Monday, 16 September 2013

Tragis: Adik belasah abang sampai mati

SEBUAH rumah kelamin di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas inilah lokasi seorang remaja maut dibelasah oleh adiknya sendiri kelmarin. 


Perkelahian dua beradik lelaki yang bermula dengan gurauan berakhir dengan tragedi apabila si abang maut akibat terkena tumbukan bertubi-tubi di belakang kepala oleh adiknya.

Pertengkaran tersebut tercetus pada pukul 7 malam apabila suspek yang sedang bermain komputer riba tiba-tiba mengusik adik perempuannya yang berusia empat tahun yang ketika itu baru masuk ke rumah selepas bermain.

Si abang yang ketika itu sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen tiba-tiba bangun lalu marah suspek sebelum menendang adiknya itu di badan.

Si adik yang berang dengan tindakan abangnya terus menerkam dan menumbuk mangsa di bahagian kepala berkali-kali hingga mangsa rebah ke lantai lalu pengsan.

No comments :

Post a Comment