Panduan cara mengorat awek ini diperturunkan kepada lelaki yang belum mempunyai girlfriend. Mengaku saja lah..ada yang memang fail tahap gaban dalam bab mengorat ni. Bagi yang dah ade ramai makwe, abaikan saja entry ini dan teruskan dengan aktiviti Facebook anda.
Ada banyak sebab kenapa lelaki tak pandai mengorat;
1. Tak belajar – mana ade sekolah yang ajar cara-cara mengorat?
2. Pemalu – ini mungkin sifat semula jadi..tak perlu risau semua boleh diperbaiki
3. Takde adik beradik lelaki dalam keluarga – kira takde role model la..kalau tanya bapak mau kena jawab dengan tangan…
4. Kurang bergaul – ini bukan masalah sebenarnya…ramai lelaki (nak2 zaman IT ni) yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun dengan geng2 lelaki je..
5. Malas nak pikir – ramai yang tergolong dalam golongan ni…malas nak pikir pasal perempuan. Buat sesak kepala je…tapi bila tiba masanya, hati kita akan terbuka juga untuk menerima kehadiran perempuan…Nak buat camana ni?
Tip ini adalah berdasarkan pengalaman aku…bukan dari expert, tapi cukuplah sekadar aku nyatakan yang aku tak pernah ada problem dalam area ni…Dan di zaman jahiliyahku dulu, selalu menerima jambangan bunga dan kad ucapan di Hari Valentine..(tak tau sapa yang hantar).
1. Straight to the point – cakap terus terang je
Ini cara paling macho sekali tetapi memerlukan semangat dan perasaan confident yang tinggi. Kalau nampak awek yang ko berkenan, approach dia dan tegur. Boleh mulakan dengan bagi salam, tanya nak pergi mana, amik course ape dsb. Tapi jangan terlalu banyak tanya nanti dia meluat dan ingat ko nak menggatal pulak. Tanya sikit-sikit je…simpan untuk lain kali bila terjumpa dia…jangan gopoh. Tapi bab meluat ni sebenarnya kadang-kadang boleh jadi suka…mula-mula dia meluat, lelama jadi sayang pulak…banyak dah jumpa kes camni…tengoklah nasib korang camana. Satu peringatan untuk yang guna cara ni, bersedia untuk menerima rejection..kalau dia reject sebab dah berpunya atau sebab dia memang tak suka, terima aje..cinta tak boleh dipaksa..huhuhu..
2. Pakai posmen – antar surat, nota cinta
Cara ini kurang macho berbanding dengan yang pertama tapi amat sesuai untuk yang kurang keyakinan diri. At least kalau kena reject pun, tak lah malu sangat..dan dia tak nampak macamana muka kita berubah bila kena reject.. Seeloknya tulis la sendiri nota tu..yang paling biasa orang buat (aku pun pernah buat gak), ialah dengan menulis seni kata lagu jiwang popular..kat bawah tu buat la nota sket..teknik ni masih diguna pakai hingga sekarang..Kalau tak reti tulis surat cinta, outsource kan lah part ni (suruh orang lain tulis kan). Jangan lah tulis jiwang lelebih nanti awek tu takut plak…untuk permulaan buat sesimple mungkin. Bila dah dapat nanti baru lah sesuaikan ikut personaliti awek tuh..
3. Jadi Joker
Biasanya perempuan suka kepada lelaki yang kelakar so, kalau ko jadi joker ni secara tak langsung akan meningkatkan populariti di kalangan satu-satu kumpulan. Joker ni selalu boleh buat lawak dengan apa sahaja bahan secara spontan. Bila joker approach perempuan yang dia suka, naluri lawak dia akan menolong mengatasi masalah gemuruh dan boleh menceriakan keadaan. Jangan buat lawak melampau, dan warnanya pulak janganlah biru. Lain pulak jadinya nanti. Kalau anda memang tak lawak, cara ini memang tak sesuai langsung.
4. Jadi gentleman – lelaki budiman
Perempuan sangat suka kepada lelaki bersifat gentleman. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip (ala-ala Ali Setan la pulak…). Kalau awek tu yang terjatuh, janganlah gelakkan dia (walaupun dalam hati ketawa) sebaliknya pergi lah tolong apa yang patut. Tunjukkan yang kita care. Sifat-sifat begini boleh memikat hati perempuan..
5. Jadilah diri sendiri
Ini yang paling penting sebenarnya. Jangan cuba berlagak alim, baik, ataupun berpengetahuan sedangkan diri kita sebaliknya. Nanti orang ingat kita poyo pulak. Mana-mana kelemahan, kita perlu perbaiki. Tak guna kita berpura-pura hanya untuk memenangi hati perempuan kerana lambat laut tembelang kita akan diketahui juga. Kalau setakat nak buat hit and run punya relationship mungkin boleh..tapi jika inginkan yang berpanjangan, jadilah diri sendiri. Itulah sebenarnya yang membezakan anda dan orang lain..
No comments :
Post a Comment