Tuesday 10 September 2013

Semasa Hodoh Bertudung, Dah Cantik Dedah Semua


Alahai alahai ... ini satu isu, dan bagi saya satu penyakit yang perlu dibanteras. Semasa muka tak berapa nak cantik, badan pun gemuk gedempol, tahu nak tutup litup semua. Dah cantik, dedah sana, dedah sini ... kalau tak pun, kasik tayang body free sana sini. Alahai adik kakak makcik dan cik ... jangan buat macam tu, tak sayang pada diri? Bagaimana dengan suami?

Dah cantik, maka perlunya makin disorokkan la, hanya beri tatapan yang mengiurkan tu pada yang berhak sahaja - yakni suami anda. Tak perlulah nak jaja tubuh yang dah kian mungil dan sedap sedap tu. Apa kebaikkannya? Ohhh ada dapat payment dari pemilik produk ehhhh? Berapa? RM1000? RM3000? Berbaloi ke ... tu kalau guna buat isi minyak petrol RON97, cepat je habisnya .....

Dah dah. Patutnya anda rasa syukur bila bentuk badan dah cantik, muka dah putih mulus. Bukan syukur suruh tunjuk dan tayang ehh .. tapi syukur dengan lebih dekat pada agama. Kena ingat, ubat, komestik dan segala bagai benda yang anda ambil yang menjadikan anda dalam keadaan sekarang itu hanyalah sebagai asbab je ... tapi yang merealisasikan tu adalah atas kehendak Allah.

Bagi saya, sebagai seorang suami ... jika isteri dah cun melecun, body ibarat supermodel of the world ... mesti simpan rapi dalam rumah. Jangan diberikan izin untuk isteri tayang badan sana sini. Mana erti anda sebagai suami yang bertanggungjawab?

Saya bukan meleter meroyan, tetapi nak mengingatkan pada adik kakak makcik dan cik, jika mahu kecantikan itu kekal menjadi sebahagian kebaikan diri, maka jagalah dengan baik. Allah dah beri peluang untuk anda jadi wanita jelita, maka jangan persiakan pemberian Tuhan dengan buat perkara yang tidak patut dan tidak boleh.

Berpesan saya kepada diri dan keluarga. Dah dapat yang elok bukan untuk bermegah, kerana kemegahan hari ini tak menjamin akan kebahgiaan esok hari.

Pelik ... masa badan belum slim, pakai baju saiz xxl walhal xl pun ok dah. Tapi bila dah slim .. pakai baju xs walhal m pun dah ok.

No comments :

Post a Comment