Monday, 7 October 2013

Tuntut Janji Ditepati Bogel Depan Pavilion

Satu-satu hal yang dibangkitkan oleh remaja-remaja rakyat Malaysia sekarang ini.
Akal mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal.
Masih ingat lagi dengan kisah seorang lelaki yang bernama Johari Pain yang mencabar dirinya mahu mengerat ‘anunya’ sekiranya penerjun Malaysia, Pandelela Renong mampu memenangi pingat dalam Sukan Olimpik London 2012 beberapa bulan lalu?
Ternyata, Johari Pain kecut perut selepas Pandelela berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara yang dia sertai.
Johari Pain juga terus senyap sepi tanpa melakukan cabaran yang dia sendiri lontarkan.
Yang terkini, seorang anak muda remaja bernama ‘MisterBiawak Evans’ pula melakukan perkara yang lebih kurang sama.
Malam tadi, telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara negeri Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam.
MisterBiawak Evans telah memuat naik status yang ‘angkuh’ di laman Facebooknya.
Katanya, sekiranya negeri Kelantan menang dalam pertembungan dua negeri itu, dia akan serta-merta berbogel di hadapan pusat beli-belah terkenal negara, Pavilion, Kuala Lumpur.
“kalau kelantan menang..aku post gambar aku bogel depan pavi !!!!”
Dan ternyata, pertembungan semalam telah berpihak kepada negeri Kelantan apabila mereka mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0
Persoalan sekarang ini, ke mana hilangnya MisteriBiawak Evans?
Ramai pihak sekarang ini sudah pun mencari individu yang berniat untuk berbogel secara terang-terangan.
Hinggakan, ada pihak-pihak tertentu telah pun membuka akaun Facebook meminta si MisterBiawak Evans menunaikan janjinya.
Mana nak cari dia ni?

No comments :

Post a Comment