Thursday, 10 October 2013

Berita Pelajar Kolej Dirogol 13 Warga Asing Tidak Benar


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman rasmi akaun Facebooknya menafikan penyebaran khabar angin yang mendakwa seorang pelajar sebuah kolej telah dirogol oleh 13 orang warga asing di sebuah stesen LRT sehingga menyebabkan kematian.
Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan penyebaran berita palsu itu dibuat oleh individu yang tidak bertanggung jawab.
Berita yang tidak benar tersebut disebarkan secara meluas di laman sosial sejak Rabu malam (9 Oktober 2013) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengatakan seorang pelajar perempuan dari KPTM KL meninggal dunia akibat dirogol oleh 13 orang yang dipercayai warga Bangladesh di LRT Pandan Jaya.


Ekoran penyebaran maklumat palsu secara meluas di internet itu sekali gus telah mencetuskan kekecohan di laman sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

No comments :

Post a Comment