Monday 5 August 2013

Kanak-kanak hilang ditemui semula



GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang selepas disyaki dilarikan teman lelaki ibunya ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pagi tadi.
Mangsa, Wan Aisyah Wan Exzam diserahkan kepada polis oleh ibu kepada teman lelaki ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi di Balai Polis Sungai Nibong. 
Sumber berkata, berdasarkan siasatan suspek berusia 44 tahun dikatakan membawa pulang mangsa pada jam 5 pagi di rumahnya di Taman Teluk Kumbar dan suspek meminta ibunya menyerahkan mangsa ke balai polis berdekatan. 

Menurutnya, suspek dikatakan menghilangkan diri selepas meninggalkan mangsa bersama ibunya sejurus tiba dirumahnya.

"Mangsa kini berada di Balai Polis Sungai Nibong untuk menanti kedatangan ibu mangsa untuk mengambil anaknya dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian yang sebenar.

"Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek," katanya.

No comments :

Post a Comment