Thursday 24 October 2013

(VIDEO) Rakaman CCTV Saat Norazita Abu Talib Ditembak Di Kepala

Ini adalah video yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) ketika pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di kepala oleh pengawal keselamatan bank tersebut dalam kejadian rompakan semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.
Suspek, Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
Tembakan berkenaan mengenai wajah mangsa menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai.
Saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.
Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.
Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.

No comments :

Post a Comment