Sunday, 13 October 2013

PENYAMUN BODOH MUATNAIK GAMBAR HASIL SAMUN



BANGGA MUATNAIK GAMBAR 2 JAM SELEPAS MENYAMUN | KAMI ada menulis berkenan satu video jenayah samun menggunakan parang di sebuah kafe siber Red Sea di Setapak yang terjadi semalam kira-kira pukul 6 petang.

Dalam video berkenaan, dua penyamun yang dirasakan masih berumur sekitar belasan tahun dengan bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka.

Penulis dah katakan bahawa mereka masih muda. Mungkin baru sahaja menceburi bidang merompak ini.

Ketika merompak mereka beriya-iya memakain topi keledar mengelakkan identiti mereka dikenalpasti, dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.

Tak ke bodoh tu? Baiklah demi menjaga hak asasi manusia kami katakan mereka berdua ‘kurang pandai’.

Bagaimanapun akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” jadi anda boleh menilai sendiri tahap mental mereka yang baru berjinak-jinak nak jadi perompak ini.

Menurut laporan akhbar itu, dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.

Adik, tunggu sahajalah polis memburu anda. Ketika dalam lokap, cubalah senyum macam dalam gambar tu ya.

No comments :

Post a Comment