Sunday 8 September 2013

Kemaskini Software Apple TV Baru Minggu Hadapan?


OhGeekz-AppleTV
Mengikut beberapa laporan, Apple masih belum bersedia untuk memperkenalkan Apple TV model baru pada acara 10 September ini tetapi mereka akan mengeluarkan kemaskini software dengan fungsi-fungsi baru untuk pengguna sedia ada.
“Beberapa laporan mendedahkan kemaskini software terbaru Apple TV akan membolehkan pengguna yang membeli apa sahaja kandungan (filem, siri tv, musik) akan boleh dimainkan pada Apple TV milik orang lain menggunakan AirPlay. Ini bermakna jika anda membeli filem pada Apple TV melalui iTunes anda, ianya boleh ditonton di rumah kawan-kawan menggunakan iPhone anda ‘stream’ kepada Apple TV di rumah mereka.”
Software terbaru Apple TV juga membenarkan penggunaan iTunes Radio, tetapan Apple TV menggunakan Bluetooth dan sokongan ‘multi-display’ yang terdapat di dalam OS X Mavericks.
Beberapa khabar angin mendedahkan Apple sedang melakukan perubahan terhadap Apple TV seperti mengawal menggunakan ‘motion/gestures’ dan lain-lain tetapi pengumumannya dijangka pada tahun hadapan.
OhGeekz-AppleTV-iOS7-GUI
Baru-baru ini, Apple TV mendapat beberapa saluran baru untuk ditonton seperti Vevo, Disney dan ESPN. Adakah kemaskini terbaru nanti akan mengubah rekaannya mengikut iOS 7? Sama-sama kita nantikan.

No comments :

Post a Comment