Win!
Angkat tangan siapa pernah tengok Looper, Rise of the Planet of The Apes, Planet of the Apes, Salt, Click, Blade 3, Benjamin Button danRing? Kalau anda ingin tahu solekan kesan khas yang cool dari filem-filem diatas dihasilkan oleh Kazuhiro Tsuji yang berasal dari Kyoto Jepun. Beliau kemudian mengembangkan sayap ke Amerika Syarikat dan melakukan solekan untuk filem Men In Black. Solekan beliau terkenal kerana ianya hiper realistik dan oleh sebab itu beliau memenangi pelbagai anugerah industri kesan khas. Beliau kini mempunyai syarikat kesan khas beliau sendiri. Cool bro! Mohon jurusolek Tanda Putera berguru dengan Kazuhiro pasal solekan orang tua untuk Tun Dr Ismail dan Tun Razak dalam filem itu nampak macam bedak murah.
No comments :
Post a Comment