Derita seorang kanak-kanak perempuan dipaksa melakukan seks oral oleh jurulatih badmintonnya sejak tiga tahun lalu berakhir selepas ibu mangsa membuat laporan polis sebaik mendapat maklumat mengenai kelakuan tidak bermoral jurulatih itu terhadap anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa berusia 12 tahun beberapa kali diarah melakukan seks oral dan kejadian berlarutan sehingga Mei lalu.
Menurutnya, kegiatan itu hanya diketahui ibunya selepas diberitahu oleh ibu rakan anaknya itu sebelum satu laporan polis dibuat pada 27 Jun lalu.
“Siasatan mendapati suspek membuka seluar dan kemudian mengarah kanak-kanak itu menghisap kemaluannya,” katanya.
Beliau berkata, jurulatih berusia 41 tahun itu ditahan 2 Julai lalu dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah 377 E, kanun keseksaan.
No comments :
Post a Comment