Tuesday, 13 August 2013

Realisasi Gaya Rambut Idaman Anda





Rias sendiri rambut seperti dilakukan pendandan profesional

Musim perayaan ini, ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membelai dan memanjakan rambut. Tidak kurang juga ada yang sanggup rias rambut mereka mengikut fesyen terkini. Semua dilakukan, semata-mata untuk kelihatan cantik sempurna pada hari lebaran. 

Sebenarnya, tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan perkhidmatan di salun, anda sendiri boleh melakukangayarambutyangmudahdan ringkas tetapi tampak eksklusif seakan didandan profesional. 

Pendandan rambut profesional, Alexander Yap, berkata asalkan mempunyai kelengkapan mendandan dan produk yang boleh membantu menjadikan gaya rambut luar biasa, sudah memadai. 


Katanya, wanita berambut panjang senang untuk menggayakan beberapa fesyen yang mudah dan ringkas berbanding rambut pendek. Terpulang sama ada wanita itu ingin membiarkan rambut mengurai atau dibuat sanggul asalkan dandanannya kemas. 

Kebiasaannya wanita Melayu suka rambut yang kelihatan ikal dan juga sanggul kerana menampilkan ciri-ciri kemelayuan yang tinggi. 

“Kedua-dua gaya ini sangat mudah dan hanya boleh dilakukan dalam tempoh hanya setengah jam saja. Malah, dalam masa yang singkat saja, ia boleh mempengaruhi penampilan anda serta membantu menjadikan rambut tampak lebih cantik dan bermaya,” katanya ketika ditemui di salun The Met Ampang, dekat sini, baru-baru ini. 

Tampak lebat 
Katanya, bagi wanita yang inginkan rambut ikal mayang, dua produk yang dapat membantu merealisasikan gaya berkenaan ialah Mythic Oil daripada L’oreal bagi membantu rambut lebih lembut, bersinar dan sihat, manakala Full Volume Tecni Art berupaya menjadikan rambut lebih beralun cantik. 

“Hanya perlu menyapukan minyak berkenaan di setiap bahagian rambut supaya senang untuk digayakan terutama rambut yang kering dan kemudian Full Volume supaya setiap kali melakukan lilitan, ia boleh menghasilkan alunan rambut yang sangat cantik,” katanya. 

Sementara itu, bagi yang inginkan rambut tampak lebat dan dalam keadaan bersanggul, saran Yan, hanya gunakan Super Dust dan taburkan di celah-celah rambut bukan di kulit kepala. Rambut akan nampak kelihatan tidak terurus, oleh itu boleh gunakan krim bersesuaian untuk mengurangkan masalah berkenaan. 

“Kadang-kala rambut begini sukar untuk dicuci kerana dalam keadaan yang agak serabut, tetapi ada caranya iaitu sebelum mandi, sapukan penggaya rambut terlebih dulu bagi melembutkan rambut dan mudah untuk dicuci,” katanya. 


INFO 
Tips mencantikkan rambut
 

* Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Ia juga boleh menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau kerana 1/4 berat sehelai rambut mengandungi air. 

* Dapatkan vitamin seperti A,B,C dan zat besi kerana ia dapat membantu menjaga kulit kepala, melancarkan peredaran darah, pertumbuhan rambut dan oksigen secukupnya. 

* Lebihkan makan protein kerana ia menjadi pemangkin supaya rambut tumbuh lebih cepat, lebat, kuat dan mengelak bercabang. Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya organik

Surau jadi tokong di Johor

Seorang sami mengetuai upacara keagamaan dalam surau yang bergantungan bingkai ayat al-Quran di sebuah resort di Kota Tinggi.
Kota Tinggi: Umat Islam semalam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di sini.

Kegiatan itu dirakam di surau resort berkenaan dekat Sedili Besar, Kota Tinggi di sini, tengah hari kelmarin. 

Letak lambang agama Buddha 



Video bertajuk 'Surau dijadikan tokong Buddha di Johor', selama 85 saat itu, memperlihatkan sekumpulan individu, termasuk seorang sami Buddha sedang menjalankan upacara keagamaandi dalam surau berkenaan.

Lebih mengejutkan, kumpulan keagamaan dari Singapura itu turut meletakkan lambang agama mereka di atas sebuah meja di ruang imam surau. -Berita Harian



Video

Polis Kelantan tubuh pasukan khas siasat kes letupan

TIMBALAN Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (duduk kanan) meninjau lokasi letupan bom di tempat letak kereta di rumah ibu mentua Allahyarham Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang maut dalam kejadian itu di sini, semalam

KOTA BHARU: Polis Kelantan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes letupan bom yang menyebabkan kematian seorang kerani di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat semalam. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata pasukan itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffuddin Yusof. 

Beliau berkata siasatan kes itu dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk motif kejadian dan bom yang digunakan sama ada ia berupa bom ikan atau yang digunakan puak militan di selatan Thailand. 


"Sementara itu siasatan awal mendapati bungkusan itu berisi bahan letupan buatan sendiri. 

"Kita telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk kenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. 

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai maut selepas dia mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV Naza Citra di halaman rumah mertuanya, yang meletup. 

Kedua-dua belah tangannya terputus sementara perutnya terburai. 
Mengenai letupan kedua yang kedengaran pada 4.40 petang pada hari yang sama, Mazlan berkata ia bukan berpunca daripada saki baki bahan letupan yang mengenai Yusrizal tetapi dari sampah sarap yang dijumpai dalam bekas polisterin. 

Beliau berkata kejadian itu adalah kes terpencil dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka. 

"Kita akan tangani setiap kejadian dengan serius dan saya harap masyarakat turut memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada kami di talian 09-7450999," katanya. 

Dalam kes lain, beliau berkata seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di Kampung Pantai Damar, Bachok petang semalam kerana disyaki membunuh mangsa yang dikenali sebagai Mohd Nazaimi Mat Nawi, 29. 

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa yang sedang tidur di rumah bapa saudaranya maut akibat ditikam dengan pisau sepanjang 18 sentimeter.

Suspek serta mangsa berasal dari tempat yang sama iaitu Kampung Daramain, Perupok. - BERNAMA

Monday, 12 August 2013

(Vedio) Goal-Goal Malaysia VS Barcelona

Aksi perlawanan persahabatan di antara pasukan pilihan Malaysia (Harimau Malaya) menentang Barcelona adalah merupakan sebahagian daripada perancangan sebagai persediaan mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015
Perlawanan ini berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu jam 8.45 malam dan turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran Tv3 dan juga di Astro
Ketika ini, Harimau Malaya menghuni tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Qatar pada aksi pertama sebelum menang 2-1 ke atas Yemen pada aksi kedua Mac lalu
Selepas melayan kunjungan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Oktober depan, Harimau Malaya sekali lagi berdepan lawan yang sama di Stadium Manama (15 November) sebelum menentang Qatar (19 November) dan Yemen pada 5 Mac tahun depan