Aktres putih gebu, Tiz Zaqyah tidak mahu bersikap hipokrit kepada diri sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Kerana itu dia tidak lokek untuk berkongsi tentang perihal dirinya yang gemar bersosial bersama kekasih dan teman-teman di kelab malam.
Tiz juga tidak mahu menafikan dirinya gemar bersosial kerana dia tahu perbuatannya itu tidak boleh disorok dan sebab itu dia secara terang memuat naik gambar-gambarnya di kelab. Pun begitu, heroin ini menyeru agar tidak ada yang mengikuti perbuatan negatifnya yang gemar bersosial. Sebaliknya, ujar Tiz, ambil sahaja perkara positif daripada dirinya. Ujarnya, dia bukan idola, tetapi hanya seorang pelakon yang sekali-sekala ingin menjalani kehidupan biasa iaitu berhibur bersama kekasih dan teman-teman.
Ayat itu terpaksa juga diluah daripada bibir Tiz selepas dia mendapat banyak reaksi kurang senang daripada pengikut laman sosial Instagram miliknya yang melihat gambar-gambarnya bersosial di kelab bersama kekasih dan teman-temannya termasuk beberapa teman artis seperti pelakon Faradhiya dan Ramona Zam Zam.
Luah Tiz lagi, jika ada peminat yang tidak boleh terima hakikat dirinya begitu (suka bersosial), tandanya mereka itu bukan peminat sebenarnya.
"Mereka tidak boleh kawal saya. Saya bukan idola yang perlu mereka contohi. Saya cuma pelakon. Peminat boleh tolak sikap negatif saya dan ambil sahaja sikap positif saya," katanya.
No comments :
Post a Comment