Friday 6 September 2013

Sony Xperia Z1, Lens Kamera QX10 dan QX100 di Malaysia Awal Oktober

OhGeekz-Xperia-Z1
Sony hari ini baru sahaja melancarkan flagship mereka yang dinantikan ramai, Xperia Z1 serta lens kamera yang boleh disambungkan kepada peranti iOS dan Android, QX10/QX100.
Sebentar tadi, Cheong Wah Tong, ‘Head of Market’ Sony Malaysia mengesahkan Xperia Z1 akan mula dijual di Malaysia pada minggu pertama bulan Oktober.
Bersama-sama Xperia Z1, lens yang boleh disambung iaitu QX10/QX100 juga akan mula dijual pada masa yang sama. Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan.
OhGeekz-Sony QX100
Kami akan kemaskini info mengenai harganya apabila mendapat pengesahan beberapa hari lagi. 



No comments :

Post a Comment