Penderitaan seorang pembantu rumah muda yang didera oleh majikannya berakhir apabila diselamatkan oleh pihak berkuasa, di New Delhi.
Gadis yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun itu ditemui dalam keadaan cedera teruk akibat penderaan dengan dipaksa meminum kencing, dibogelkan dalam tandas, dan kulitnya dilecurkan dengan kuali panas.
“Dia akan ketawa selepas memukul saya,” ujar gadis tersebut.
Dakwanya lagi, kukunya juga pernah dicabut dan kertas yang digunakannya untuk menulis nombor telefon saudara-mara juga turut dikoyakkan.
Pihak polis bertindak atas maklumat jiran tetangga yang mengetahui mengenai penderaan yang dilakukan oleh majikannya itu.
Menurut polis, majikannya merupakan seorang wanita India berusia 50 tahun dan bekerja di syarikat multinasional Perancis.
Wanita itu kini ditahan dan bakal berhadapan dengan tuduhan cabul dan dera, namun menafikannya dengan mengatakan bahawa gadis itu mengalami masalah mental.
Sementara itu, gadis tersebut sudah dipertemukan semula dengan ibunya di hospital.
No comments :
Post a Comment