Sunday 8 September 2013

Lapangan Terbang Medan Menjadi Kawasan Piknik Penduduk Setempat (10 Gambar)


LMAO

Lapangan terbang ialah tempat yang bolehlah dikatakan bosan. Kalau ke airport tidak ada benda yang menarik boleh dilakukan. Tetapi bagi penduduk Medan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu menjadi pusat tarikan dan piknik penduduk setempat. Lapangan terbang yang baru dibuka Julai lalu ini kini sesak dengan penduduk Medan yang ingin melihat lapangan terbang baru mereka yang canggih. Ratusan penduduk berpiknik di kawasan luar dan dalam lapangan terbang. Gerai kecil kemudian dibuka di kaki lima bagi menjual makanan dan minuman kepada pelawat yang datang dari luar bandar. Apabila ditemuramah ada penduduk berkata mereka datang ke lapangan terbang ini untuk melihat kapal terbang yang selama ini hanya boleh dilihat di kaca TV. Mereka juga berkata bangunan lapangan terbang yang moden ini sangat selesa dilawati berbanding tarikan lain di Medan.LMAO!

Kehadiran penduduk Medan yang berbondong-bondong ini mengakibatkan jalan menghalake lapangan terbang ini sesak. Kebersihan kawasan sekitar juga terjejas. Warga Indonesia pula malu dengan perangai penduduk Medan yang mereka rasakan terlalu kampung. Mana tidaknya, air dan durian dijual di luar airport macam pasar malam. Trololol! Untunglah orang Malaysia tak macam ini. Kalau tidak drop water face.



No comments :

Post a Comment