Tuesday, 23 July 2013

6 Panduan Membeli Kereta Terpakai

#1 – Tempat Membeli
 Cuba lakukan survey di beberapa buah syarikat used car sebelum memilih model kereta yang anda suka kerana kuasa membeli adalah ditangan anda.
#2 – Usia Kereta Dan Mileage Kereta
Carilah kereta yang usianya di bawah 10 tahun atau mileage-nya kurang dari 100,000 km. Jika kurang jarak perjalanan maka kuranglah penggunaannya.
 #3 – Pemeriksaan Visual
 Sebaiknya dinasihatkan agar anda membawa orang yang lebih arif mengenai kereta atau mekanik kerana mereka boleh menilai keadaan sebenar kereta tersebut.
#4 – Hidupkan Enjin Kereta
Hidupkan enjin dan lihat pada bahagian badan kereta untuk memastikan anda tidak terlepas pandang terhadap kekurangan pada kereta tersebut. 
 #5 – Pandu Uji Kereta
Cuba anda pandu pada kelajuan yang lebih tinggi untuk menguji rasa pecutan kereta tersebut. Pastikan ketika itu anda peka sekirannya terdapat gegaran yang tidak sepatutnya, bunyi yang pelik dari enjin dan sebagainya.
#6 – Selepas Pandu Uji
Pastikan kereta tersebut mempunyai dokumen dari pihak Puspakom kerana sekiranya tidak mendapat kelulusan dari pihak Puspakom, anda tidak boleh membuat pinjaman bank.

No comments :

Post a Comment