Tuesday 10 September 2013

Mengapa Lelaki Pakistan 'Cinta' Wanita Malaysia?


Hat-hati dengan jerat kekacakan dan kata manis daripada lelaki Pakistan. Ada udang di sebalik batu. Walaupun dah banyak kes mengenai kes wanita Malaysia ditipu dengan warga asing - iaitu berkahwin hanya untuk tinggal lama di Malaysia, namun masih ramai lagi yang terpedaya.

Malah, ada lelaki warga asing ini yang sudah pandai memikat dengan hanya menggunakan laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter mahupun menerusi blog. Mereka guna gambar kacak mereka dan ayat-ayat memikat yang super lentok untuk mencari si anak dara, malah isteri serta janda orang.

Saya nasihatkan kepada gadis-gadis, mak-mak budak, supaya berhati-hati. Lelaki Pakistan contohnya tak memandang pada paras rupa, apa yang mereka mahukan ialah berada di Malaysia lebih lama.

Memetik Berita Harian Online:
Seremban: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan anggota Jabatan Imigresen selepas didapati mengahwini wanita tempatan semata-mata untuk mendapat pas lawatan sosial jangka panjang.

Lelaki itu ditahan ketika ingin memperbaharui pas berkenaan dan siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun itu meninggalkan isterinya yang berusia 21 tahun selepas mendapat pas itu. 

Mula-mula memang la lentok, lama-lama nanti anda gak yang kiok ... nak?


No comments :

Post a Comment