Monday 23 September 2013

Deejay maut digilis lori


Seorang juruacara majlis perkahwinan maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya di Jalan Lubuk Redan, Kampung Ujong Padang di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa, Nik Firdaus Nik Abd Kadir, 29, melanggar lembu yang melintas sebelum terjatuh dan dirempuh lori.
Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut sumber, mangsa gagal bangun semula selepas terjatuh menyebabkan sebuah lori yang datang dari Kampung Jeram tidak sempat mengelak lalu menggilis sebahagian badannya.
Screenshot_15
“Kaki mangsa dipercayai tersepit pada motosikal menyebabkan dia gagal bangun semula sebelum lori tersebut melanggarnya,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 menghala Kampung Jeram.
“Apabila tiba di lokasi, mangsa gagal mengawal motosikal selepas melanggar lembu yang melintas jalan lalu terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori dipandu lelaki berusia 44 tahun.
“Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat bagi kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,

No comments :

Post a Comment