Monday 7 October 2013

(GAMBAR) Nunez Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Penyokong Kelantan

Penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Leonel Nunez dilaporkan bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain itu didakwa melakukan kesalahan ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu 5 Oktober 2013.
Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Nunez adalah membuat isyarat lucah kepada penyokong tuan rumah (Kelantan). Sementara itu gambar kelakuan Nunez yang dianggap tidak bermoral tersebut turut disebarkan di laman sosial Facebook.
Menurut sumber berita, FAM hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung perkara terbabit untuk mengenakan tindakan terhadap bintang import Johor DT dari Argentina itu.
Difahamkan FAM boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana pemain yang membuat isyarat lucah kerana ada peruntukkan dalam peraturan.

No comments :

Post a Comment