Sad!
Saingan untuk memasuki universiti di China adalah sangat hebat. Apabila sudah menjadi pelajar mereka terpaksa pula tinggal di dalam asrama yang sempit. Apabila musim panas bermula mereka terpaksa pula tidur di atas atap asrama kerana tidak tahan dengan bahang di dalam bilik. Fenomena tidur di atas atap ini bukan perkara baru dan kini terdapat gerakan di China yang cuba memaksa universiti untuk memasang penghawa dingin di kesemua asrama milik mereka. Menurut warga saiber China, pelajar ialah masa depan negara dan adalah memalukan mereka terpaksa tidur di atas atap seperti golongan gelandangan. Beberapa universiti kini membenarkan pelajar tidur di dewan serbaguna mereka yang berhawa dingin pada waktu malam. Di China suhu boleh mencecah 35 darjah selsius. Kasihan!
Mohon uni Malaysia juga pasang aircond. Yang gua tahu asrama Lim Kok Wing di Cyberjaya ada AC. Kenapa? Pasal budak Lim Kok Wing memang "cool". #LOL #S
No comments :
Post a Comment