Tuesday 20 August 2013

TUNJUK AKSI SAMPAI MATI!




MAT REMPIT TUNJUK LAGAK MAUT DI TEMPAT KEJADIAN | Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta 
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.
“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. - mazeermohamad

No comments :

Post a Comment