguna pengguna SALAMFONE terputus hubungan dgn semua orang . Lagi 3 hari umat islam akan merayakan aidilfitri yg mulia ini , tatkala perayaan ini perhubungan antara kita melalui telefon menjadi lebih sibuk , segala sms , panggilan dan komunikasi nak balik kampung , bila sampai , ucapan , kecemasan jika kemalangan tidak boleh digunakan oleh pelanggan pelanggan SALAMFONE .. saya beranggapan kemelut antara kedua dua syarikat ini amat amat menganiaya dan menghina pengguna pengguna ISLAM danMELAYU secara khususnya .
Ye betul masing masing ada kepentingan masing masing dari segi kontrak dan jumlah pelaburan yg telah dilaburkan . Betul semua ini harus melalui proses rundingan yg saya lihat hanya lebih mementingkan nasib konglomerat ini . SALAMFONE dan BARAKA telah melabur berpuluh juta didlam usaha sama ini , MAXIS pula mesti ada pelaburan yg tertentu .
Kesemua runding cara antara mereka jelas tidak memikirkan nasib pengguna pengguna talian SALAMFONE yg 99.99% adalah Melayu dan ISLAM . Dan amat jelas SALAMFONE yg diterajui oleh orang bukan ISLAM dan MAXIS tidak sensitif terhadap isu ini . Baru baru ini saya melihat isu video anjing yg diwar warkan sebagai menghina umat islam menjadi isu besar , dan mendapat respon dari pihak kerajaan di akhbar akhbar utama . Saya telah mencuba menarik perhatian kerajaan sebaik mungkin tetapi hanya mendapat jawapanSalamfone dan Maxis perlu menyelesaikan segala masaalah mereka dgn baik .
Itu je jawapan dia , bagaimana nasib pengguna pengguna SALAMFONE NI .. DAH 9 HARI TAK BOLEH PAKAI TALIAN TELEFON MEREKA , DAH NAK RAYA DAH NI , MASIH TAK NAK AMBIL APA APA TINDAKAN KE ?
Baru saya teringat , pada awal tahun ini MAXIS mengumumkan kontrak utk berpindah dari talian mereka ialah 90 hari selepas pendaftaran ke perkhidmatan mereka . Kami melihat pekara ini ada grey area dari segi akta yg dikeluarkan pihak kerajaan yg kurang jelas .MAXIS telah merancang ini lebih awal ... ( mungkin saya salah tetapi ini adalah anggapan saya ) .Bagaimana MAXIS hendak mengurangkan kerugian mereka dari perjanjian ini ? Semua pelanggan SALAMFONE harus menjadi milik mereka . Dan selepas itu PelangganSALAMFONE akan stuck kat maxis selama 3 bulan , dan segala revenue yg berlaku akan menolong MAXIS mengurangkan kerugian mereka , Tetapi utk berjaya didalam exercise iniSALAMFONE Harus bersetuju dgn tawaran ini .
Bagi pihak SALAMFONE pula mereka beranggapan bahawa adalah tidak adil utk MAXISmengambil pelanggan mereka kerana ini adalah harta mereka dan mereka akan cuba habis habisan utk menghalang proses ini . INI PANDANGAN SAYA , Jika SALAMFONE mahu menyelamatkan harta mereka , mereka perlu mempunyai ACTION PLAN yg lebih awal utk mengelakkan pekara ini berlaku in the first place .Bukan dengan pergi HOLIDAY KE JEPUNdan DIRECTOR lagi sorang tu on leave pada hari jumaat dan ISNIN . Nampak nyaSALAMFONE ( Owner dan Director .. syiah dgn bukan islam ) mahu menggunakan sentimen simpati utk syarikat yg berprinsipkan talian syariah dimata masyarakat sebagai last attempt mereka dan mungkin CELCOM akan membantu .
Kami sebagai pengedar terbesar utk Talian SALAMFONE daripada hari rabu minggu lepas telah mengedarkan lebih dari 25 ribu simcard percuma kepada semua pelanggan pelangganSALAMFONE sebagai emergency plan kami , tetapi ianya mengambil proses yg amat rumit . Buat masa ini kami dah berjaya menolong sekitar 2k pelanggan utk bertukar kpd talian XOXkerana mendapat sokongan dari mereka dgn membekal kan sim percuma dan menganti baki kredit yg tinggal serta tempoh validity yg panjang iaitu 28 bulan tanpa kontrak yg merapu sebagai langkah emergency kami , selepas itu mereka bebas utk membuat pilihan .
