Makanan dari tanah liat yang diberi nama "Ampo" ini merupakan makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Tuban, satu daerah di Indonesia. 'Snek' ini dipercayai dapat menguatkan sistem pencernaan. Bahkan memakan tanah liat juga dipercayai oleh kaum ini akan dapat mengubati beberapa jenis penyakit.
Tuban merupakan satu-satunya tempat di dunia yang mana masyarakatnya memakan tanah panggang. Tidak dinafikan memang terdapat orang-orang lain di dunia yang suka memakan pasir, dan benda aneh lainnya, tetapi tidak ada yang memakan tanah panggang.
Salah seorang warga Tuban mengatakan bahawa dia sudah memakan ampo sejak dia masih kecil lagi dan ampo berupaya menyejukkan perutnya.
Rasima, seorang penjual Ampo, mengatakan bahawa tidak ada resepi khusus untuk memasak 'snek' tersebut. Dia hanya mencari tanah liat yang bersih yang bebas dari batu kerikil, kemudian ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat.
Kemudian, kepingan segi empat itu dikikis lalu membentuknya seperti gulungan. Tanah yang sudah menggulung itu kemudian dibakar dan diasapkan selama 1 jam, lalu jadilah ia sebagai snack atau makanan ringan yang siap dimakan.
Rasima biasanya menjualnya dipasar dan sehari dia berupaya mendapat pendapatan sekitar Rupiah 20 ribu untuk menyara keluarganya.
Berikut ini cara membuatnya :
1. Pisahkan Tanah Liat Dengan Kerikil dan Pasir
Pada tahap ini tanah diramas dan diadunkan antara yang lembut dan yang kasar. Seperti halnya membuat adunan kek, maka semakin baik ia diadun, semakin sedap rasa Ampo yang dihasilkan.
2. Bentuk Tanah Menjadi Seperti Kotak 4 Segi
Pada tahap ini, adunan sudah dikira sebati. Komposisi tanah dan air sudah merata pada setiap bahagian adunan. Antara ciri adunan ini sudah sebati ialah ia tidak akan melekat lagi pada telapak tangan.
3. Bentuk Stick
Tanah liat dikikis,digulung sehingga menjadi bentuk seperti stik.
4. Bakar Tanah Liat
Setelah tanah liat dibentuk menjadi stick, ia kemudiannya dipanggang diatas tungku tradisional sehingga mengeras dan kering. Seperti terlihat pada gambar, tanah liat diletakkan diatas kuali/belanga dengan pemanasan tungku dan kayu.
5. Siap Dihidang
Nampak seperti choki-choki yang sudah mengeras...kan,kan?
p/s : Siapa berani nak cuba..? ^.^
No comments :
Post a Comment