Friday, 16 August 2013

Cara Mengelak Daripada Dihimpit Ketika Tido








Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur


Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:



الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.



Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring.

Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah.

Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan.

Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Sumber : harianislam.com


Gambar Bakal Isteri Halim Othman?

Semalam kami menerima email daripada salah seorang peminat Oh! Artis tentang hubungan cinta pengacara dan penyampai radio popular, Halim Othman. Halim Othman kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Dania Danisha yang berasal dari Felda Palong, Negeri Sembilan.



Maklumat yang kami terima juga mendakwa Halim Othman bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis tersebut pada tahun hadapan.

“Saya Menyesal Tidak Kahwin Pada Usia Muda” – Ikram Dinzly



Pelakon Iqram Dinzly mula berasa kesal kerana tidak berkahwin pada usia muda selepas melihat rakan-rakan sebayanya bahagia di samping keluarga masing-masing. Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia kini sudah bersedia untuk berumah tangga kerana tidak mahu ketinggalan merasai hidup berkeluarga.
“Apabila melihat kemesraan kawan-kawan bersama pasangan dan anak-anak mereka, baru terdetik rasa penyesalan kerana saya tidak berkahwin awal tapi apa boleh buatkan? Saya sekarang juga sudah bersedia untuk berkahwin dan harap-harap dapat tamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
“Sementara belum ada calon saya mahu mempersiapkan diri sebagai seorang lelaki dan bakal suami yang sempurna sebelum melangkah ke alam perkahwinan.” jelasnya.
Dalam pada itu, Iqram memberitahu dia akan menjalankan perniagaan menternak lembu di kampung halamannya di Ipoh, Perak dalam masa terdekat ini. Dia dan keluarga mendapat idea untuk terlibat dalam bisnes itu selepas mendapati permintaan yang tinggi terhadap daging lembu daripada pembeli terutamanya pada musim perayaan.
“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk membuka perniagaan tetapi ragu-ragu dengan jenis bisnes apa yang harus dipilih selain kurang pengalaman. Bagaimanapun saya melihat peluang besar dalam bidang ini ditambah sokongan daripada keluarga,” katanya lagi.
Tambah Iqram, abangnya juga akan membantu menguruskan perniagaan itu nanti kerana mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan sebelum ini. Ikram berkata keputusannya menceburi bidang perniagaan adalah sebagai salah satu persediaan untuk hari tua nanti.

Sakitnya Cinta Novel Terbaru

Sakitnya Cinta Novel Terbaru Dari Pengarang Ramlah Rashid


Sakitnya Cinta
Ramlah Rashid

Link kepada Penulis:
-Facebook
-Blogspot


RM 27.90 per item
RM 5.00 penghantaran 1 Malaysia
total: RM 32.90
~672 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Ogo 2013

Berminat?
fb: Bantal Ilmu Fan Page
email : Futurwall89@gmail.com




Sinopsis
Kegagalan cinta pertama membuatkan hati Neor tertutup pada cinta. Selepas memenangi rancangan realiti tv tempatan, Neor melangkah menjadi pelakon, menyanyi untuk drama dan? lem serta mencipta lagu. Ditakdirkan dia berjumpa dengan Mutiara, seorang peguam syariah. Senyuman dan matanya mirip Fifei. Buat kali pertama selepas putus cinta, Neor jatuh cinta lagi. Perkenalan singkat itu akhirnya diakhiri dengan perkahwinan tanpa sempat mengetahui dan mengenali kerjaya dan keluarga masing-masing. Selepas berkahwin barulah diketahui latar belakang Mutiara dan Kristal Ezeti. Neor tidak menyangka keluarga Mutiara tidak menyukainya kerana dia seorang artis. Lebih malang, gosip-gosip liar telah menyebabkan rumah tangga mereka berantakan. Mutiara menerima tamparan dahsyat kerana bapanya mendesaknya supaya bercerai dengan Neor. Neor akhirnya dapat menjejaki Fifei yang mencipta lagu untuknya dan mahu menyambung cintanya dengan bekas kekasihnya itu. Namun, bagaimana dengan tunang Fifei dan perasaan cinta sahabatnya, Kristal Ezeti? Mahukah Fifei memutuskan pertunangannya dengan Firdaus dan mampukah Kristal Ezeti memendam perasaannya demi kebahagiaan Neor? Tak mustahil sahabat yang kita sayangi itu melahirkan rasa cinta yang sejati.

“Dalam masa yang tak sampai sejam awak dah jatuh cinta? Apa makna cinta pada awak?”- Kristal Ezeti

“Dia kata dia paling sayang Ira, katanya tak akan jatuh cinta pada wanita lain. Tapi Ira pernah baca kenyataan dia, dia pernah bercinta sebelum ini. Konon perempuan itu cinta pertamanya. Dia kecewa ditinggalkan.”- Mutiara 


“Tapi saya cemburu kalau awak baik pada lelaki lain, kalau nanti awak berkahwin dengan lelaki lain, bukan saya.”

Baca seterusnya: ramlah-rashid blogspot