Saya memberi cadangan ini kepada SALAMFONE tetapi mereka tidak bersetuju . Jelas mereka tidak menghiraukan masaalah pelanggan mereka , apa yg penting mereka dapat melindungi harta mereka melalui jalan undang undang . Saya akui proses ini harus dilakukan oleh dua dua pihak tetapi dgn menyekat talian pengguna di bulan RAMADHAN dan HAMPIRmenyambut SYAWAL ini jelas menghina pengguna pengguna majoriti ISLAM ini .
Kami di ONE TELCO .. pengedar bagi talian SALAMFONE berhempas pulas utk menolong pelanggan pelanggan kami . 24 jam dealer dealer kami bekerja menjelang SYAWAL ini supaya kami tidak kena maki dgn pelanggan pelanggan kami sebagai tanggungjawab sosial yg sepatutnya diambil oleh SYARIKAT SALAMFONE . Saya dan team ONE TELCO telah menyeru semua dealer dealer kami dan mengatakan kpd mereka inilah jihad kita , inilah langkah kita , ini lah yg sepatutnya dilakukan jika kita berpegang kpd prinsip syariah dimana keutamaan pelanggan mengatasi segala kemelut wang dan ringgit .Dan alhamdulillah kami di ONE mendapat sokongan yg padu dari semua dealer dealer kami . TERIMA KASIH SEMUA .
Sehingga hari sabtu iaitu semalam ..3hb august .. kami telah berjaya membuat MNP atau lebih jelas pemindahan ke telco lain dan mengekalkan no lama pelanggan sekitar 2 k .. tetapi malangnya Talian yg berjaya dipindahkan mengalami gangguan . Semua panggilan incoming dan outgoing kepada MAXIS tidak berjaya . Memang dalam rules SKMM proses MNP ini harus berjaya dialam masa 5 hari bekerja tetapi saya melihat pekara ini sebagai cubaanMAXIS utk mengambil pelanggan pelanggan SALAMFONE .
Bagi saya , Pandangan SAYA yg jahil tentang rules and regulation yg ada didalam proses ini jelas telah menghiraukan nasib pelanggan pelanggan SALAMFONE yg majoritinya adalahMELAYU dan ISLAM . Kenapa perlu kami yg menjadi mangsa kepada semua ini , kenapa tiada satu badan pun yg mahu melihat pekara ini sesuatu pekara yg serius , perlukah kami menerjah twitter dan facebook menteri utk mendapat perhatian ( Kena sound lak tu dgn SKMM ) ini jelas bagi saya adalah PENGHINAAN dan PENGANIAYAAN kepada umat ISLAM ...
TOLONG LAH KAMI SEMUA , KAMI TIADA CARA LAIN UTK MENDAPAT PEMBELAAN MELAINKAN MENDAPAT PERHATIAN KERAJAAN DIDALAM MENYELESAIKAN ISU INI SECEPAT MUNGKIN . SAYA DAH CUBA SEBAIK MUNGKIN .
Ulasan .
Ye betul masing masing ada kepentingan masing masing dari segi kontrak dan jumlah pelaburan yg telah dilaburkan . Betul semua ini harus melalui proses rundingan yg saya lihat hanya lebih mementingkan nasib konglomerat ini . SALAMFONE dan BARAKA telah melabur berpuluh juta didlam usaha sama ini , MAXIS pula mesti ada pelaburan yg tertentu .
Saya memberi cadangan ini kepada SALAMFONE tetapi mereka tidak bersetuju . Jelas mereka tidak menghiraukan masaalah pelanggan mereka , apa yg penting mereka dapat melindungi harta mereka melalui jalan undang undang . Saya akui proses ini harus dilakukan oleh dua dua pihak tetapi dgn menyekat talian pengguna di bulan RAMADHAN dan HAMPIRmenyambut SYAWAL ini jelas menghina pengguna pengguna majoriti ISLAM ini .
Kami di ONE TELCO .. pengedar bagi talian SALAMFONE berhempas pulas utk menolong pelanggan pelanggan kami . 24 jam dealer dealer kami bekerja menjelang SYAWAL ini supaya kami tidak kena maki dgn pelanggan pelanggan kami sebagai tanggungjawab sosial yg sepatutnya diambil oleh SYARIKAT SALAMFONE . Saya dan team ONE TELCO telah menyeru semua dealer dealer kami dan mengatakan kpd mereka inilah jihad kita , inilah langkah kita , ini lah yg sepatutnya dilakukan jika kita berpegang kpd prinsip syariah dimana keutamaan pelanggan mengatasi segala kemelut wang dan ringgit .Dan alhamdulillah kami di ONE mendapat sokongan yg padu dari semua dealer dealer kami . TERIMA KASIH SEMUA .
No comments :
Post a Comment