Sungguh mengejutkan apabila penjenayah dianggap sebagai hero dan pejuang sehingga ada yang berani untuk mengugut Polis. Adakah akan menjadi amalan penjenayah dijulang!Petang tadi teman terserempak dengan konvoi yang mengiringi salah seorang penjenayah yang ditembak Polis tempohari. Sungguh menakutkan apabila konvoi tersebut membawa banner yang melambangkan Gangster 04 dan mengagung-agung penjenayah.Namun sayang teman tidak berani untuk berhenti untuk menangkap gambar kerana tidak kelihatan pun anggota PolIs disitu. Gambar-gambar ini teman ambil dari Pisau.net untuk tatapan dan penilaian anda semua.5 penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis di Pulau Pinang mencetuskan kemarahan oleh pihak pakatan terutamanya DAP. Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP tampil kehadapan membela nasib para penjenayah ini.Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.Hari ini mereka sudah menghantar isyarat seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .Gambar dibawah anda saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP.
ugutan bunuh di Tembok sebuah balai polis |
perarakan diadakan sambil membawa bendera kongsi gelap |
Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh.Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat.Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.Atau adakah suasana sebeginilah yang diinginkan berlaku oleh pembangkang kepada negara agar mereka boleh sentiasa menudung jari kepada pihak kerajaan dan polis agar rakyat melihat kerajaan dan polis hari ini tidak lagi mampu untuk mengawal negara.
No comments :
Post a Comment