Saturday 31 August 2013

Staff Air Asia Terbunuh Langgar Samun



Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.
Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.


INILAH Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor tempat Shahrinawati menetap.


Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.-kosmo

No comments :

Post a Comment