Sunday, 25 August 2013

Mahu Tunang Pagi, Petang Nikah” – Pekin Ibrahim


ohartis-uqasha-pekin-1
Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose pasangan selebriti yang hangat bercinta ketika ini nampaknya bakal menuju ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi. Pekin yang telah menghantar rombongan merisik Uqasha pada hari ulangtahun kekasihnya itu baru-baru ini berkata dia mahu menyegerakan penikahan mereka jika boleh.
“Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Tapi pendek kata beginilah, saya berharap semua pihak dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami. Saya rancang tak mahu buat majlis tunang kerana cukuplah dengan majlis merisik pada Julai lalu. Ikutkan, saya nak tunang pagi dan melangsungkan perkahwinan pada sebelah petang. Senang”, katanya ringkas.
Pekin mengakui bahawa sebenarnya dia tidak pernah memikirkan soal kahwin namun sejak pertama kali mengenali Uqasha hatinya terus terdetik untuk menjalinkan hubungan yang istimewa dengan bekas pramugari itu dan seterusnya mahu jadikannya sebagai seorang isteri.
“Sebelum ni saya tak pernah fikir soal bercinta apatahlagi kahwin. Tapi bila pertama kali saya jumpa dia, terus saya tanya pada dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya atau tidak. Tercengang juga dia pada ketika itu. Tapi akhirnya dia berikan jawapan, ya dan sejak tu kami semakin rapat”, ujar Pekin lagi.

No comments :

Post a Comment