Sunday, 13 October 2013

Bukti Pasaraya Giant Menipu Orang Ramai


Seorang pelanggan yang telah ditenangkan oleh pengurus cina pasaraya Giant dimana pasaraya ini sememangnya kita ketahui bukan milik Melayu telah mengadakan penipuan. Kimball Tomato Pure yang diletakkan harga pada asalnya adalah RM3.00 tetapi apabila sistem komputer pembayaran menunjukkan harga RM3.79.

Perkara sebegini sepatutnya dibawa kepada Tribunal For Consumer Claims Malaysia kerana di jabatan itu akan menyediakan peguam khas percuma untuk menuntut ganti rugi. Jika anda pergi ke jabatan Tribunal ini, keuntungan anda yang akan dapat akan lebih berlipat ganda, dan seterusnya pasaraya Giant bukan milik Melayu ini akan dapat dijatuhkan dengan lebih mudah kerana berita ini akan disiarkan ke dalam berita. Mengapa perlu bersusah payah untuk membuat aduan kepada pengurusan Giant itu? Ambil sahaja gambar yang berkaitan bersama resit dan kaut sahaja keuntungan melalui jabatan yang telah kerajaan sediakan. Bila lagi kita mau ajar cauvinis2 ni?

Alamat Jabatan Tribunal:
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Aras 5, Podium 2, No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.

Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822

PENYAMUN BODOH MUATNAIK GAMBAR HASIL SAMUN



BANGGA MUATNAIK GAMBAR 2 JAM SELEPAS MENYAMUN | KAMI ada menulis berkenan satu video jenayah samun menggunakan parang di sebuah kafe siber Red Sea di Setapak yang terjadi semalam kira-kira pukul 6 petang.

Dalam video berkenaan, dua penyamun yang dirasakan masih berumur sekitar belasan tahun dengan bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka.

Penulis dah katakan bahawa mereka masih muda. Mungkin baru sahaja menceburi bidang merompak ini.

Ketika merompak mereka beriya-iya memakain topi keledar mengelakkan identiti mereka dikenalpasti, dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.

Tak ke bodoh tu? Baiklah demi menjaga hak asasi manusia kami katakan mereka berdua ‘kurang pandai’.

Bagaimanapun akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” jadi anda boleh menilai sendiri tahap mental mereka yang baru berjinak-jinak nak jadi perompak ini.

Menurut laporan akhbar itu, dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.

Adik, tunggu sahajalah polis memburu anda. Ketika dalam lokap, cubalah senyum macam dalam gambar tu ya.

JIHAD TANPA BAJU FEMEN DIDEPAN MASJID (9 GAMBAR)


Semalam adalah Hari Jihad Tanpa Baju Sedunia yang dianjurkan oleh kumpulan demo jalanan FEMEN. Di serata Eropah demo tanpa baju dianjurkan di hadapan kedutaan Tunisia dan masjid bagi membantah hukuman yang akan dijatuhkan keatas warga Tunisia Amina Tyler kerana memuat naik gambar beliau tidak berbaju ke internet. Amina Tyler memuat naik gambar topless beliau sebagai tanda protes terhadap polis moral yang mahukan mengawal apa yang harus dipakai oleh wanita Tunisia. Warga Islam Tunisia rata-rata terkejut dan malu dengan tindakan beliau dan mahu beliau dihukum dengan berat. FEMEN yang terkenal dengan protes tanpa baju mereka bangkit menyokong apa yang dilakukan Amina Tyler.


Advertisement? VIDEO DADAH PALING BAHAYA DI RUSSIA BUAT DAGING DAN KULIT REPUT


DADAH PALING MERBAHAYA DI RUSSIA MENYEBABKAN DAGING DAN KULIT MEREPUT | Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.

Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.

Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya.

Ia akan mula menghancurkan daging dari dalam dan perlahan-lahan, sampai ke permukaan kulit.

Krokodil adalah istilah Russia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana, dadah itu akan memakan isi badan dan menjadikannya berlubang-lubang dan bersisik yang mana sekali pandang, kulit penagih akan menjadi macam kulit buaya.

Ia dibuat dengan campuran minyak tanah, asid hidroklorik dan fosforus merah. Sebaik memasuki sistem tubuh, Krokodil akan mula memcah pembuluh darah dan tisu badan mulai mati.

Dalam tempoh hanya dua atau tiga bulan pengunaan, simptom seperti daging mati dan menjadi hitam akan mula dapat dilihat.

Ia mampu menukar seorang penagih menjadi zombie.

Dadah ini banyak digunakan di Siberia. Disebabkan saiz negara itu yang terlalu luas, untuk pembasmian penyalahgunaan dadah menjadi satu perang yang tidak berkesudahan.

Sikap kerajaan negara itu yang tidak memberikan peruntukan banyak kepada usaha pemulihan memburukkan lagi keadaan.

Video-video di bawah memaparkan beberapa kisah berkaitan dadah yang paling merbahaya di Russia itu dan mungkin yang paling bahaya di seluruh dunia.

Salah satu video itu memperlihatkan bagaimana kaki seorang pengguna Krokodil dipotong kerana sudah mereput.