Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat.
Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.
“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”
“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam.
“Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.
Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana. Enjoice!
No comments :
Post a Comment