Sakitnya Cinta
Ramlah Rashid
Link kepada Penulis:
-Blogspot
RM 27.90 per item
RM 5.00 penghantaran 1 Malaysia
total: RM 32.90
~672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2013
Berminat?
fb: Bantal Ilmu Fan Page
email : Futurwall89@gmail.com
Sinopsis
~672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2013
Berminat?
fb: Bantal Ilmu Fan Page
email : Futurwall89@gmail.com
Sinopsis
Kegagalan cinta pertama membuatkan hati Neor tertutup pada cinta. Selepas memenangi rancangan realiti tv tempatan, Neor melangkah menjadi pelakon, menyanyi untuk drama dan? lem serta mencipta lagu. Ditakdirkan dia berjumpa dengan Mutiara, seorang peguam syariah. Senyuman dan matanya mirip Fifei. Buat kali pertama selepas putus cinta, Neor jatuh cinta lagi. Perkenalan singkat itu akhirnya diakhiri dengan perkahwinan tanpa sempat mengetahui dan mengenali kerjaya dan keluarga masing-masing. Selepas berkahwin barulah diketahui latar belakang Mutiara dan Kristal Ezeti. Neor tidak menyangka keluarga Mutiara tidak menyukainya kerana dia seorang artis. Lebih malang, gosip-gosip liar telah menyebabkan rumah tangga mereka berantakan. Mutiara menerima tamparan dahsyat kerana bapanya mendesaknya supaya bercerai dengan Neor. Neor akhirnya dapat menjejaki Fifei yang mencipta lagu untuknya dan mahu menyambung cintanya dengan bekas kekasihnya itu. Namun, bagaimana dengan tunang Fifei dan perasaan cinta sahabatnya, Kristal Ezeti? Mahukah Fifei memutuskan pertunangannya dengan Firdaus dan mampukah Kristal Ezeti memendam perasaannya demi kebahagiaan Neor? Tak mustahil sahabat yang kita sayangi itu melahirkan rasa cinta yang sejati.
“Dalam masa yang tak sampai sejam awak dah jatuh cinta? Apa makna cinta pada awak?”- Kristal Ezeti
“Dia kata dia paling sayang Ira, katanya tak akan jatuh cinta pada wanita lain. Tapi Ira pernah baca kenyataan dia, dia pernah bercinta sebelum ini. Konon perempuan itu cinta pertamanya. Dia kecewa ditinggalkan.”- Mutiara
“Tapi saya cemburu kalau awak baik pada lelaki lain, kalau nanti awak berkahwin dengan lelaki lain, bukan saya.”
Baca seterusnya: ramlah-rashid blogspot
No comments :
Post a Comment