Tuesday, 13 August 2013

Realisasi Gaya Rambut Idaman Anda





Rias sendiri rambut seperti dilakukan pendandan profesional

Musim perayaan ini, ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membelai dan memanjakan rambut. Tidak kurang juga ada yang sanggup rias rambut mereka mengikut fesyen terkini. Semua dilakukan, semata-mata untuk kelihatan cantik sempurna pada hari lebaran. 

Sebenarnya, tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan perkhidmatan di salun, anda sendiri boleh melakukangayarambutyangmudahdan ringkas tetapi tampak eksklusif seakan didandan profesional. 

Pendandan rambut profesional, Alexander Yap, berkata asalkan mempunyai kelengkapan mendandan dan produk yang boleh membantu menjadikan gaya rambut luar biasa, sudah memadai. 


Katanya, wanita berambut panjang senang untuk menggayakan beberapa fesyen yang mudah dan ringkas berbanding rambut pendek. Terpulang sama ada wanita itu ingin membiarkan rambut mengurai atau dibuat sanggul asalkan dandanannya kemas. 

Kebiasaannya wanita Melayu suka rambut yang kelihatan ikal dan juga sanggul kerana menampilkan ciri-ciri kemelayuan yang tinggi. 

“Kedua-dua gaya ini sangat mudah dan hanya boleh dilakukan dalam tempoh hanya setengah jam saja. Malah, dalam masa yang singkat saja, ia boleh mempengaruhi penampilan anda serta membantu menjadikan rambut tampak lebih cantik dan bermaya,” katanya ketika ditemui di salun The Met Ampang, dekat sini, baru-baru ini. 

Tampak lebat 
Katanya, bagi wanita yang inginkan rambut ikal mayang, dua produk yang dapat membantu merealisasikan gaya berkenaan ialah Mythic Oil daripada L’oreal bagi membantu rambut lebih lembut, bersinar dan sihat, manakala Full Volume Tecni Art berupaya menjadikan rambut lebih beralun cantik. 

“Hanya perlu menyapukan minyak berkenaan di setiap bahagian rambut supaya senang untuk digayakan terutama rambut yang kering dan kemudian Full Volume supaya setiap kali melakukan lilitan, ia boleh menghasilkan alunan rambut yang sangat cantik,” katanya. 

Sementara itu, bagi yang inginkan rambut tampak lebat dan dalam keadaan bersanggul, saran Yan, hanya gunakan Super Dust dan taburkan di celah-celah rambut bukan di kulit kepala. Rambut akan nampak kelihatan tidak terurus, oleh itu boleh gunakan krim bersesuaian untuk mengurangkan masalah berkenaan. 

“Kadang-kala rambut begini sukar untuk dicuci kerana dalam keadaan yang agak serabut, tetapi ada caranya iaitu sebelum mandi, sapukan penggaya rambut terlebih dulu bagi melembutkan rambut dan mudah untuk dicuci,” katanya. 


INFO 
Tips mencantikkan rambut
 

* Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Ia juga boleh menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau kerana 1/4 berat sehelai rambut mengandungi air. 

* Dapatkan vitamin seperti A,B,C dan zat besi kerana ia dapat membantu menjaga kulit kepala, melancarkan peredaran darah, pertumbuhan rambut dan oksigen secukupnya. 

* Lebihkan makan protein kerana ia menjadi pemangkin supaya rambut tumbuh lebih cepat, lebat, kuat dan mengelak bercabang. Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya organik

No comments :

Post a Comment