Tuesday 10 September 2013

RM50 Ribu untuk Bakat Johara 2.0


Anda fikir anda berbakat, ada rasa anda punyai kelebihan suara yang unik? Lupakan soal penampilan anda, rupa paras atau wajah anda. Bakat unik dicari, hanya dengan suara anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM50,000!

RM50 Ribu untuk Bakat Johara 2.0

Semua butiran mengenai pencarian bakat Johara 2.0 yang tak guna rupa paras untuk menang ini, anda boleh rujuk di sini - http://goo.gl/6OiU7r

Pencarian bakat johara - video

Tak berapa jelas mengenai apa itu Bakat Johara 2.0? Anda boleh tonton video teaser yang disediakan ini. Oh ya, sila pejam mata apabila tengok video ini memandangkan pencarian bakat oleh Era.fm ini hanya mementingkan suara anda.


Uhh best tu kalau dapat menang hadiah tunai RM50K; bolehlah ajak satu kampung pergi IKEA dan shopping sakan dengan tengok katalog IKEA 2014.  

Ops, sebelum tu, cuba tengok video di bawah pula, kalau anda boleh lawan bakat suara seperti mamat ni, maka peluang sangat cerah buat anda untuk menang wang tunai RM50 ribu yang disediakan tu. Kalau tak cukup mantap, sila praktis dengan sungguh-sungguh. Bukan semua benda senang nak dapat ehh .. walaupun dengan bakat unik anda; sebabnya masing-masing ada kelebihan sendiri.


Yang penting adalah anda mesti ada usaha ke arah kejayaan. Tak ada usaha, tak adalah hasilnya. Untuk info lanjut - http://goo.gl/6OiU7r

Semoga berjaya pada mereka yang ada suara terbaik anugerah Allah S.W.T.

No comments :

Post a Comment