Roda Roda Nippon!
Roda Ferris terbesar di dunia sekarang ialah Singapore Eye dengan ketinggian 165 meter. Tetapi rekod ini mungkin dipecahkan oleh Nippon Moon yang kini di dalam proses penghasilan konsep. Nippon Moon dijangka lebih tinggi dari Taiwan Tower yang dikatakan bakal mempunyai ketinggian 300 meter. Keunikan Nippon Moon ialah ia mempunyai 32 kapsul penumpang dua tingkat. Tambah menarik lagi anda tidak perlu beratur untuk menunggu giliran untuk menaiki Nippon Moon. Apa yang anda perlu lakukan ialah memuat turun aplikasi Nippon Moon kedalam telefon pintar anda dan apabila giliran anda tiba anda akan menerima notifikasi secara terus. Cool idea!
No comments :
Post a Comment