Friday 6 September 2013

Info Lebih Detail Mengenai Kamera Sony ‘Smart Shot’

Sebelum ini, kami ada menyiarkan laporan mengenai lens kamera ciptaan Sony yang boleh disambungkan kepada peranti iOS dan Android. Hari ini, lebih banyak info mengenainya dilaporkan termasuk pilihan warna putih-keemasan yang cukup cantik jika digunakan bersama iPhone 5S berwarna emas.
SonyAlphaRumors mengeluarkan gambar-gambarnya serta lebih banyak detail mengenai Sony Smart Shot ini.
OhGeekz-SonySmartShot
1) Lens ini akan dinamakan ‘Smart Shot’, gabungan smartphone dan cybershot.
2) Smart Shot mempunyai ‘in lens stabilization’ (penstabilan terbina dalam).
3) Boleh digunakan bersama iOS dan Android menggunakan aplikasi PlayMemories. Sambungan melalui Wifi atau NFC.
4) Kualiti rakaman video HD penuh 1080p, 30fps. Rakaman video kurang ‘noise’ walaupun pada tempat gelap.
5) Gambar yang ditangkap disimpan secara automatik ke dalam memori lens tersebut dan ke dalam peranti anda.
6) Anda boleh mengawal zoom, exposure, white balance, dan fokus melalui skrin peranti anda.
7) Model pertama dengan nama QX10 dengan 1/2,3 inci 18 megapiksel CMOS sensor dan f/3,3-5.9 lens, berharga $250 (RM 820).
8) Model kedua dengan nama QX100, menggunakan lens yang sama dengan kamera RX100MII, antara yang terbaik di pasaran. Harganya adalah $450 (RM 1480).
Sony akan melancarkan kedua-dua model lens ini bersama flagship smartphone terbaru mereka, Xperia Z1 (Honami) pada 4 September ini.
Sumber : SonyAlphaRumors
OhGeekz-SmartShot1OhGeekz-SmartShot2

No comments :

Post a Comment